Vietnam ~ Chu Chi Tunnel

Keizinan untuk melancong ke Ho Chi Minh City oleh my mr hubby baru-baru ini merupakan satu percutian "alone without him  but thrill + mixed feelings with my  lovely sisters in law + niece & all the gangs...( rombongan cik kiah + two men + a chubby little boy) "... thanks mr hubby... BIG love for you!

Menjejakkan kaki pertama kali ke HCMC membuatkan diri ini lebih menginsafi diri, mensyukuri betapa bertuahnya kita lahir di bumi Malaysia ini yang pembangunannya serta segala prasarana yang disediakan oleh kerajaan  jauh begitu maju ke hadapan.   

Menyelusuri siang-siang di jalanan dan malam-malam di lorong kehidupan di bumi Vietnam ini, it look like New Castle City in Kelantan waaaaay back in the 90's..  that's what i thought and said.. what say you? tetapi setiap sentimeter dan deretan gedung-gedung perniagaan disini  semuanya membuatkan kita "feels" di import dan berada di Amerika.  Sebut sahaja " All Americans" semuanya ada di sana kecuali Tom Cruise .. 

Foto kenangan kanak-kanak yang bergambar tanpa seurat benang lari dari peperangan satu ketika dahulu pernah dipaparkan sebagai mukadepan sebuah majalah yang memenangi sebuah awards kemanusiaan.
Bercerita tentang V for Vietnam.. actually kami cuma ke HCMC sahaja.  HCMC ini dulunya dikenali sebagai Saigon  semasa berada dibawah jajahan kuasa Peranchis.  Ia merupakan bandar yang terbesar di Vietnam dan setelah memerdekakan diri dari jajahan asing kemudiannya ia membentuk Republik Vietnam Selatan dari tahun 1955-1975. 

Sebagai sebuah republik kapitalis yang anti komunis ia berperang dengan pihak komunis (Vietnam Utara ) dan Vietcong.  Walaupun Saigon dibantu oleh pihak Amerika dan sekutu-sekutunya seperti Australia, New Zealand dan Korea Selatan, Saigon dapat dikalahkan juga oleh pihak komunis (Vietnam Utara) pada tahun 1975.  

Kemudian Vietnam Selatan dan Vietnam Utara bergabung membentuk negara komunis pada tahun 1976 dan ditukar namanya sehingga ke hari ini sebagai Ho Chi Minh (HCM) sempena nama Ho Chi Minh pemimpin terulung Vietnam Utara. 

Matawang kertas Vietnam Dong mempunyai cetakan foto HCM di atasnya, so kalau ternampak foto lelaki tua yang berjanggut dimana-mana di Vietnam.. itulah dia the famous En Ho Chi Minh.

Gambar wajah HCM di helaian wang kertas Vietnam Dong 20k  bersamaan dengan nilai duit kita lebih kurang RM3.. 
Kenapa Saigon boleh dikalahkan walaupun mendapat bantuan dari Amerika dan sekutunya ya? Haa.. inilah yang menariknya.  Kami dibawa melawat ke Terowong Chu Chi kubu komunis yang sangat terkenal itu.  

Terowong gelap bawah tanah yang menyimpan misteri nusantara sejarah Vietnam hingga kini.  Chu Chi di sebut sebagai Gucci oleh tourist guide kami Ms Mina.  Terowong Gucci..  (sebutannya) dan Chu Chi (ejaannya). Kiranya serupa macam nama Een (ejaannya) tapi   iin (sebutannya).. tak gitu?   


Nyah kau!
Dengan " Grand Brilliant"nya idea membina terowong ini, komunis memang sukar untuk dikalahkan.. beranikah anda seorang askar berpangkat prebet mengendap musuh  didalam kegelapan malam bersama segerombolan  askar lain melalui hutan dan tiba-tiba seorang demi seorang hilang di telan bumi dan akhirnya bila menoleh ke belakang.. anda seorang sahaja yang tinggal... walau pun dipanggil berkali-kali tapi tiada jawapan kedengaran.   

Inilah kemenangan besar yang dimiliki oleh komunis Vietnam tetapi telah diputarbelitkan oleh Amerika..so conclusion nya "jangan percayakan cerita Rambo ala Sylvester Stallone tu"  walau pun begitu  tak perlulah terlalu taksub dengan kisah-kisah ni.. Insha Allah.. Allah sentiasa bersama dengan kita semua..  

