Clutch bags for sale.. while stocks last.. CEPATAN!!

Dah lebih seminggu tidak menulis.  

Sejak balik dari Ho Chi Minh malam Rabu hari tu.. saya terus melepak sampailah ke hari ini.  Baju-baju pergi holiday dan baju hubby pun tak bermesin lagi Bukannya apa.. mesin basuh kain tak penuh lagi.  

The children masih di rumah wan di Cheras lagi. Taknak balik lagi katanya.  Suka hati koranglah.. tapi mak dah mula rindu-rinduan dengan sikecik tu. Een tak rindu kat emak ke? sob..sob..

Sebenarnya saya mungkin keracunan makanan kot.. 2 hari selepas balik dari bercuti, pukul 3 pagi saya terbangun muntah-muntah dan cherry-berry.  Lepas tu terus demam-demam dan baru hari ni rasa lega dan fit sikit.  Tak tahulah apa yang saya makan. Sama ada cokelat cadbury beku ke.. masak ikan asam minggu lepas yang rasanya masih elok lagi dalam fridge ke.. atau goreng telur tumis dengan banyak-banyak bawang dan cili api yang buat perut saya meragam gilerrr...  

Anyway, malam tadi for dinner sebelum mr hubby balik kerja, saya minta mr hubby belikan bubur nasi.. tapi as usual mana ada orang jual bubur nasi malam-malamkan.  Mr hubby belikan kway teow ying yong dari Restaurant Mohd Chan.  

Terimakasih hubby.. walau pun saya tak larat nak telan, saya paksakan diri telan juga kway teow tu walaupun 2-3 sudu.  I know you're very busy nowadays (konvokesyen UiTM bermula Sabtu nih..) but as always i know Justin Bieber akan nyanyi " you know i love u.. you know i care "  .. sayang mr hubby! tu  yang buat i rasa sihat balik ni...

As usual juga bila dah balik dari Vietnam.. Surga shopping tu.. mesti ramai yang tanya beli apa ke benda?  hahaha..adalah beli-beli juga untuk mr hubby dan anak-anak.. tapi saya bukanlah pembeli tegar sangat.   Jangan haraplah saya akan beli banyak-banyak walaupun barang murah gilerr ke hapa?  I'm not that type of person eh... tapi kali ni sebab orang kata kat Vietnam barangnya murah, membeli jugalah kita mak anjang oi..  Almaklumlah dah mak uda dan mak lang tu kerjanya bershopping Vietnam Silk sahaja.. sampai berkodi-kodi!  Ini kisah benar ya.. tak tipu.. hahahaha.. 

Namun pengalaman malam pertama dengan peniaga di sana membuatkan terus agak "hilang selera" niat saya untuk membeli barang.  Baru tanya harga, dah suruh kita tawar.. bukannya saya nak beli pun.. tak minta  kurang pun.. pastu main tarik tangan pulak.   

Dia tak tau saya ada "green belt" kot.. kang HAAIYAAKK.. baru dia taw!!  Walau apa pun sebab dah niatkan... saya  membeli juga barang yang paling saya suka iaitu

   Mulberry Leather Clutch Bag

Apa-apa pun tak syoklah kalau melaram sorang-sorangkan.  So adalah beli lebih sikit.. nak bagi buat souvenirs tak mampulah i yang tak berkerjaya nikan.. heeee..  

So sesiapa yang tergoda tu silalah like atau mesej saya ya dan tinggalkan phone number.. harga memang tidak mahal walaupun dari kulit asli tapi berkualiti dan last long if you take better care of it.  
Reasonable dan sederhana yet very fashionable.. dan sangat cantik (dari pandangan mata saya) . Berkenan?  First come first serve.. once booked, consider sold.. pilihan warna cuma satu warna satu beg sahaja.. cash on delivery.. (C.O.D), beg ada lima sahaja.. harap maklum!

Mana gambarnya?  Benar-benar berminat? Actually Mulberry is an English luxury brand known for its strong ties to heritage, craft and design. Ia berasal dari Somerset, England and founded in 1971.  

Apa yang saya beli ini merupakan foldable leather clutch bag.  Ada poket bila di buka di luarnya dan satu lagi poket berzip di dalamnya.  Sangat cantik dan simple untuk majlis minum petang atau majlis jamuan malam atau kegunaan harian.   Di sangkut dibahu, dikepit di ketiak atau just dipegang sahaja. Ada tali panjang dan tali pendek untuk disesuaikan ikut suka hati kaulah Jah ooi! Sukahati hanglah kan nak pakai bila pergi mana pun.  

Macam saya ni kalau saya dah suka satu-satu beg tu dan ia very practical.. pergi hantar anak hari-hari ke sekolah waima ke kenduri kahwin pun saya akan pakai beg yang sama.  Ada korang kisah.. betul tak my black Bonia lovely sling bag yang setia? Betul.... kata een. Hehehe...

Nak tengok gambar juga? oklah ini gambar versi saya ya..


simple like me..
Red yang merangsang

Brown yang waras
Dark Blue yang tenang

Black coffee yang menawan
Green color pun sangat cantik  **

Zip ini akan membuka ruang dalam yang luas kepada beg ini apabila di buka

Apabila beg dibuka, terdapat zip berpoket dan satu lagi zip berpoket di dalam ruangan storage (dibuka dari zip di sebelah atas)

Beg ini menggunakan clutch magnet yang kuat dan mempunyai dua tali untuk kegunaan  panjang dan pendek.  Smartkan?

Saiz : H 15cm x W 27cm (agak-agaklah ya..)

** variasi warna agak berbeza dari gambar bergantung kepada tahap kerabunan warna anda

Ok... sekian.  Kalau berminat jangan lupa berinteraksi ya.. sebelum saya buka untuk jualan amal yang mungkin harganya akan melambung tinggi.  Hmmmm....


latest collection by Mulberry... nak tak?  InsyaAllah .. kalau ada rezeki
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kain-kain ela Vietnam Silk yang famous ini dengan harga yang murah, sila hubungi  kakak-kakak ini ya.. (boleh sahaja mesej saya..) hmm.. kalau ada lagi lah ya...

The Holy Prophet Muhammad (Sallallahu-Alayhi-Wasallam) said:

"The best of fasts besides the month of Ramadhan is the fasting of Allah's month of Muharram."
(Muslim)


SELAMAT BERBUKA PUASA

Comments

Popular posts from this blog

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Sepagi di Pengkalan Nelayan