Come What May



Pejam celik pejam celik. Bulan Mei yang baru sahaja bermula kini kian hampir berakhir. Semuanya dah selamat.. dengan ucapan selamat hari buruh, selamat mengundi, selamat hari ibu, selamat hari guru..selamat meraikan kedatangan bulan Rejab dan selamat berpuasa sunat.. selamat.. selamat! Orang Filipina pula apabila mengucapkan perkataan selamat bermakna mengucapkan "terima kasih". Terimakasihlah ya.. semua dah selamat! Alhamdulillah...


 Suka dengar rentak lagu ni.. "separuh aku" oleh NOAH.. sila klik

Meraikan 1st May "Labour Day" di rumah pakar kek ~   Owner/Cake Artist at Fawie's : bake-a-wii
"Labour Day" atau hari meraikan pekerja ini memanglah dinantikan oleh semua pekerja.  Siapa yang tidak ingin bercutikan... sehari pun dikira amat berbaloi.  Bagi diri saya yang telah menamatkan perkhidmatan pada akhir tahun 2009, hari pekerja tidak lagi merupakan hari yang dinantikan.  Come what May.. pagi-pagi lagi dah bangun seperti biasa.. no cuti for me.
Selamat untuk Fawizah dan Hafiz ~ "House warming" yang di acarakan oleh ibu yang sedang sarat dan ayah yang begitu teruja menanti kelahiran  bayi yang pertama "soon anytime next month." Alhamdulillah.. majlis diraikan dengan tahlil dan doa kesyukuran juga sempena pemergian keluarga yang akan ke tanah suci .  Semoga kedua pasangan muda ini akan sentiasa di rahmati , diberkati dan segalanya dipermudahkan  oleh Allah swt..  amin
Untuk ibu-ibu yang belum atau sedang mengandung waima untuk sesiapa sahaja, di sini di "copy paste " kan doa Nabi Yunus sebagai bekalan tambahan di medan kehidupan ini.  Insha Allah.. semoga ia memberi manfaat.. amin..

Sabda Rasulullah SAW bermaksud :
" Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah swt akan melepaskan si pembacanya dari kesusahan.  Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s iaitu :-

" La ila ha illa anta subhaa naka inni kuntu minazzholimin " 
(Tidak ada Tuhan selain Engkau Maha Suci Engkau.  Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim)

Berkat Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal (DUIT) inshaAllah agar semua yang diimpikan akan  tercapai.. amin.

Hari Mengundi pada PRU 13 jatuh pada 5hb Mei yang lalu.  Kami berdua yang tidak menukar alamat rumah, tetap pulang  ke Saujana Utama untuk mengundi di sana.  Tanggung jawab sebagai pengundi tetap merupakan tanggung jawab.  Alhamdulillah.. Kuala Selangor dan Jeram kini masih bersama BN.  Walau berbeza pendapat dan tidak sefahaman dalam menentukan pilihan  kepada kerajaan yang memerintah.. kita tetap kawan kan....

Mr hubby yang berada di saluran 1.. tersenyum lebar kerana tidak sampai 10 minit telah berjaya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi tetapi akhirnya tersenyum lesu kerana si isteri tak habis-habis beratur lagi.. huhuhu...
  

Saya yang berada di saluran 2 dari mula naik anak tangga telah beratur... membuat pusingan U dan akhirnya hampir dua jam lebih barulah selesai proses mengundi.  Mujurlah bertemu dengan Sara, jiran lama yang kini telah pindah ke BB Sg Buloh dan sahabat di depan dan di belakang saya keduanya peramah dan ada sahaja topik yang dibualkan.  Sekurang-kurangnya  masa yang terbuang menunggu boleh juga kami bertukar-tukar fikiran sambil menguap berkali-kali dan berdoa semoga angin bayu bertiup nyaman... hahaha.. panas sungguh masa tu.  Padanlah muka.. next another 5 years make sure you datang pagi-pagi ya!

Berkesempatan  bertemu Wiwik dan wak yang sibuk dengan acara menggoreng di gerai mereka.  Alhamdulillah.. mendapat khabar kak Maznah  jiran lama kami yang sakit telah beransur sihat seadanya.

Once upon  a time.. kak long, kak ngah, kakak dan abang pernah bersekolah di sekolah kebangsaan Saujana Utama ini.  Foto di ambil dari depan rumah kami.  Dulu tak payah nak fikir pasal pengangkutan anak-anak ke sekolah.  Mereka sendiri akan berjalan kaki berulang alik kesekolah.  Rumah depan sekolah katakan..

