Viva La Paris Pt 3

Entri kesinambungan..


We love flowers

Tidak cukup jika menjelajah ke kota Paris yang terkenal dengan "syurga haruman minyak wangi" ini jika tidak ke gedung-gedungnya. Kami menyelusuri setiap deretan galeri gedung-gedung pameran yang memperagakan jenama-jenama terkenal kegilaan para wanita dan lelaki golongan mewah ini. Begitu teruja melihat nama-nama besar pengeluar minyak wangi seperti yang selalu teriklan di kaca TV... London, Paris, New York... Viola!

mari-mari... kita beli cenderahati

bersama French Policeman

Sedikit "simple french" yang senang untuk disebut 

 Bon anniversaire !   Happy birthday!
 Bon appétit !   Enjoy your meal!
 bon marché   inexpensive, cheap
 voilà   there is, that's it

di depan Nina Ricci
pengalaman naik bas around Paris

Berjalan-jalan di sekitar stesen keretapi 














Disneyland Paris

Disneyland Paris... fenomena kedua yang menghantui ramai rakyat Malaysia bila berkunjung ke Paris. Ia terletak kira-kira 35 minit perjalanan dari Paris. 

Eurostar juga ada juga menyediakan pakej train + hotel kepada penumpang-penumpang yang ingin terus ke Disneyland Paris. Taman tema ini dibuka pada tahun 1992 di Marne La Valle dan menjadi tumpuan utama kepada pelancong-pelancong dari Eropah. Dari Frontier land, Fantasy land, Toy Story land, Adventure land, Walt Disney studio dan lain-lain memanglah amat menerujakan untuk sesiapa pun, tetapi kami tidak kesana kerana anak-anak yang masih kecil. Tidak sesuai dan pasti kami tidak enjoy sebab terpaksa bergilir-gilir menjaga anak-anak. Bila besar nanti.. pergi sendirilah ya. Pasti lebih seronok!

The Grande Mosquée de Paris


Grande Mosquée de Paris adalah sebuah masjid yang terletak di Arondiseman Ve. Masjid ini didirikan setelah Perang Dunia 1 sebagai tanda terima kasih kerajaan Peranchis kepada pejuang-pejuang Islam yang turut berperang melawan pasukan German. Masjid ini dibangunkan pada tahun 1926. 

Kebanyakan penduduk Islam di Peranchis merupakan pendatang dari Algeria dan dari Afrika Utara. Walau pun jumlah mereka begitu kecil dan hak mereka dinafikan seperti pemakaian tudung tidak dibenarkan di sekolah-sekolah serta Burqa juga diharamkan oleh kerajaan Peranchis tetapi ini bukanlah undang-undang yang dipersetujui oleh segelintir rakyat Peranchis. Islam ada di mana-mana dan Allah swt tetap yang Esa walaupun hak seorang Islam terhakis di bumi Peranchis.


dah penat... bila tiba di London cuaca kembali sejuk!
Alhamdulillah.. selamat sampai ke Waterloo International Station di London

Pengalaman sehari suntuk di Paris menaiki Eurostar melalui terowong ajaib, merentasi bawah lautan satu pengalaman manis yang sukar untuk dilupakan walau pun ngeri bila diingat-ingatkan semula. 

Pengalaman oh.. pengalaman.  Coretan ini kenangan untuk anak-anak untuk lebih berusaha mencapai cita-cita ke puncak jaya. Bukankah ada pepatah cliche "Jauh perjalanan luas pandangan" Jika ada peluang di depan mata kenapa tidak kita menggapainya. 

Akhir kata " MERCI BEAUCOOP " dari Paris. Merci Beaucoop bermaksud "Thank you very much" ~ Terimakasih banyak kerana meluangkan masa membaca entri ini.. kita berjumpa lagi di entri yang lain..

Akhirnya, sama-sama kita sentiasa mengingati pesan Nabi saw ini :

" Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa."
(Hr Bukhari dan Muslim)

kuntuman bungaan menyambut kami pulang

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?