2013.. Doakan yang baik-baik sahaja..

Salam Jumaat yang berkat..

Salam Tahun Baru Masihi 2013 juga.. sekejap sahaja 4 hari dah berlalu.  Semoga semua apa yang diimpi-impikan tahun sebelumnya termakbullah sudah.. walaupun perlu lebih bersyukur, lebih bermuhasabah, buang yang  keruh ambil yang jernih... dan yang lebih utama .. life must go on...

Walau apa pun result PMR sudah pun keluar.  Untuk yang mendapat keputusan cemerlang.. WELL DONE!  Keep it Up.. dan bagi yang biasa-biasa sahaja dan dapat result memuaskan macam "the only one abang" ai ni.. langit tidaklah selalu cerah.. dan mendung kelabu pasti kan berarak jua.. sabarlah ya.. " apa yang diusahakan, itulah hasilnya yang kita dapat ".. inhale ..exhale.. inhale.. exhale..  walau apapun PMR tu takde apa-apa, SPM tu yang kena buat betul-betul.. dah SPM buat bagai nak gila.. pulun segala A's ..pastu kata SPM tu takde apa-apa.. A-Level lagi kena buat betul-betul.. dah pulun betul-betul.. mak kata  lagi.. A-level tu takde mende... Diploma.. Degree.. Master.. PhD lagi penting... o omak... den dah penat nih..  janganlah camtu! hahaha... emak ekau nikan pembakar semangat.. kita bako! kita bako!

sori kaklong.. mak copycat.. izinkan ya..


Untuk kedua anak-anak dara saya kak long Nur Amira Nabila dan kak ngah Nur Amira Ilyani yang akan menghadapi perang (exam) besar bermula pada 8hb Januari (kak ngah) dan 13hb Januari (kak long),  Mohamad Akmal Amin, Nur Amira Najiha dan Nur Amira Izreena yang baru sahaja memulakan sesi persekolahan baru dan semua anak-anak yang diluar sana tidak kira anak-anak saudara, anak-anak sahabat dan tetangga ~ Doa emak dan ayah akan senantiasa mengiringimu anak-anakku.. cubalah sedaya boleh.. Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi..  as always " You reap what you sow! ".  Kepada kalian sanak saudara, jiran tetangga dan rakan taulan  di luar sana marilah sama-sama kiranya mohon mendoakan kejayaan mereka .. terimakasih..  Semoga Allah swt memberikan  anak-anak kita semua  ~  tenangkanlah, permudahkanlah, lancarkanlah, terangkanlah hati-hati mereka.. amin 

Berpesan pada diri sendiri yang selalu lupa.. Astagfirullah hal azim
Balik dari Cameron Highlands hari tu.. ai ada beli baby potato dan daun salad segar.. googlelah resepi salad potato as kat atas nih.. nampak sedapkan?
Inilah hasilnya..  jangan tengok ngupanye.. tapi rasanya.. ehehehe.. cold potato salad..ummph!

Aha.. kat atas highland tu manis sesangat.. kat bawah di Klang ni  lagilah manis.. iya ke???

Inilah hasilnya.. umm..ummm..umm..
ai suap you. you suap ai.. ..ops..
Doakan kami berdua, ibu-ibu kami dan ibu-ibu bapa-bapa kita dan semua muslimin dan muslimat sekalian semoga diberikan oleh Allah swt kesihatan yang baik dan berpanjangan, kesejahteraan di dunia dan akhirat serta mendapat redho dan keberkatan sepanjang hayat dikandung badan..amin.  Juga untuk umat Palestin dan juga seluruh umat Islam yang teraniaya di bumi ini doa kami akan senantiasa selalu bersamamu..amin

SEMOGA TETAP TABAH

Comments

  1. Begitulah lumrah kehidupan.. nak tambah sikit, sebagai ibu jangan sampai kita ter'beza'kan anak yang ada kelebihan dari anak yang lain.. ingatan utk diri sendiri gak ni..

    ReplyDelete
  2. Insha Allah.. che mid, sama-samalah kita saling ingat-mengingati

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?