Rumah kami di Saujana Utama.  Kami menetap di sini pada tahun 2000 dan berpindah ke Meru apabila  Een masuk ke Tahun Satu pada awal tahun 2010.  Dulu tiap-tiap hari Rabu ada pasar malam di depan rumah kami.  Sangat happening masa tu..   Kini tiada lagi pasar malam di situ kerana telah dipindahkan ke tempat yang lebih besar.  Namun pasar tani masih beroperasi pada setiap hari Sabtu.  Se awal 3-4 pagi lori-lori peniaga telah mula memasang khemah untuk mula berniaga.  Bestkan.. depan rumah ada pasar tani.  Kau ado?
Mendapat kejutan dari anak lelaki saya, abang yang memasak nasi goreng special  untuk emaknya ini sempena hari ibu.  Sebenarnya setiap hari mendapat ciuman dari mereka sebelum ke sekolah merupakan hari yang paling bahagia buat diri saya.  Itu pun sudah cukup.. alhamdulillah

As always.. masih ada tiga kesayangan lagi yang senantiasa di sisi.. menyorok-nyorok membuat kad-kad ucapan untuk emaknya ini.  Nak surprise la tu..  Terima kasih sayang! Alhamdulillah.. mommy really appreaciate it vv much.. 


Ikan kerapu tiga rasa

Yam nest with chicken

Ketam masak sos special

Tom Yam Kung

Berkesempatan makan malam bersama emak sebelum menjelangnya pilihan raya.  Sudah tentulah menu utama emak ialah ketam.
Hari yang sama bersarapan pagi bersama nasi kerabu yang sangat menyelerakan.. kecur bila mengingatkan daging salainya berserta sambal kelapa, telur asin, sambal belacan dan ulaman mentah. Hmm... 
Rindu juga padamu mak.. sempat pulang menjengah.  Emak kata baru sahaja bertanya pada adik lelaki saya " Hari ni ada  tak sesiapa yang balik? "  kesian emak-emak kita ya.. sentiasa menanti kehadiran anak cucu datang bertamu.  Bagaimanakah kita nanti ya..

Een pula bersama wan.. muka macam tak puas sahaja kena balik cepat.  Esok ada klas mengaji sayang.. nanti kita datang lagi ya!




Berkesempatan memasak kway teow sup tomyam  berperencah ayam dan bebola ikan untuk emak. Emak kurang sihat dan tidak berselera makan nasi. Mujur ada alternatif lain.. alhamdulillah...





"Terima kasih padamu Cikgu..." antara bait-bait lagu sempena hari guru yang di nyanyikan oleh Upin dan Ipin. Sangat sedap.. terserlah kemanjaan suara mereka.

cute macam ni kami dulu2 kan cikgu! ahaks!

Kenangan di sekolah adalah kenangan indah yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.  Tidak adil jika ingin menyebut semua nama guru yang menjadi "favourite" kita sahajakan.. Actually i love them all.  Sebagai tanda kasih dan sayang titipkanlah doa setiap selepas solat semoga guru-guru kita ini sentiasa sihat dan berbahagia dan mendapat kesejahteraan di dunia dan di akhirat.. amin. Sebenarnya masa darjah satu lagi saya memang sudah pandai membaca. Saya tidak pernah di hantar ke tadika atau apa-apa pun seumpamanya pada masa itu. Keluarga kami bukanlah keluarga yang berpendapatan tinggi.  Keputusan peperiksaan selalunya memang antara no 1 hingga 3 sahaja semasa di sekolah kebangsaan. Saya juga telah mula memegang tugas sebagai penolong ketua pengawas semasa di darjah enam lagi. Tugas ini berlarutan hinggalah saya ke tingkatan 6 di sekolah menengah hingga menyandang jawatan penolong ketua pengawas juga. Terima kasih cikgu-cikgu semua di atas bimbingan dan tunjuk ajar serta kepercayaan yang cikgu-cikgu berikan kepada saya untuk membantu melancarkan perjalanan dan kelancaran disiplin di sekolah. Emak een nih memang sangat garang ketika itu.. percaya tak? hahaha... tidak hairanlah ketika ada yang bertembung di "market KKB" dan yang menegur "kak rehan kan?"  sapalah pulak ni.. "ala.. akak dulu kan selalu ambil nama saya masa di sekolah dulu" .. awww! sorilah ya.. akak mu dulu memang garangkan.. hormon muda lagilah katakan.  Hahaha... kenangan!

Kepada kawan-kawan yang bertugas sebagai guru. Terimakasih banyak ya.. Doa saya kepada semua yang bergelar guru-guru yang telah menurunkan ilmu kepada anak-anak murid sekalian.. jaga diri, jaga kesihatan kerana guru ibarat lilin yang membakar diri..menerangi kegelapan malam. Semoga Allah swt senantiasa merahmati dan memberkati kehidupan anda semua. .amin. We really appreciate it vv much! 




Mengancam kway teow basah berkerang saya inikan.. salah satu juadah berbuka puasa petang Isnin lalu.  Petang ini insha Allah kita berbuka dengan menu kway teow yang lain pula ya..  Insha Allah bertemu lagi kita di entri mendatang.. 






SELAMAT BERPUASA