Posts

Showing posts from October, 2017

New Zealand : "The World's Last Pure Land"

Image
Assalam Di Auckland kami menginap di guesthouse "The World's Last Pure Land" melalui booking.com.  Wow!  Maori sungguh namanya kan?  Guesthouse yang selesa, murah dan lebih kurang 1/2 jam  sahaja perjalanan dari airport.  Ia terletak di 8, Parani Road, Te Atatu Peninsula, Auckland dan berada 8km sahaja dari Auckland Harbour Bridge.    Di kelilingi oleh rumah banglo pelbagai rekabentuk di sepanjang jalan ini. Kami tiba di rumah ini ketika langit siang sudah melabuhkan tirainya.  Tiada tuan rumah menyambut ketibaan kami kerana mereka sedang berada di Amerika Syarikat.   Tuan rumah telah meninggalkan sms nombor kod untuk  membuka tempat penyimpanan kunci rumah dan kunci bilik setelah kita membayar deposit secara online.  Sangat bagus perkhidmatan di sini.   Self service.  Tiada masa tertentu untuk check in atau pun check out. Cuba teka di mana letaknya kunci rumah itu? Tiada hadiah untuk yang menjawab dengan tepat.. tadaa..  cepat cepat teka! 😜 h

New Zealand : Finding Mr Maori

Image
Assalam Soalan: Kemanakah anda ingin pergi jika berpeluang bermusafir ke New Zealand? 😐 Tolong jangan jawab.   Jawaban  sudah ada di sediakan dibawah 😁 1. Hobbiton movie set tour - Lord Of The Ring (LOTR) di Matamata. 2. Perkampungan orang Māori di Rotorua. 3. Menaiki caravan atau  motor home  sambil  melihat pemandangan alam yang cantik dan langit yang biru. 4. Jelajah Wellington sambil melawat anak di universiti  😜 5. Bercuti 3 minggu untuk cover kesemua tempat di North Island dan South Island (Dreams do come true.. inshaa Allah) Ada tak jawaban anda yang tidak tersenarai?  Oh ada ada..  makcik nak tengok ALL Blacks beraksi!  ALL Blacks?  Apa tu? All Blacks ialah p asukan ragbi kebangsaan New Zealand. Pasukan ini merupakan juara dunia berkali-kali. Menariknya sebelum setiap perlawanan, mereka akan membuat persembahan Haka yang sangat terkenal itu .  Tak sempat makcik nak ke Eden Park Stadium di Auckland atau pun ke Rotorua Internationa