Goreng bee hoon lagi ...

Alhamdulillah... dah masuk raya ke 7 hari ni.  Esok raya ke  8, 9 .... wah.. cepatnya masa berlalu.  Tidak menyempat-nyempatnya masa berjalan nak menghabiskan bulan Syawal ni ya.. walau apa pun "Selamat Hari Raya Aidil Fitri ".. semoga hari ini lebih baik dari hari semalam..   ayat cliche paling top di alamaya ini.  

Seperti biasa setiap tahun setiap kali tetamu datang kenalah siapkan something yang heavy beside biskut-biskut raya ni.  Tahun ni kami tukar menu dari mee kuning kepada bihun a.k.a bee hoon dan macaroni.  Tidak kiralah resepi yang bergoreng atau pun berkuah.  Jangan risau kami cuma menggunakan bihun jenama Jasmin ataupun Jati sahaja.  Lebih bersih dan halal.  

Setakat hari raya yang ke 6 saya telah menggoreng hampir 9-10 bungkus bihun dan sebungkus macaroni.  Akibat ada jejari yang dah melecet akibat gesekan "sudip ajaib" saya, menu bihun bergoreng telah direhatkan buat sementara waktu.. haish!   Ayam goreng drummet Ayamas still cam tahun-tahun lepas menjadi must have menu.  Maka bekerja keraslah "deep fryer" saya setiap kali musim raya.. fry..fry... frying!
bihun segera special untuk tetamu saya

ayam goreng 
Sebenarnya kita dapat menggoreng bihun dengan segera sementara tetamu menunggu di ruang tamu tetapi bohonglah jika dikatakan ia secepat masak mee segera..heeee..  

Tip penting  ini saya pelajari dari seorang kakak yang menjadi teman sebilik semasa saya mengerjakan haji way back in 2004.  Caranya ialah  menyediakan bahan tumisan "in advance".  Selalunya saya akan mengisar bawang merah, bawang putih serta udang kering yang kemudian akan ditumis hingga naik baunya dengan minyak panas.  Kemudian barulah dimasukkan cili kisar... goreng hingga bahan-bahan tumisan ini masak.  Setelah sejuk barulah disimpan ke dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk.  So bila ada tetamu datang dengan serta merta kita boleh terus menggoreng kerana ramuan utama dah siap siaga.  

Bihun pula saya celur dengan air panas mendidih dan setelah agak lembut di bilas dengan air bersih dan tos biar kering.  Memang memudahkan... Apa? nak resepi pula? hehehe... idoklah sesedap mana bihun saya ni.. sama aja macam bihun yang saya belajar masa kelas SRT ( Sains Rumah Tangga) masa form 3 dulu... cuma yang penting.. air asam jawa + garam secukup perasa dan "special fx" kenalah mengancam mata memandang.  

Contoh : bubuhlah bahan2 sampingan seperti udang basah, fish kek, kobis, telur dadar digulung dan di racik, daun bawang di racik kasar, bawang goreng, hirisan cili merah atau apa2 sahajalah mengikut kemampuan anda... yang penting masaklah dengan penuh kasih sayang.. amacam?  nak lagi sedap.. buatlah jeruk cuka cili api dengan hirisan bawang merah serta titisan kicap sedikit... mmmmmm....mmmwawahha.... hahaha... sebenarnya tekniknya mudah sahaja... masaklah sepertimana anda memasak sambal ikan atau ayam goreng berlada.  Cuma instead masukkan ikan atau ayam.. masukkanlah bihun...  semoga ilmu yang diberikan ini bermanfaat... amin....

bekas bahan tumisan : bawang merah dan putih, cili kisar dan udang kering... dah tinggal nyawa2 ikan.. 

keep stock

on going frying....
Di pagi raya seperti keluarga-keluarga besar lain juga kami adik-beradik tidak kiralah di rumah emak atau emak mertua akan membawa hidangan utama yang dimasak dirumah sendiri kemudian akan dihidangkan bersama-sama dengan juadah-juadah yang lain.  Maka penuhlah meja buat santapan mata.   

Seperti hari raya yang lalu (tidak termasuk semasa kami beraya dirantauan) saya sekeluarga akan berbuka bersama-sama adik-beradik saya di KKB.. kiranya seperti "makan besar" di malam hari raya.  Masing-masing akan membawa hidangan sendiri ke rumah emak.  

Kemudian di pagi raya akan bersembahyang raya di surau di rumah mertua dan berkumpul bersama adik-beradik sebelah suami pula di Cheras.  Alhamdulillah... kerana saya bertemu jodoh dengan orang senegeri.   Kiranya kami akan kerap berulang-alik dari Cheras - Klang - KKB di awal Syawal.

4 ekor rendang ayam pencen menu utama raya kali ini

lamb black pepper menu wajib

cuma pandai merebus nasi impit sahaja... huhuhu

kuah lontong dan semestinya sambal tumis kegemaran anak-anak
Alhamdulillah juga... hampir keseluruhan adik-beradik sama ada di sebelah suami atau saya semuanya berada di Lembah Klang maka perjalanan ziarah-menziarahi agak mudah.  Sekali perjalanan boleh kow tim 4-5 buah rumah.  

Begitu juga di rumah emak2 dan bapa saudara yang berdekatan di KKB.  Sekali lalu saja....  Walau apa pun sebenarnya kanak-kanaklah yang diantara paling gembira merayakan hari yang mulia ini.  Walau pun begitu jangan lupa untuk menunaikan sembahyang fardhu bila masuk waktunya.  Janganlah  menjadikan susah untuk menanggalkan make up sebagai alasan untuk tidak mengambil wuduk.  Kita kan memang juara untuk mencari A L A S A N.... Ingat Allah swt senantiasa... Allah swt akan mengingati kita..insyaAllah.   Akhir kata selamat bergembira... insyaAllah sedikit bingkisan menjelang hari raya di rantauan untuk entri mendatang...

juadah 1 Syawal 1433H...rendang dendeng favourite semua
cousins 

background kali ni extra comel.. hahaha
2 syawal bersama emak tersayang
cousins again
the photographer
keluarga besar Allahyarham Tn Hj Mohamad Amin

S  E  L  A  M  A  T    B  E  R  G  U  M  B  I  R  A  H A  T  I -  H A  T  I    D  I  J  A  L  A  N           R  A  Y  A

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?