Pouring Rain..

Pagi tadi 3hb Nov 2012, dalam perjalanan pulang dari menikmati sarapan pagi di Pekan Meru, terkesima melihat "view" menarik akibat hari hujan.  

Air hujan bertakung di merata tempat di kawasan bertanah rendah.  Sistem perparitan yang dibiarkan tidak diselenggarakan atau hujan yang turun tidak berhenti ditambah pula dengan air pasang, menyebabkan lambakan  air melimpah tidak dapat mengalir dan surut dengan sempurna. 

Beginilah kejadian alam.  Tidak ada manusia pun yang dapat menghalang kejadian ciptaan Allah swt ini.  Walau bagaimanapun bersyukur kita ke hadrat Allah kerana ia bukanlah apa-apa jika dibandingkan dengan "Taufan Sandy" yang membadai Amerika beberapa hari ini. Bersyukurlah.. kerana bagi para pemancing tegar pula ini seolah-olah merupakan satu rezeki bagi mereka untuk menangguk ikan di air yang keruh..




redahhh..













hadiah lumayan




separuh jalan ke sekolah di telenggami air
Kanak-kanak adalah diantara insan yang paling gembira dengan kehadiran "air" pasang tiba-tiba ini.  Berhati-hatilah wahai para ibubapa sekalian 
dengan mengambil langkah keselamatan dengan sentiasa menasihatkan dan mengawasi anak-anak anda yang "excited" ini.  Malang tidak berbau..

Begitu juga dengan wabak penyakit yang akan senang menyerang.  Demam, selsema, batuk adalah diantara penyakit wajibun yang sentiasa ada apabila cuaca dingin dan lembab ini.  Penyakit hyper seperti denggi yang sentiasa dengki akan manusia yang sihat ini.  Bersegeralah ke klinik dan hospital yang berdekatan apabila sindrom-sindrom penyakit yang terkenal ini mula ingin menguasai diri.  Anggaplah ini pesanan masyarakat terhadap sesama insan.  Sekian.........