Honeymoon... di Best Western Premier Dua Sentral


Special song dedicated to mr hubby a.k.a my " Best friend ".... pls click! nice song..




Kesempatan melepaskan penat lelah setelah berkenduri dan berkemas bagai, amatlah dinantikan. Kali ini kami telah pergi bercuti berdua-duaan sahaja dan meninggalkan anak-anak di rumah. Dan mereka yang kena tinggal di rumah  terutama "miss little" tu amat tidak suka mendengar ayat-ayat cinta ini ~ " mak ngan ayah nak pergi honeymoon... semua tak boleh ikut! " hahahha... seronokkan menyakat anak sendiri.  Hahaha.. bukanlah menyakat sebenarnya cuma bagilah peluang.. ha..aa.. "give chances"...
on aje TV... nama ayah dah keluar kat screen TV suite kami.. 
Greetings from managementlah apa lagi..
waaaa...welcome to Best Western Premier Dua Sentral

bersantai di lobby hotel
Ayah tertinggal hp.. eloklah.. tak payah ada yang ganggukan.. jangan marah ayah..

welcome.. ni living room

Honeymoon.. tak boleh bawa "office work" ya! 

biarkan sahaja meja ni kosong..
kaunter makan  juga sangat cantik

posing kat sini

posing kat sini lagi..
masak air dulu..
coffee ke tea?

atau air kosong  ..
atau fridge yang kosong..


ni bilik airnya.. 

 macam biasalah..

bath tub sangat comel.. kali ni mak booking dulu ya.. sebab een dan kakak takde..

Dari bedroom terus ke bath room.. takde pintu.. on your right ada shower and on your left ada wc dan bath tub.. nice 
The bed.. ada TV juga di depannya.. tak payah gaduh dengan ayah sebab ayah boleh tengok  movie kat living room..

on your left tulah ruang ke bath room..

wardrobe.. ada a pair of bath ropes

iron pun ada.. tapi siapalah yang rajin nak iron baju masa honeymoon kan.. heeee...

Jom kita jalan-jalan.. hotel ni berdekatan dengan "Little India"  mind you.. bukan kat Klang aja yang ada Little India ya.. kat Brickfield ni pun ada tapi taklah se happening kat Klang tu.. mungkin sebab malam tu hujan kot.. 

Dengan berpayung bagai... hujan sekali dengan angin badai.. self portrait pun hampaslah.. 

Ayah kata mesti sedap ni kalau dapat makan sup kambing panas-panas.. JOM cari!

Akhirnya... inilah hasilnya..  alhamdulillah.. nasib baik ada KFC.. bukan apa, jalan punya jalan.. restoran memanglah banyak .. sederet restoran aja sepanjang jalan tu..tapi semuanya tak halal... restoran vegetarian pun banyak tapi berani ke nak masuk.. restoran yang ada ayat seribu dinar pun ada tapi.. sorang Melayu pun takde dalam tu.. cuaklah we all nak masuk... adalah juga restoran tu .. tempat Dato' Najib PM kita pernah singgah dan diberi nama Najib's corner.. tapi kan... you know me lah... ai takkan masuk..  LUCKY.. we found KFC.. baru feeling good nak syoruuu..

Kesian ayah... ayam KFC Golden Wrap tiada di sini.. makan ajalah apa yang ada ek. Alhamdulillah sebelum kak ngah ke Jepun, kak ngah dah belanja ayah Golden Wrap ni..  Verdict ayah :  Apsal banyak minyak ni? ..hmmm.. kami makan sedap aje.. huhu.... no komen
As usual di Little India.. bunga-bunga tergantung ni memang banyak di jual.  Walau pun begitu amat happening jugalah bila jam dah dekat pukul 11 malam.. masih ada kedai-kedai runcit dengan menjual sayur-sayuran dan buah-buahan "fresh" yang dibuka.  Memang sangat segar, mengalahkan sayur-mayur kat Cameron pulak.  My hubby kata "nak beli ke bawak balik..." hmmm...nahi.. nahi... kata honeymoon... tak mainlah sayur-sayur ni.  Ketawa dek anak nanti.. hehhe.. jaga prestige oitt.. hahaha... sori.. takde gambar  ya.. kalau ai tak beli, tak rajinlah nak snap..
Sampai hotel kami supper ngan kue teow "Lanai Attap" yang famous tu ya..


Sharing is caring.. and loving.. euuww!

Romantikkan living room ni.. ai like..
Esoknya... hujan berterusan !

