Wednesday, 30 April 2014

Ini kisahnya

As salam

Tak ligat dah katanya.  Ligat nak menaip entri lah apa lagi.
Cuppa coffee anyone?  I don't drink coffee

Serunding + lempeng = Nyams!
Actually, banyak foto2 menarik yang belum di upload berlabelkan "travelog" tapi cam bosan lak korang sume nak baca kalau asyik menulis tentang "never ending journey" saya itu 

Atau ada yang tertanya-tanya kenapa saya tidak bercerita tentang "all about" jiran-jiran, kawan-kawan, keluarga terdekat dan sewaktu dengannya. Selalunya saya akan bercerita secara lalu sahaja.. seperti cerita "never ending weddings" anak-anak buah sahaja dan all about my family only.  The sweet and merry stories only.   

Never talk bad about people.. my daughters selalu berpesan.  At the end it will come back to us. Astaghfirullah hal azim.  Langit tidak selalunya cerah.  Mind you!  As a BLOGGER .  You are what you write.

Sebenarnya saya tidak suka melukakan perasaan sesiapa sahaja.  Adakalanya ada juga berkecil hati, berjauh hati dsb .. emosi manusia biasa. But never ever did i write it in my blog.  Dan saya akan memikirkan sahaja.. sambil membasuh pinggan, cawan, periuk, kuali segala bagai "di dapurku syurgaku" itu


Akhirnya saya yakin hanya Allah swt akan fix everything for it.  Hasbunallah wal ni'mal wakil. No need to tell others.  Kata orang tulisan bisa menusuk hati.  Tinta dan lidah umpama pedang   Bisa menghiris-hiris hati nan rawan. 

Walau apa pun.. kita hanyalah insan biasa.  Saya juga ingin memohon maaf jika ada yang terluka dengan penulisan dan pernyataan serta foto-foto yang saya upload selama ini. 

Sometimes  I am difficult and very stubborn too. So it is better to absorb it alone.. let it go!   Maafkanlah..

Namun berita pemergian seorang isteri di pagi hari sebelum persandingannya baru-baru ini amatlah memilukan jiwa. Arwah meninggal di dalam tidur pada paginya setelah pada malam sebelumnya baru sahaja di akad nikahkan dengan pasangannya. Sudden death ..  Mungkin arwah terlalu banyak berfikir.  Dan itu memang sudah ketentuan-Nya. Innalillah hi wainna ila hi rojiun...  Al fatihah

Verdict : Jangan memendam rasa kelak ia akan membuat diri merana.  Luahkanlah pada orang yang kita sayangi dan memahami diri anda

Done.  Let's talk about my mom.  Kini emak berada di rumah saya.  Saya tidak ke mana-mana kini. Hanya keluar menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah sahaja.  Tidak boleh keluar terlalu lama dan selalu harus ingat "emak ada di rumah".


Saat bahagia bersama kak ngah sebulan yang lalu apabila berjaya memujuk wan bercuti ke rumah kami pula

Emak tidak seperti dahulu lagi.  Akibat "mild stroke" yang dialaminya 2 tahun lalu, pergerakannya amat terbatas. Dapat berdiri untuk dimandikan di tandas merupakan anugerah, dapat bangun untuk duduk di katil untuk makan pun satu anugerah dan berdaya untuk melangkah selangkah juga merupakan satu anugerah terindah.

Katanya "susah-susahnya nak tukarkan pampers emak ni.. macam baby aje.  Dulu-dulu masa wan mak sakit, rumah kampung dulu di buat lubang kat lantai papan supaya senang nak basuh kencing dan berak".  Kesian emak sayakan.  Ke situ pulak diingatkan.   Emak rasa kini dia menyusahkan anak-anak.  Saya akan kata balik " senang lagi pakaikan orang tua pampers emak.. kalau budak-budak ni dulu.. tak tau duduk diam masa pakaikan pampers" Emak akan tersenyum dan barulah wajahnya akan ceria semula.

Dan akan mengulang kata yang sama apabila saya menukar pampersnya dan saya sering akan menjawab " Takpe mak.. dulu masa mak kecik tak merasa nak pakai.. "  hahaha.. dan emak akan tersenyum dan saya tahu siapalah hendak memakai pampers namun apakan daya.. tiada kudratnya untuk selalu bangun berulang alik ke tandas walaupun dalam jarak yang dekat.  Bersabarlah wahai emak

Akan menginjak usia 90 tahun pada tahun ini mengikut di dalam i.c. Dalam i.c emak dilahirkan pada tahun 1924 tetapi sebenarnya emak dilahirkan pada tahun 1928. Masa dahulu ada  surat beranak ni bagai.. tapi masalahnya tahun yang tertulis kurang jelas .. almaklumlah  

Apa ada pada usia..  it is just a number!   Akibat daya ingatannya yang semakin lemah, emak sering lupa waktu,  bila dan di mana dia berada.  Bahagian badan di sebelah kanan terutama tangannya juga sudah kurang berfungsi.  Suka jika saya sering mengurut-urut tangannya yang sakit sambil bercerita.   

