Little England katanya.. Part 1

Kesempatan percutian " bidan terjun "  tanpa disangka, bak kata omputih  " without planning " rupanya membawa bahagia.  My hubby ini tersangat sibuk sampaikan kami-kami yang dok serumah ni pun jarang dapat berjumpa.   Haihhh...  Kebetulan mr hubby ada kerja di " Little England " ni..  kami pun apa lagi dengan stylo kuak lentang kuak dada packing bagasi.. ikut  terjun sekali.  Sebenarnya dah banyak kali juga kami ke sini cuma si kecik Nur Amira Izreena sahaja yang belum  lagi.  " Kakak pun dah tak ingat lagi kakak pernah datang sini.. " kata Nur Amira Najiha yang biasa kami panggil kakak.   Mana nak ingatkan kakak.. masa tu kakak baru nak masuk 3 tahun, sekarang ni dah 13 tahun.  Masa tu kita selalu pergi bawa wan dan poksu naik ke atas bukit ni.  Berkelah sambil makan-makan...  but for sure kita tak pernah bermalam di sini sebab rumah wan hanya di kaki bukit ini sahaja.  Naik pagi.. turun petang..

tadaaa... (self portrait) mari peluk-peluk.. dah sampai.. excited!! sebab apa ya?  sebab sejukk!
Fraser's Hill... jaraknya cuma lebih kurang 40km dari KKB kampung halaman saya. Cuba tanya semua my old friends.. sure korang kata.." Fraser's Hill apa ada? "  heheheh.. jangan jeles.. shekali shekala dah selalu naik bukit tu. kenalah naik lagi.  Lihatlah ai ni.. sebab selalu naik katanya.. tak tau pun yang nak naik ke Gap tu tak payah tunggu dah macam " once upon time " dahulu (10 tahun dulu kot ).  1/2 jam naik - tutup - 1/2 jam turun - tutup.  Sekarang ni.. jalan naik dan jalan turun dah berbeza laluan.  Barulah ai tahu... 

Fraser's Hill Silver Park Apartments.. we're coming!!

My lovely pokok pakis tu dah melambai-lambai 

This time of the year, the weather quite cold because "monsoon season "... rain and wet + smoky + dusky

Compliment from the resort ~ kita breakfast second time.. (1st time kat rumah)   and dua orang kesayangan tu sibuk tengok movie "WALL-e"
Actually my ayang tu ada kelas selepas ni... so lepas ni kita kena bawa diri memasinglah ye.. ate.. dah ikut orang pergi keje.. haihh!

Bubur nasi dua mangkuk, nasi lemak sikit.. kway teow pedas pun sikit.. tak baik tak rasakan.. Alhamdulillah..

Teh 0 tak kaw.. untuk hilang ngantuk!

" Mak kami dah booking nak main pool kat club house.. mak dok kat bilik sorang dulu ya.. "  RM8 /hour tu.. hamboih! lajunya planning dan cepatnya dah bawa diri memasing.. 

Welcome.. pagi ni kita "intai-intai deco " dulu ya.. while the young ones ber "pool " ~ verdicts : nice kitchen + fridge + kettle + condiments and all but no microwave.. hmmm

In between are the rooms.. 

Lucky we brought along our " happy pot " to cook maggie in case " lapar " tengah malam atau pagi-pagi buta dan malas nak keluar.. hee.. bukanke biasa.. (bagi anak ramai yang cepat lapar time sejuk-sejuk ni & emak yang sibuk berblogging)
This room anak-anak dara dah booking..
Mommy & daddy got big bath tub inside the attached bathroom... but.. the bath tub.. een & kakak dah bookinglah pulak.. he ele..
Ma sha Allah.. tengok kat luar tingkap tu.. kabus
buka sikit... inhale.. exhale... nyaman !
antara nak tidur kejap ke nak berblogging.. 

Life with " Durian ".. ehehehe... sempat masak serawa durian pukul 5.00 pagi ... yummeh!

Dan nasi lemak with all the ayam goreng.. ( balance breakfast pagi di rumah masih ada lagi..)  maka sekali lagi for the third time  anak-anak sarapan lagi... tak sempat "mem" besar nak ambil gambar "living room " sebabnya... sebab semua yang berhijab dah balik & bersantai dengan free hair sambil makan durian kat living room.. alolo
After mr hubby dah habis kelas.. apa lagi.. JOM! Aik.. cepat betul they all dah terjun kat bawah tu..  

Archery... 

My men...

mine only.. hehehe

makcik slow and steady.. biar lambat asal bergaya
ha.. mana satu mak punya?


As usual izreena akan kata " please ayah.. please... " ~  buat apa tu?

training dulu..



bila dah habis satu pusingan.. izreena akan kata "please ayah please..lagi ayah "  hadoi.. 
blow-pipe @ menyumpit.. cool!
jangan petik bunga ya.. 

smile..

peace yo!
posing..

happynya..

kuda tu dah berumur 10 tahun

dah sampai..

Dah settle satu tempat

one for the album ~ courtesy of Izreena

membuang di sini ya..

Kakak..
mehlah beli..

manggis banyak-banyak ya ayah...

Abang dah booking satu

Durian kampung pun sedap

mak suka dinding ni

bersama keluarga Dr Mus

ada cerita lawak disebalik minuman percuma ini.. 

lunch

Inilah minuman percuma dan boleh re- fill tu...

Lunch di Restoran Puncak.  Walaupun minuman sejuk diberi percuma tetapi harga makanan  nasi campur memang agak memeranjatkan.. berhati-hatilah dengan apa yang diambil.

Menu untuk sarapan pagi.. varieties..
Apabila melancong memang seronok untuk berehat sambil makan-makan apatah lagi kita berada di Malaysia. Walaubagaimanapun kami membuat pilihan restoran yang salah untuk makan.  Apa kata kita survey pandangan pelancong-pelancong seramai 6 orang ini tetapi yang bayar ialah ayah seorang.. hehehe..

Breakfast di Fraser Silver Park Resort
Verdict : Tiada banyak pilihan.  Rasa : Biasa-biasa sahaja.

Lunch di Restoran Puncak .  
Verdict : Banyak pilihan lauk-pauk gandingan untuk nasi putih.  Masakan makanan laut seperti udang galah dan sotong gurita ( dinasihatkan untuk meletakkan harga berdekatan pada makanan laut kerana harga jualan amat jauh berbeza dari harga lauk-lauk biasa) dan harga makanan laut ini "quite" memeranjatkan.. dan membuatkan pelanggan rasa teraniaya.. hahaha.. sedangkan di Shah Alam dan Klang harga makanan laut jauh lebih murah. Ada juga ikan bakar dan sup tulang lembu yang akan dipanaskan bila kita ingin makan. Hmm..   Bolehlah! Tempat tumpuan pelancongkan.. bukan selalu pelancong naik ke FH..

Dinner di  ???. tak sampai hati nak mention
Verdict :  Makanan dipesan teramat lambat sampai sedangkan pelanggan tak ramai.  Izreena order kway teow sahaja yang sempat sampai.. order yang lain-lain amat lambat sampai semua dah naik bengang dan menggigil sebab kesejukan dan last-last minta tapaw sahaja untuk dimakan kat apartment.  Haiya! stress ai tau.. dahlah sejuk... gigil-gigil tunggu dinner tak siap-siap..

Inilah restoran untuk dinner tu.. lokasi dan dekorasinya boleh tahan..

Kway Teow untuk izreena yang sempat sampai tak "on time"... sebab lapar semua share sorang sikit satu  pinggan.. licin!

Loved one...to be continued...


SELAMAT BERCUTI