Mari melepak.. nonton movie kat HBO.. non-stop

sambil-sambil buat panoramic view yang tak berapa nak jadi..

Suasana malam lagi cantik.. tapi dalam kamera mr hubby.. takkan nak ciplak kan..

merenung laut adalah lebih baik.. kenapa? Nanti saya akan ceritakan dalam my next entry

Ni pemandangan jalan raya di bawah hotel

Kat depan ni mmmm... dah tak ingat kat mana.. mr hubby dah tidor. . tak boleh tanya.. hahaha..

Dari aras tingkap, kami berada di Tingkat 9
Bangunan  kat sebelah kanan itu ialah KL Sentral.. hujan dah berhenti dah.. " mak JOM mandi! " kata Een selalu..

Een... mak nak buat bubbles... jangan jeles!

Nak rebonding jambul pun boleh..

kalau Een, kakak dan abang ada.. boleh mak jemurkan swimming trunks you all yang basah kat sini..
Nak simpan lappy kat sini pun ok.. selamat

Terkejut ai.. ingatkan baru satu malam tak masak, tak basuh kain baju dan tak basuh pinggan aje.. dah naik sekilo.  OMG!.. hmm... baru perasan bath rope kat badan nih kena tolak sekilo.  Beratnya bath rope..

self portrait..
satu pose lagi untuk kak long dan kak ngah... rindu kat mak ngan ayah tak? mak kangen ni... bangat!! 

Cuaca cerah dah... JOM kita ke swimming pool.. on the way, tengok pokok-pokok menjalar ni kat dinding.. cantikkan? Actually, pokok-pokok menjalar kat dinding ni boleh menyejukkan  suhu yang panas di dalam rumah kita.  Tekniknya senang aja.. satu hari aja boleh siap kalau nak biar pokok-pokok ni memanjat.  Kalau siapa nak tahu macamana, sila tanya ya.. kalau taknak takpe.. senang ai tak payah nak cerita.. hehehe...

Saya bayangkan kalau dipasang langsir ni kat garden saya.. guarantee dijamin.. si Abu, si Dabu, si Kontot, si Encok, si Tompok dan si Cilo akan kencing-kencingkan dan cakar-cakar sampai terbarai.. so berangan ajalah nak buat macam ni.. ataupun should ai hantar them for short courses untuk grooming menjadi kucing-kucing jantan terakhir.. should ai? ke...

Hamboih.. een... mak ngan ayah dah sampai kat swimmimg pool.. (kolam renang)

on your left... kolamnya berlatarbelakangkan "skyline"... ala ala Harbour View Hong Kong kan.. terkesima dibuatnya..

on your right.. belakang ayah tu swimming pool untuk over 18sx ya.. sebab ramai tourist asing berjemur kat situ.. no no no no... no photo ya!
cantikkan?

my favourite photo.. " my man " tajuknya.. hahaha

tak ramai.. satu keluarga sahaja dok mandi-manda

tak tau nak duduk kat kerusi mana sebab banyak pilihan... rambang mata

pastikan pelampung ada dimana-mana untuk keselamatan, manalah tau kalau tergelincir ke..

Apa nak buat.. model-model sambilan mak semuanya tinggal kat rumah.. model handsome ni ajalah yang sporting berposing untuk ai..mmuahaha

spectacular

finally, i found my favourite spot

Waiter!  7 Up peh..liss... een kata

And for him..mmm... Gatorade please? aikkk.. nak berlari ke nak berenang nih!
Untuk madam-madam besar yang nak manja-manjakan diri tu.. selamat datang ke Bhuvana Spa Luxe! Nak manicure ke, nak ber massage ke... (tapi lebih happening kalau dapat pergi ber massage ngan SILs and niece ai di HCM kot!).  Couples Package pada special rate hanya RM450.00 ++  (1 hour scrub and 1 hour Bhuvana Signature Massage )... hmmm.. mimpi di siang harilah kalau ai nak bagi my hubby massage kat situ...
Apa kata sebelum balik tu JOM lunch dulu ... nasi goreng paprik .. enak bangat!
So.. apa tunggu lagi.. untuk menghilangkan lelah dan kepenatan dengan kerja-kerja rumah dan memandu seharian "in and out" demi  anak-anak.. apa kata kita " going honeymoon".. (again and again.. who cares!)

For a comfortable stay , check out at BEST WESTERN PREMIER Dua Sentral Kuala Lumpur! 

Oklah yang... terima kasih daun keladi... JOM balik!

ENJOY YOUR STAY...

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?