Dapat mendengar cerita-cerita lamanya juga merupakan satu anugerah  Kadang-kadang emak berada di tahun 1960-an sahaja.  Kadang-kadang nak mencelah saya pun tak tahu apa kisahnya.. saya dilahirkan pada tahun 1965. Dengarkan sahajalah

Emak mempunyai 9 orang adik beradik.  Kakak yang tua bernama Halijah, abang no 2 bernama Sahar tetapi telah diheret menjadi buruh paksa oleh tentera Jepun dan terus hilang tanpa khabar berita, abang yang ketiga arwah Pa' lang Bahar, ada seorang lagi abang katanya tapi dah tak ingat.. kemudian emak.  Emak menjaga adik-adiknya arwah Pa' Andak, Ateh Normah dan Pa' Usu. Seorang lagi adiknya di jaga oleh bapa saudaranya iaitu makcik Awa.  Ini adalah kerana arwah wan saya dan arwah datuk saya  telah meninggal dunia semasa emak masih muda remaja.

Mengalir airmata ini apabila menaip entri ini mengingatkan kesusahan yang emak tanggung semasa muda remajanya untuk memelihara adik-adiknya.   Bayangkan kehidupan remaja yatim piatu di zaman Jepun tanpa ayah dan ibu buat bergantung kasih hanya menumpang belas ihsan  datuk saudara.

Apatah lagi apabila emak berkata " Kalau arwah emaknya masih hidup lagi ini tentu dia suka bila melihat cicit-cicitnya yang ramai ini" atau katanya " Kalau kakak emak yang tua tu hidup lagi berapa umurnya ya? " dan emak akan menjawab sendiri "eh.. macam mana nak hidup, dah mati" dan kami akan ketawa berdua  atau katanya selalu " mana adik-adiknya lama tak datang menjenguknya". Pasti dah rindu agaknya...
Roomate wan ~ abang bersama ms little

Namun emak kini tidak lagi menyebut-nyebut untuk balik ke rumahnya.  Dia asyik berkata "Sebelah ni emak punya rumah, sebelah sana rumah abang" Merujuk kepada katilnya dan katil anak lelaki saya. Kiranya "this is my territory.. and that is yours..." hahhah... roomate abang lah katakan.  

Kadang ada selera nak makan,  kadang tidak. Kadang ada ceritanya,  kadang diam membisu. Namun hatinya di dalam tiada siapa yang tahu. Tiba-tiba teringatkan lagu arwah Sudirman "Penyu menangis tak siapa yang tahu".. sekadar lagu

Masak lomak cili api udang galah.. mak suka udang
Asam pedas ikan pari + bendi

First attempt kakak masak asam pedas hanya seekor ikan kembung sahaja.  Wahh.. cayalah! Walaupun agak penat  nak menangguk bawang yang hangus berenang-renang di dalam gulai.. oops! hehehe.. sori kakak
Alhamdulillah.. emak telah dua kali mengerjakan haji di tanah suci Makkah bersama arwah abah serta arwah Pa' Andak dan juga sekali lagi bersama Pa' Usu dan arwah Ma' Usu Non setelah pemergian abah ke rahmatullah.  Juga sekali lagi ke sana menunaikan umrah pula bersama mr hubby dan cucu-cucunya kaklong dan kak ngah.  

Amat bertuah kerana rumahnya berada di hadapan surau kerana sering menghabiskan usia waktu sihatnya berjamaah di surau.  Sebelum subuh emak dan anak buahnya akan ke surau.  Begitu juga menjelang maghrib dan isya' emak pasti akan ada di surau.  Walau pun kini ingatannya telah jauh.. tapi sering berkata seolah-olah anak buahnya masih menunggu di pintu pagar untuk ke surau. "Happy days" untuknya yang masih dalam ingatan. Alhamdulillah

Verdict :  Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara.  Untuk kita yang masih sihat, berusahalah untuk memperbaiki diri  menuju Allah swt sementara masih punya waktu.  Peringatan kepada diri sendiri dan anak-anak sekalian.