Sebelum memulakan perjalanan meneroka Terowong Chu Chi tu.. kami (saya dan kak long cik Fara  yang sedang "peace yo! "  tu ) kenalah study dulu bab-bab weapons kat dalam galeri tu dulu.. hahaha.. ate.. nak angkat senjatakan..
sister-sister
JOM kita lihat gambarajah ini dahulu untuk mendapat gambaran sebenarnya rupa bentuknya iaitu  bagaimana terowong ini dikorek sebegitu rupa sehingga membawa kemenangan kepada pihak komunis menentang Amerika dan sekutunya itu.   

Menurut Ms Mina sebenarnya terowong ini di korek sedikit demi sedikit oleh penduduk-penduduk kampung yang terpengaruh dan dikaburi oleh pihak komunis dengan umpan janji-janji manismu supaya terus menyokong mereka.   

Di antaranya dijanjikan terowong yang sepanjang 250km ini bakal tembus ke Laos di sempadan Vietnam jika sesuatu terjadi kepada Saigon. 

Sebenarnya terowong yang panjang ini tidak berakhir kemana-mana cuma hanyalah sebagai kubu perlindungan dari serangan musuh.  Pada waktu siang gerila komunis ini akan tinggal di dalam terowong ini dan bila waktu malam mereka akan keluar mengusahakan hasil pertanian mereka seperti petani yang lain.  

Terdapat   tiga lapis tingkat yang dikorek di dalam terowong tanah ini. Namun yang masih dibuka untuk tujuan pelancongan hanyalah bahagian yang di atas.  Terowong ini juga dikenali sebagai terowong tikus.  Bayangkan dengan saiz lubang yang kecil lebih kurang 14cm lebar dan 15cm tinggi.. haruslah anda seorang yang badannya sesaiz seperti orang  kerdil untuk menyusup masuk melalui lubang-lubang terowong ini. 

Level ketiga yang di bawah sekali dikorek sehingga mencapai se dalam ketinggiannya 8 kaki dan mempunyai bilik-bilik termasuklah bilik "Happy Room"..heeee.. mind you.. it's not Karaoke Room..hhaha..   

Namun inilah strategi kejayaan mereka untuk meloloskan diri dan mengalahkan tentera Amerika dan sekutunya kerana tentera musuh tidak dapat masuk ke dalam terowong ini kerana lubang yang kecil.  Kini lubang terowong yang di atas ini telah diperbesarkan selebar 60cm untuk pelancong merasai sendiri pengalaman masuk ke dalam terowong tikus ini.  

Insha Allah.. saiz badan sebesar dan sepanjang saya dapatlah  kiranya menyusup masuk dan bergerak secara membongkok atau kalau anda seorang ahli jimnastik tahap elastik sanggupkah anda untuk berjalan itik cepat-cepat selama 100 meter perjalanan (lebih kurang 5 minit) sambil merasai pengalaman di herdik oleh tentera Vietcong yang menyuruh kita lari dengan secepat mungkin dari ditangkap oleh pihak musuh.. ada berani?? 
Atap yang dibuat dari daun rumbia ini sungguh menerujakan.. ai like! (sama cam pondok dusun durian kami di Rasa ..long long time ago)
Ini adalah salah satu lubang asap atau "smoke outlets" yang membawa udara kehidupan dan juga mengeluarkan bau serta asap  dari dapur  tentera komunis.  Pihak musuh terkeliru akan rupanya yang seperti busut jantan (sungguh handicraft betul mereka ya..) dan agak sukar untuk mengesan kedudukan komunis di bawah tanah ini.  
"Cer  Nabawi (nama si comel) teka dimana lubang untuk keluar dari terowong? " ayahnya tanya
tau-tau dah keluar dari bawah tanah ..  awesome!
lain yang masuk
Oit.. lain pulak yang keluar
terowong keluar yang ditumbuhi akar kayu untuk mengelirukan pihak musuh
JOM masuk
Gelap tu... kena pakai torchlight..
elok-elok
sebenarnya keadaan gelap gelita
Mujurlah flash samsung camera saya  agak bagus untuk merakamkan keadaan didalam terowong bawah tanah yang gelap gelita ini


V for Vietnam
Ini adalah salah satu lubang keluar membawa ke tempat bersalin atau pangkin kesihatan a.k.a health bunker
Doktor dan jururawat dah siap menunggu bersama pangkin kayu tu dalam kelambu.. cepatan!
Ini juga adalah diantara salah satu dari lubang asap atau "smoke  outlets" yang membantu anjing-anjing pihak bersekutu mengesan keberadaan tentera komunis melalui bau asap masakan mereka. 

