It's not the end for February

Dua minggu lepas kami menghadiri perkahwinan Farah binti Kamaludin. Farah ialah anak ketiga kepada jiran di depan rumah kami semasa tinggal di Shah Alam dulu.  Tahniah kepada abang Din dan kak Yah kerana menerima menantu pertama.  Once upon a time, kak Yah sekeluargalah yang menjaga anak-anak kami.  Kebetulan pada masa tu kami baru sahaja berpindah dari Klang dan kak long baru berusia beberapa bulan.  Pada mulanya  kak Yah dan abang Din agak keberatan namun sekembalinya dari England  mereka masih tidak menolak juga untuk menjaga anak-anak kami.  Syukur Alhamdulillah...  Setelah berpindah ke Sg Buloh barulah kami mengambil pembantu rumah. Sesungguhnya budi dan jasa kalian sekeluarga sangat-sangat kami hargai.  Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas budi baik ini yang akan dikenang sampai bila-bila.  

Farah dan Farid ~  Semoga hidup rukun damai dan  berkasih-sayang hingga ke hujung nyawa..Amin
Ketika itu Kak Yah bagaikan  ibu kedua kepada anak-anak kami hanya Een sahaja yang tidak pernah diasuh oleh kak Yah kerana kami menetap di Sg Buloh.  Bayangkan masa zaman berkerjaya di Shah Alam dahulu " keluar lepas subuh dan balik hampir senja ".. we really got a  good family like them behind us to care for our children as their own.   Kadang-kadang walaupun kita mempunyai keluarga dan saudara-mara yang dekat namun jiran yang baik merupakan aset penting dalam pembentukan diri dan sahsiah yang baik  sebagai contoh kepada anak-anak lebih-lebih lagi bagi mereka yang menjaga anak-anak ini sementara kita berkerjaya di luar.  

Kak Rogayah dan Kak Ngah Zaharah anak kedua dan Dek Rohana di tengah anak yang paling bongsu
Bersama abang Din sekeluarga.  Tahniah kerana menerima orang baru dalam keluarga.  Semoga ikatan silaturrahim ini berkekalan sampai bila-bila.. Amin


Alang-alang dah ke Shah Alam tu. apa kata kita singgah makan burger di YB (Yazid Burger) 

Ada berbagai saiz burger di sini... 250gm, 500gm atau 1 kg

Kami cuma order burger bersaiz 250gm sahaja.. share 3 orang.  Harga RM10

Verdict : Bolehlah...kalau tengah kelaparan nak order setelah sepetang duduk kat office menemani ayah di hari Ahad sambil ayah bekerja dan emak buat tahi mata sambil bermimpi yang indah-indah (hari hujan diluar)... Daging burgernya tersangat padat dan berperisa lada hitam yang enak dan dilapisi hirisan sayuran ber mayo dan bersos pedas.  Dan boleh juga dibungkus sebagai dessert melampau (besar tu..) setelah makan nasi ayam kukus yang di  bawa balik untuk dinner bersama sambal belacan yang xtra terrrrsangat sedap.  

Tapau sambal belacan.. 
Kami mengakhiri bulan Februari dengan meraikan kelahiran anakanda tercinta Nur Amira Ilyani yang menyambut harijadi yang ke 20 tahun.  Namun disebabkan anakanda tercinta Nur Amira Izreena sudah komplen banyak kali kenapa harijadi dia di pertengahan bulan Februari dahulu tiada kek harijadi (sebab emak menghadapi sindrom kemalasan tegar ..huhu), terpaksalah kami ke kedai beli kek untuk Een dan kak Ngah.  Share- share lah ek... nanti kak ngah komplen balik dan kata.. tak aci.. Een b'day party kita sambut ke Seoul... ini tidak adil... ahahha..

Kek Fruit Garden pilihan hati Een untuk sharing dengan kak ngah.. 

Portion untuk kak long di Tanta, kami semua sudah tolong makankan sampai licin..mmmm... yummeh!

Aloe Vera Gel ( free from alcohol, colourant & fragrance ) ~  InshaAllah it help to retain  moisture and enriched with anti-oxidant vitamin E to help soothe and hydrate skin, effectively relieves sunburn and also itch caused by dry skin. Adalah lebih bagus kalau diambil dari pokok asal yang ditanam namun  kalau ada yang tanam dalam pasu dan tak berapa nak gemuk (macam kat laman nurani saya tu..)  silalah beli yang dah siap 100 percent pure Aloe Vera  kat farmasi.  Hidup tak perlu menyusahkan...

Akhir kata satu soalan menarik untuk dimenangi 

"Why is February the Shortest Month?"

sapa jawab cepat dapat hadiah... hahahaha.. happy goggliiiing!

PEACE NO WAR

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?