Happiness
Biarlah saya bercerita yang baik-baik sahaja. 

Untuk mr hubby ~ thank you for being my "pembaca dan pendengar setia" dan untuk anak-anak walau pun emak tahu yang kecil-kecil dan masih bersekolah ini just don't have time to read my BLOG atleast in grandma's heart she still remember you all dengan katanya selalu " budak-budak dah balik sekolah?" dan selalu bertanya pada kakak ~
"kakak bila nak balik ke London?" . Amboi.. aaminn kakak.. 

Sentiasalah berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan wan... amiiinn

Perasaan?  Bahagia. Di sisi keluarga tersayang dan emak tercinta seolah dapat mengubat kerinduan pada anak-anak yang jauh di mata.  Alhamdulillah



SALAM HARI PEKERJA

Monday, 21 April 2014

Pekena antibiotik 47 Ronin

As salam..

May all the readers be at peace and in a good health 
Eat well and also sleep well

Mode: Intro ala-ala K-drama la pulak

Maka bersenanglah hati semua.  Alhamdulillah

Special entry dedication for .... " ownself "
Diri sendiri? ha.. aa lerrr...
Sendiri buat, sendiri baca.  Gini pun ade.  Suka hatilah kan.  sendiri tuan tanah.  Apa ada hal!
Semoga bertambah sihat.. amiinnn
Dedikasi ini sebagai peringatan kepada diri sendiri yang sering leka, lupa dan lagho dengan urusan duniawi dengan istilah senang bicara "kembalilah ke jalan yang benar" .. 

Allah swt berfirman :
“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28]

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]

Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?

Aikk.. dedikasi apanya ni.  Dedikasi untuk diri sendiri yang baru baik dari "bertambah sihat". Berjaya bersabar sedikit  apabila diduga dengan ujian yang kecil dan hampir sedikit "alpa" menguruskan keluarga apatah lagi bonda yang disisi yang bergantung harap kepada kita akibat mengutamakan diri yang lelah tak berkudrat. 

Alhamdulillah.. saya memang jarang selsema, batuk mahupun demam.  Namun apabila "bertambah sihat-bertambah sihat" setahun  sekali ini.. bangun pun seakan tak berdaya

Patah tumbuh hilang berganti.  Memori bubur kayu manis kaklong semasa mak demam tahun lalu telah diganti dengan bubur kasih sayang dari kakak pula.  Dengan 1st attempt gulai asam pedasnya dan "special serving meals" untuk wan membuatkan wan makan bertambah2 .   Thanks cik kakak, en abang dan ms little serta mr hubby yang banyak membantu. Love you all hingga ke hujung nyawa!
Terimakasih mak uda dan anak-anak di atas kiriman "beet root" untuk diet mr hubby. Whaaa... sangat merah jusnya mengalahkan buah naga
Buah lobak merah mangsa yang telah di salah sangka.. hahaha
Terima kasih mr hubby di atas kehadiran raja ini yang sangat dinantikan


Dan terimakasih juga buat seorang sahabat yang beria-ia mengirimkan buah harumanis yang jauh datangnya dari Perlis ini.  Katanya bila makan teringatkan kepada kawan-kawan.  Sekali lagi jazakallah Hajjah!

SubhanAllah

Alhamdulillah.. dengan penyerahan kepada-Mu Ya Allah, sedikit kesabaran dan bantuan serta kasih sayang dari mr hubby, emak dan anak-anak dan yang paling utama ialah sabda Rasulullah SAW yang selalu berlegar di hati seperti yang saya copy-pastekan ini menjadikan sakit yang tak seberapa ni "indah"

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)

Namun bak kata ms little kepada ayahnya " mak sihat balik lepas pekena antibiotik 47 Ronin! "

47 Ronin?  Apakah... hahahaha..

An article copy paste from Wikipedia, the free encyclopedia




47 Ronin is a 2013 American fantasy action film depicting a fictional account of the forty-seven Ronin, a real-life group of Ronin (masterless samurai) in 18th-century Japan who avenged the death of their lord (stories, plays and other dramatic performances of the 47 Ronin story are commonly referred to as Chūshingura in Japan). Produced by Universal Studios, the film was directed by Carl Rinsch and stars Keanu Reeves and Hiroyuki Sanada. Filming started in Budapest in March 2011; it moved to Shepperton Studios in London and was concluded in Japan.

P/S : Tak payah translatekan lah ya.. saya tak rajin. Maaf!

