Alhamdulillah...Happy sangat pada hari Sabtu 10hb Nov lepas kerana ibu mertua berkunjung ke rumah bersama anak saudara kesayangan kak long Fara dan Najib. Tidak sia-sia buat "lomang jepun " @ sushi untuk minum petang... 5 potong emak makan ... alhamdulillah.. terimakasih mak! you made my day.. p/s : bukan sonang she wants to makan taww.. especially bukan makanan biasa yang selalu dibuat . Syukur alhamdulillah..
|
sushi @ lemang jepun |
|
rencah2 ~ budget apa ada dalam fridge aja.. bidan terjun! |
|
before that as usual for lunch belanja mak makan kat luar .. mak makan sepiring nasi bariani dan faveret mak tentulah tauhu bakar |
|
dan een dan abang as usual order apa ya? |
|
tentulah bariani gam kambing |
|
kami yang lain order bariani kambing dan daging sahaja |
|
emak bersama her booster.. heee.... |
Alhamdulillah... keesokan harinya hari Ahad 11hb Nov, usai kelas mengaji sempat meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Hasnah di KKB. Hasnah ni kawan sekolah dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Apa-apa pun sebab takut lari tajuk, next entry kita cerita lain ya... Kesempatan pulang ke my home town juga dapatlah menziarahi emak di KKB. Gembira juga kerana hampir kesemua adik-beradik ada bersama pulang menziarahi emak di KKB. Bak kata pepatah "sambil menyelam minum air", kesempatan cuti sekolah ini juga dapatlah membawanya ke bank untuk menyelesaikan urusan pencennya supaya menjadi lebih mudah dan juga sebenarnya untuk membawa emak saya ke hospital untuk medical check up juga supaya bekalan ubatnya berterusan dapat diambil di hospital KKB sahaja. Gembiranya hati kerana tekanan darah emak normal dan pesanan doktor supaya emak sentiasa mengambil ubat yang ditetapkan. Syukur alhamulillah ke hadrat Allah swt yang Maha Esa yang mempermudahkan segala urusan dan memakbulkan doa-doa kami.
|
setelah berjumpa doktor, menunggu giliran untuk mengambil ubat |
|
Hospital KKB semuanya sudah berubah.. |
|
Kesian mak.. penat menunggu di bank bagi urusan penyelesaian kad yang rupanya telah lama hilang |
Kali terakhir saya menjejakkan kaki ke hospital KKB pada tahun 1993 apabila membawa arwah abah yang tidak tertahan sakit untuk berjumpa doktor dan ketika itu juga kawan sekolah saya arwah Ezry masih bertugas di hospital sebagai HO. Kali ini hospital KKB telah melalui perubahan yang amat besar sekali. Bahagian pesakit luar telah dirombak besar-besaran dan saya seperti orang dungu amat lembab untuk mencari arah. Dan yang paling kelakarnya.. emak berkata " takde ke orang yang aku kenal lagi kat sini? " Tiba-tiba terbayang wajah Hasnah kawan sekolah saya tadi, yang kalau tidak masih bercuti kerana penat berkenduri tentu dia ada di hospital pagi itu (ehem.. mind you.. Hasnah ni bekerja di Hospital KKB). Dan doa mak termakbul bila dia berjumpa dengan makcik Asmah yang satu ketika dulu berjualan nasi lemak dan jajan di sekolah rendah. Makcik Asmah juga tidak sihat dan menekankan " makcik ni hari-hari menelan 12 biji pil .." GULP! rasa nak nangis pun ada. SubhanaAllah.. Ya Allah.. berikanlah kami dengan pengakhiran yang baik di hari tua kami nanti.. amin...
BRAVO juga untuk MayBank yang telah lama beroperasi di pekan KKB ini dengan perkhidmatan yang baik sekali. Untuk warga emas yang tidak larat berjalan, kakitangan bank akan keluar dan turun ke kereta untuk mendapatkan cop jari. Walaubagaimanapun sebab emak perlu juga untuk masuk untuk urusan membuat kad bank yang telah lama hilang, maka dengan bantuan pengawal keselamatan yang begitu baik dan peka, segala urusan berjaya dilaksanakan. Kad bank mak berjaya dibuat dengan segera.. siap dengan pengaktifan kad sekali pada waktu yang sama. What's more do you expect? Dengan ini diisytiharkan emak tidak perlu lagi ke bank dan cukuplah sekadar adik saya sahaja yang pergi berurusan untuk mendapatkan wang pencen. Alhamdulillah...
As a reward for me and kakak... kami beli all the lauk-pauks at Restoran Peladang bersebelahan bank. Adik hanya perlu masak nasi sahaja sambil menunggu kepulangan kami. Kesian emak... sudah penat dan lapar hanya beralas perut sekeping roti bersapu jem kaya dan teh panas sebelum keluar rumah . Bayangkan dari pukul 8.00 pagi ke hospital kemudian hampir pukul 12.00 tengahari selesai urusan di bank. Mujurlah kami bernasib baik kerana mendapat tempat parking betul-betul di depan bank yang begitu crowded sekali, almaklumlah.. esoknya kan Deepavali... tapi as usual orang Melayu lebih ramai berbanding dengan kaum India. Hmmm....
|
ni bukan lauk tapaw ya... saya masak sup daging lembu .. daging korban yang amat enak |
|
sarapan pagi tadi... burger sempoi anyone? |
S E L A M A T B E R C U T I
Comments
Post a Comment