Selamat tinggal Unser.. Selamat datang Innova..


Begitu cepat masa berlalu.. sudah hampir sebulan. Setiap kali kelibat Unser berwarna hitam (Winestone Red) di jalanraya.. tiap kali itulah perasaan rindu kembali menyala. 

Dulu hari-hari ke pejabat dari Sg Buloh ke Shah Alam, saban pagi dan pulang saban senja. Kemudian berulang-alik ke sekolah dan ke pusat tuisyen. Ke seluruh Semenanjung habis kami jelajahi bersamanya. Percutian keluarga dari Perlis hingga ke Terengganu. Dari Kelantan hingga ke Johor. Wah... penatnya dia. Toyota Unser BGV ....



Pernah juga pada satu petang Jumaat di bulan April tahun 2005, saya mengalami kemalangan bersamanya sewaktu pulang dari kerja akibat terlalu letih hingga terlelap seketika semasa memandu. Inilah akibatnya "nawaitu" di pejabat sebelum waktu pulang ~  " Alahai.. tak sabarnya nak balik rumah cepat-cepat.. dah penat.. nak tidur... " Betul-betul saya tertidur semasa memandu.  
Tragedi ngeri "hari ini dalam sejarah" hidup saya akibat terlalu penat bekerja. Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Allah swt saya terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan. Alhamdulillah.. keajaiban terselamat dengan pertolongan dari Allah swt, walaupun Unser  meluncur terlalu laju  ketika itu akibat kaki kanan saya secara automatik tanpa sedar terus berat menekan pedal minyak. 

Ia meluncur melintang dan melompat longkang besar dan melompat ke atas jalan tanah merah di atas bukit yang sedang diratakan untuk projek perumahan. Bayangkanlah... bukan bayangkan apa.. bayangkan bagaimana "tow truck" berusaha hendak menarik Unser kami turun melintasi longkang besar.  
Saya tersedar semasa ia "terbang melambung" dan sempat mengucap, redho dan pasrah. Wajah anak-anak yang masih kecil tergambar di hadapan saya. Walaubagaimanapun alhamdulillah.. tiada kenderaan dari kedua-dua arah jalanraya yang Unser saya langgar.

Bayangkan hi-way dari Alam Budiman  ke Puncak Alam jauh disebelah kiri tapi dengan kuasa Allah swt kereta terangkat terbang melintang dan terdampar di atas tanah tinggi ini.  Kini kawasan ini telah dibangunkan dengan perumahan baru...

Perjalanan pemanduan solo saya yang paling jauh ialah bersama rakan sepejabat ialah ke Melaka ketika menziarahi jenazah arwah kak Shima, rakan sejawatan dan juga teman karib. 

Al fatihah untuk arwah. Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada.. amin.  

Teringat di zaman CMM apabila bateri Unser saya lemah, dengan kereta Perodua Kembara arwahlah saya "jump" baterinya. 

Apabila kami mula berpindah dari Saujana Utama ke Aman Perdana, setiap hari saya memunggah barangan. Dari beg berisi kain baju yang bertimbun hingga kekotak buku-buku, dari peralatan dapur seperti pinggan mangkuk dan periuk belanga, pasu-pasu bunga, basikal anak-anak hinggalah ke mesin basuh. Terima kasih tidak terhingga padamu, Unser! 

Walau apa pun, kata mr hubby "kereta kalau dah lebih 5 tahun, nilainya akan jatuh." Kami memiliki kereta Unser ini pada 6 hb Jun, 2003. Anak-anak dah ramai, tukar kereta yang lebih selesa pula, bak kata iklan Unser dulu-dulu ~ 40 penyamun pun boleh masuk.. 

Apatah lagi kini Toyota Unser menjadi carian kepada peniaga-peniaga berbangsa China. Walaupun dari segi penggunaan minyak di jalanan amat tinggi tapi kualiti dan ketahanan enjinnya menjadikan ia masih laris apatah lagi dengan keluasan untuk penyimpanan barang. 

Ya.. 8 tahun bersamamu, pada tanggal 30hb April, 2012 secara rasminya kereta kesayangan kami ini telah dijual. Jujur saya katakan ketika kereta Perodua Kembara WGU 8702 berwarna hijau saya dulu dijual, cuma perasaan sedikit sayu yang menjelma walaupun ia merupakan kereta pertama yang dibeli oleh mr hubby untuk saya.  


Tinggal kenangan
da..
selamat jalan
last fling
pose terakhir

Selamat tinggal Unser! Sekali lagi terima kasih kerana menjadi sebahagian dari keluarga saya. Terima kasih kerana melindungi kami dari hujan mahupun ribut petir, cuaca panas dan habuk debu jalanan.


Alhamdulillah.. hari ini kami mendapat kereta baru Toyota Innova WWT dot dot dot... Sudah saya pandu uji sebentar tadi dalam perjalanan pulang dari mengambil anak di kelas tuisyen malam. 

Semoga hari-hari barumu bersama keluarga kami akan lebih ceria dan selamat. Semoga Allah swt merahmati dan memberkati kami di dalam perjalanan bersamamu. SELAMAT DATANG!! 

Apa-apapun kini akhirnya saya memandu kereta Perodua MyVi dot dot dot dot..  hijau pucuk pisang (yang sering digunakan oleh kak long dulu) kerana lebih jimat dan senang untuk menyelit-nyelit meletakkan kereta berulang-alik ke sekolah. 

Dan juga mr hubby sesekali bergaya dengan Innova baru tanpa melupakan kereta kesayangannya Mercedes Benz BFG dot dot dot.... Syukur kepadaMU Ya Allah...

“Segala puji bagi Allah,Maha suci Allah yang menyediakan kenderaan ini untuk kemudahan kita dan kami tidak terdaya menguasainya, dan sesungguhnya kepada Tuhan kitalah, kita akan kembali.”

Comments

  1. what's a suprise!! welcome to 'alam maya'. kau kah itu si hydrangeas yg sudi 'touch down' kat blog aku http://blogitarossi.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... sebenarnya dah lama nak melawat kat blog kau tu.. cuma masa amat mencemburuiku... kueng3! tapi belum habis khatam lagi... will read it piece by piece ya... till then!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?