Verdict : Walaupun filem ini tak box office.. who cares!  As long as the actor ialah  Keanu Reeves + fantasy action movie + cerita berlatarbelakangkan Japan .. kira ok lah tu..  dan dapat relax sambil JOM nonton dengan keluarga tersayang.  I will be fine..
Terimakasih di atas kunjungan.  Membuatkan yang uzur tersenyum suka, yang "bertambah sihat" tersenyum sokmo melihat gambar ini

Haish... angin lintang dari  belah kanan.  Isya kena tiup dulu.. hihihi

Wuuuuu... angin pukang dari belah kiri.. hahahha
The GANG.   Dulu kini dan selamanya

MashaAllah!
Thanks Allah swt for giving me a good health and a smile back to my sickening face.. ameeen

Sunday, 13 April 2014

Turkey.. is waiting for me!

As salam

Satu entri sempena "Daughter's Week" katanya. I have four daughters and a son.  Alhamdulillah.. and am waiting for a son's week to explode ..hhhhhh?? ~ @#!!&*% ~ later

JOM bercerita tentang anakanda kak long yang seorang ini pula ya. Rindu terubat jua pabila mendengar suara yang lama ditunggu via phone call darinya yang jauh di Mesir.

Menghabiskan percutian musim sejuk yang lalu 9 hari ke Turkiye fly over from Egypt bersama kawan-kawan merupakan satu penggembaraan yang menerujakan baginya.  Syabas!  penggembaraan "budget" yang terancang ke bumi Mustapha Kamal Ataturk Ottoman ~ Empayar Turki Uthmanniyah dan Empayar Byzantine yang melahirkan peradaban utama satu ketika lalu

Bilalah agaknya mommy nak merasa berjalan ke sana.  Turkiye.. inshaAllah i'm coming.  Nak berjalan tetapi di atas komitmen yang begitu banyak.  Time commitment!  Let's make top 10 list dululah ya.  Bukankah biasa.. haahaha.. (mommy ni tidak menyabar!) Lambat lagi kot.. InshaAllah.. jika ada rezeki.  

Fokus! Fokus!!


SubhanaAllah.. 
Masih pening dengan entry "The Upside Down House in Borneo",  top 10 places to visit katanya ini bermula dari no 10 hingga no 1 dan bukan dari no 1 hingga no 10 ya!   whateverlah emak! 


  1. Aspendos Theatre
  2. Patara Beach
  3. Pamukkale
  4. Bodrum Castle
  5. Mount Nemrut
  6. Oludeniz
  7. Blue Mosque
  8. Library of Celsus
  9. Goreme Fairy Chimneys
  10. Hagia Sophia


Merancang perjalanan ~ What should we do first while waiting due to early arrival at the airport

Good!  Take a good rest first.. what else.. take a nap to re-charge the energy.  Make full use of the sleeping bag.

Awesome!  MashaAllah..

Let us fly

Bursa

Mommy sedang jeles.. huhuhu

Aspendos Theatre.  Dibina pada 155 AD dan boleh memuatkan di antara 15k - 20k penonton. Salah satu theatre zaman lampau yang masih terpelihara dengan baik
sit still hokey.. ngeri!

Skiing 
Paragliding..  amazing view  

Alhamdulillah.  Safe landing.  Do not make mommy nervous.. ok girl!

Frozen Hot spring

Rombongan Miss Kiah from Egypt  

White as ice
Ops.. the snow salt is coming to town.. hhheeehee

Pamukkale.  Ia bermaksud "Istana Kapas" di dalam bahasa Turki.  Fascinating.. macam dalam mimpi aje!

MashaAllah.. enchanting
Sila hubungi pembekal tudung turki ini ya
 cc: kak ngah.. hahaha

Fridge magnet

Souvenir is a must
Blue Mosque or Masjid Sultan Ahmed in Istanbul

The famous Hagia Sophia also in Istanbul

Hugs no kisses
Dan.. inshaAllah melawat pusara arwah anakanda Ahmad Ammar .. Al fatihah.  Semoga roh anakanda dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para syuhada.. amiinnn

Verdict: Dah lama mak nak komen " Turkey winter trip" kak long ni.  

Kata pujangga ini "satu perjalanan adalah cerita satu kehidupan dan ia adalah satu pembelajaran berterusan".  So get a life people!  Jika berkesempatan, dapatkanlah kehidupan itu.. dengarlah kata pujangga ini.  

Thanks for a lovely pictures dear.. 

InshaAllah.. semoga Allah swt mempermudahkan impian ini.. amiinn

Never to forget ~ MH370 .. we're still waiting. There's hope beyond hope


#prayformh370