Namun pihak komunis  lebih cerdik dengan mengelirukan anjing-anjing pengesan itu dengan menggunakan sabun yang berbau Amerika (contohnya seperti sabun Lux kot..) untuk membuatkan anjing itu terkeliru.." weh.. sama aje dengan bau tuan aku nih.." kata anjing bermonolog.  Lubang-lubang terowong ini juga dilempar dengan bom serta (asap pemedih mata kot..) tapi mereka masih kuat bertahan
Ini pula ialah perangkap samar untuk binatang buruan yang merupakan serampang dua mata untuk memerangkap dan membunuh musuh
to hunt the animal or two hundred animals..  one of the cerita lawak that maybe i'm the only one who can laugh..hahaha.. tak ketawa? 
Apabila terpijak dan terjatuh ke dalam.. maka paku besi yang tajam tercacak itu akan menikam kita
JOM kita meredah hutan lagi
Di sini dipertontonkan antara berbagai jenis jerangkap samar yang amat merbahaya yang digunakan untuk memerangi musuh
Window Trap
roller trap
speed trap.. eh.. ya ke?
Door Trap
Bila tersentuh kayu berpaku itu akan melibas kembali.. dahsat!
tajam dan berkarat
Jom ... bom!
Diantara serpihan bom yang terdampar di sini dan disusun kemas.. nak beli satu boleh?
Ahli rombongan kami bergambar kenangan bersama kereta kebal (tank)
Madam Kwan sedang membuat kulit popia ~salah satu demontrasi makanan popular Vietnam
Kulit popia yang nipis ini kemudiannya dikeringkan di bawah panas mentari
Bergambar bersama bekas tentera Vietcong yang "off duty" kot . Beberapa kem di dirikan di sepanjang laluan perjalanan  dengan berbagai aktiviti dipertontonkan kepada para pelancong, seperti kem membuat pakaian, kasut, senjata dll. 

Terdapat juga kem yang menyediakan tayangan gambar mengenai sejarah Vietnam ini.  Berbagai cenderamata juga ada dijual di sini.  Begitu juga dengan tempat menjual dan menikmati makanan dan minuman.
Di penghujung perjalanan kami yang jauh dan "happening" ini, kami disajikan dengan ubi rebus yang merupakan makanan ruji  penduduk di dalam terowong bawah tanah ini.  Apalagi.. dah haus dan laparkan? 

Lebih menarik lagi ia dihidangkan bersama kacang tanah tumbuk dan digaulkan dengan gula merah instead dicicah dengan kelapa parut seperti selalunya di Malaysia.  Sedap.. cubalah!  dan jangan lupa "green tea" untuk neutralise angin ubi rebus tu ya..
Nak teh lagi?
such a nice treat after a long walk!
nom nom nom
Headphone berdengung
Untuk sesiapa yang stress dan gian nak menembak tu .. inilah tempatnya
makcik menembak atas desakan cik kakak kat bawah nu..

Ada gaya tak cik fara yang comel ni menembak?   AK47 lagi tu...tembak.. jangan tak tembak.. share 10 biji peluru 350k VD = RM50.  Sesiapa yang datang ke sini tanpa cubaan menembak dikira sangat rugi.. hahahaha..ops..  next time kalau mr hubby ajak ai pergi "shooting" .. i'll say " Dear.. i will follow! "  for sure i"ll bring my camera and yours too .. hehehe.. amek gambo je ek!

Wah... sharp shooter lah kak long... hahahaha
Sehingga bertemu lagi di keluaran V for Vietnam yang lain... berminat nak melancong ke sana? Apa tunggu lagi.. 


MERCI BEAUCOUP