We are young... saengil chukha hamnida kakak!!

The children are away again.  Kali ini kakak dan een membuat kunjungan balas ke rumah kakak saya di Ampang pula setelah Isya @ Dedeq bertamu kerumah kami hampir seminggu lalu.  Begitu juga dengan "the only one" cik abang  tu yang dah dihantar ke kem pengisian cuti sekolah petang semalam di bawah kelolaan Ustaz Shaaban dan Ustaz Ismail.  Walaupun memang hatinya begitu berat hendak pergi dengan alasan  " takde seorang pun kawan abang yang pergi ".  Emak engkau ni memang taknak terima alasan.   Dah kasi can seminggu kerja part time kat MAHA.. balik malam-malam, kali ini ikut cakap ya..  Darah tengah "young, wild and boil"... memberontak sahajalah.  Apa-apa pun emak tak kisah... i love you all because of Allah swt.. i'll do it my WAY... ( tapi kesian juga tengok wajahnya semalam.. nanti bila ayah tak busy kita pergi holiday ya..)  Sabarrr...



Tonight
We are young
So let's set the world on fire
We can burn brighter
than the sun



Anak-anak... rata-rata umat islam di dunia ini menderita tertindas, diperangi dan dibunuh dengan kejam, tiada hak untuk mendapatkan kewarganegaraan di negara sendiri,  negara sendiri di ceroboh, dihalang untuk mempraktikkan syariah Islam, menjadi pelarian... dan berbagai-bagai lagi yang tidak masuk akal bila difikir-fikirkan.  Renung-renungkanlah... janganlah suka-suka nak "let's set the world on fire" sekarang... kat neraka nanti azab api yang masyaAllah sebegitu teruk akan menimpa diri kita jika kita terus terlalai dan hanyut sekarang.   Mari bermuhasabah.. tidak selamanya kita akan menjadi muda.  Janji Allah swt... mati itu pasti.  Ya Allah Ya Tuhanku.. jauhkanlah kami dari siksa api neraka..amin


Firman Allah swt :
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah Subhanahu wata’ala terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim: 66:6) 
Terjemahan Tafsir Asbabun Nuzul
As usualnya bila all alone malam ni..  (especially while mr hubby very the busy and always late arrive home) and you got migraine + flu + cold and cough along the day.. otto ka jo..? otto ka jo..? ( korean verbs)  what should i do?  (translation in English.. hehehe.. am i correct kakak? )  Mulalah pikir instead of tulis blog .. what if i tulis cerita serammm... hmmm... pandang atas pandang bawah, kiri dan kanan... bilik semua kosong dan a bit sunyi...  setting dah ok dah ni... hihihihi (mengilai style) 
Nak tulis travelog.. a bit not sihat nak compile gambar... not in a good mood also.  Kita cerita pasal buat kek lah ya...  buat kek sempena harilahir kakak yang ke 13 tahun pada 27hb November yang baru lalu.   Selalunya all this years sejak balik ke Malaysia kami akan beli kek dari King's atau SR untuk celebrate dengan anak-anak.  Bila anak-anak dah besar-besar ni dia orang pun dah tak berapa nak kisah dah pasal kek sebab selalu dah boleh makan kek... kek kahwinlah.. kek tunanglah.. cupcakes lah.. ada sahaja kek.  Tapi hari tu kesian pulak tengok kakak... little cousin from Ampang dah datang ke rumah early in the morning takkan tak buat apa-apakan... siap tengah malam dan pagi-pagi buta lagi dah dapat wishes dari close cousins yang lain pula.  So emak engkau yang extra rajin sempena cuti sekolah ni (tak sampai hati ) pun berkecahlah kat dapur.. ahaks!  (sebenarnya sejak balik dari Saigon,  kereta saya tersadai di depan ofis mr hubby kerana salah satu tayarnya pancit.. dah pam lepas tu pancit balik.. agak lama juga saya tidak berkenderaaan sehinggalah mr hubby yang extra sibuk, dapat bawa balik kereta tu dengan spare tyre yang kecil.. )  Inilah alasan kukuh kenapa saya tidak dapat keluar membeli kek sahaja.
Kek Waldorf Astoria si Baldu Merah.. hmmm.. nice.. nak resipi? sila google

Girls yang tak birthday sibuk posing.. celebrate kat bilik youuu...

Balance cream cheese ada extra... so kita buat kek Biasan Pelangi lah pulak.. warna purple agak tidak menyerlah

balut tebal-tebal..

3D views

een nak yang besar aja..

separuh dah export ke Ampang via the kids + pakteh.. fokus pada kek ya.. abaikan latarbelakang gambar

Terimakasih pada Dr Hjh Zana atas titipan pulut kuning dan rendang sempena majlis tahlil almarhum ayahanda beliau malam Jumaat lalu.. sangat sedap!
Di atas sambutan hangat pada kek Waldorf Astoria si Baldu Merah tu, maka tak sempatlah den nak kirim pada sesiapa.. even nak ambil gambar kek yang merah tu pun tak sempat sebab cepat betul habisnya.  Dan yang paling bestnya.. mr hubby sempat ate and said..  " hmm..rasanya macam Red Velvet kek.." adoii.. memanglah ayang oi!  Anyway.. you make my day!  Sedaplah tu... 
Alhamdulillah.. walaupun bahan-bahannya ada sikit kantoi.. milo powder instead of cocoa powder and i made butter milk from powdered milk + cuka kurma instead from fresh milk.  You know why.. because een dah minum fresh milk tu sampai habis..huhuhu... (mak kan kata susu tu nak buat kuih kek..) anak o anak...

SEHINGGA    B  E  R  J  U  M  P  A    LAGI