Cameron Highlands - JOM mengeteh Pt 2

Bunga loceng yang sangat " cool "
Penggemar-penggemar air teh sekalian (tak kiralah teh ke, teh O ke hatta teh ais limau ke )   sambil kita mencuci mata melihat keindahan alam yang dipenuhi dan ditumbuhi dengan pohon-pohon teh, sebenarnya sesiapa yang berkaca mata merasakan pemandangan ladang teh yang hijau beralun  ini  merupakan terapi mata.  Mata yang segar membuatkan pandangan kita lebih tajam dan mengurangkan sakit kepala.  Cubalah!

Surau yang dikelilingi oleh banjaran dedaun teh di kaki bukit Boh Plantation
Dihadapan rumah pekerja-pekerja ladang

Pekerja ladang yang bekerja semasa public holiday dibayar gaji "triple"..wah..... pokcik kayo

Mereka menggunakan tali besi untuk mengangkut bakul yang berisi daun teh dari lereng-lereng bukit di atas  itu  untuk turun ke bawah.. awesome sangat!

Daun-daun teh yang telah dipetik ini dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam guni

proses pengumpulan

Longgokan daun teh

Ni bukan daun teh ya...
Kita sarapan dulu ya.. sebelum masuk kerja

Scone yang sedap dimakan panas-panas

Jemput makan

with lots of butter and strawberry jam

yummeh!

Seketul seorang tak cukup.. kena tambah berketul-ketul.. JOM baking sendiri.. tak susah mende.  Dulu2 zaman sekolah menengah tingkatan satu pun dah belajar buat scone ni... apa ade hal! (cakap besar.. sampai sekarang tak buat2 lagi.. huhuhu)

Tea time at Garden Tea

Tengok ayah borong banyak bungkus... hehehe... ketagih teh! caffeine tu... stock untuk beberapa minggu

Green tea pun ada
Eh! mak ada baby botak sapa ni?.. hahaha... nostalgia dulu2 kala "once upon a time.." een pun dah makan scone kat atas ni.. Ma sha Allah.. "shomel tak saya?" kata een.. " tak... mak lagi shomel! " kata mak... heeeeee... "comel tak kak ton? "... tiba-tiba... hehehe
same spot as it was before years back.. mengeteh!
JOM kita melawat kilang pemprosesan teh




Wah... seronoknya masuk kilang
bersama kakak



Kebetulan ada sekumpulan "bikers" yang mendapat permit untuk melawat kilang ini so para pelawat yang ada sama dijemput masuk juga.. 


Bau daun teh amat menerujakan... mengekori dan menusuk hidung kami di sepanjang perjalanan 







Pengalaman masuk ke kilang pembuatan teh merupakan pencerahan kepada anak-anak saya untuk mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana daun teh diproses.  Menarik kan?  Berjumpa lagi di keluaran Cameron Highlands seterusnya...

PERJALANAN ITU INDAH

Comments

  1. best nya kak....teringin nak bwak ank2 pi..tapi xkesampaian lagi...kak...cameron xsejuk ker..

    ReplyDelete
    Replies
    1. malam dan membawa ke subuh sejuk.. siangnya mild aja, almaklumlah segala hutan dan bukit dah digondolkn. Kalau balik Perak tu.. pi la singgah.. x pyh tido.. bawak anak2 berkelah & pusing se round!

      Delete
  2. Ingatkan kt Amerika Selatan ke mana ke.. hik hik..nampak longgokan daun teh, teringat kat daunan kat laman yang dah dilonggok tp belum buang.. adui, potong stim betullah..

    ReplyDelete
  3. hahaha... Amerika Selatan sgt la tu... kalau tengok dia kumpulkan daun teh sambil sebelah tangan hisap rokok berkepul2.. lg lah potong stimm.. perisa tambahan tu! hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?