We had a roasted lamb..

Panas berganda malam ini mengingatkan saya menu utama di kenduri rumah Prof Dr Nazip di Sejangkang tengahari tadi.  Kambing panggang... mungkinlah makan banyak sangat kot... panas!  Alhamdulillah.. ditambah dengan roti panas dan sup cendawan serta nasi tomato dan laksa penang bagai..  pengat pisang sempat dijeling tapi terlupa nak di ambil..hmmmm..... memang berair-cond sampai ke subuh laa...! 
Di hadapan kediaman Prof Nazip di Sijangkang bersama Puan Nur Hanani, Puan Farhana dan no. 2 dari kiri itu ialah si comel masha Allah ... Hannah bersama mamanya Puan Zara, isteri Prof Nazip .
Tajuk utama ini sebenarnya  mengingatkan saya lagi akan anak Prof yang berumur 5 tahun.  Namanya 
Hannah.. (ejaan wallah hu alam tapi sebutannya lebih kurang gitulah.. nice name eh!)  Masha Allah.. sangat  super cerdik.  Hannah kata " Lamb tu lampu.. bukannya kambing biri-biri.."  berkali-kali dia mengiyakan perkataan itu walaupun berkali-kali mamanya membetulkan. Lamp is with P and lamb is with B.  Suka hatilah sayang oi... acik tak kisah.  Akhirnya setelah ditegur oleh kami pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang duduk semeja dengannya, atlast.. Hannah akur dengan senyuman yang tersangat manishhh... 


Dah story pasal  makan lamb ni.. mari kita cerita sikit.  Hari tu sebab "no idea" nak masak apa.. ai teringatkan lamb yang lama dah dok mengeram dalam freezer tu.  Apa lagi kita perapkan dengan bawang putih, serbuk lada hitam , garam berperisa dan minyak zaitun selama lebih kurang 1 jam.. nah.. masuk oven suhu 180 deg celcius masaklah agak-agak 10 - 20 minit.. nak rare ke, nak medium rare ke, nak medium well done ke, nak well done ke.. suka hati koranglah janji  masak dan boleh di makan.. jangan mentah sudah.  Apa-apa pun "well done" untuk diri saya kerana berjaya menyiapkan makan tengahari yang Ooo lala.. 


home-made mashed potato + black pepper brown sauce = resepi  ikut suka  hati 

boiled broccoli .. sekejap aje rebus sebab sedap makan ranggup

Tidak berkesempatan nak ke Tesco untuk mendapatkan "the purple cabbage.." 99 Speed Mart manalah ada " the colorful vege" bagai nih..

Ini pula batch yang terrr "over cooked ".. baunya tersangat wangi..

All the sauces cup kena banyak.. masing2 boleh tuang serentak tanpa perlu ambil nombor giliran

Apabila makan-makan begini, teringat pula pada anak-anak yang jauh di mata..but still remember  life must go on..  Kini pinggan tinggal lima keping aja bila nak serving.. mak, ayah, abang, kakak dan een.

get ready

on your mark
get set
GO!! ni een's plate... 

ni mak punya... 

Well Done!

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?