Wednesday, 24 August 2016

Best of Tokyo : Tokyo Camii , Odaiba and Shibuya Crossing

As salam

Masih di Tokyo kita.  

Dari Asakusa kami ke Shibuya dengan menaiki Tokyo Metro Ginza Subway line.   Kali ini kita ke Tokyo Camii atau ke Masjid Tokyo yang merupakan masjid yang terbesar di Jepun.  Masjid yang bercirikan Ottoman ini di bina oleh masyarakat Turki yang berhijrah dari Kazan (Russia) pada tahun 1938 dan pembinaannya juga mendapat kerjasama dari rakyat Jepun di sana. Ia di bina bersama  dengan Pusat Kebudayaan Turki yang terletak di dalam bangunan yang sama.

Dari stesen kami berjalan kaki untuk sampai ke masjid yang tersergam indah ini yang terletak di kawasan perumahan yang tenang di Yoyogi Uehara, tidak jauh dari kesibukan bandar Shinjuku dan Harajuku.  

Bersiap sedia untuk menunaikan solat.

Para muslimah harus turun ke bawah melalui bangunan ini untuk menuju ke kamar wuduk.  Tangga yang agak curam dan dalam membuatkan kita harus berhati-hati.  Kami bertemu dengan ramai rakyat Malaysia yang singgah untuk menunaikan solat jamak di masjid ini.  

Pemandangan di ruang solat muslimah di tingkat atas. Cahaya matahari dari luar akan memantulkan cahaya melalui kubah itu dan menambahkan lagi kecantikan kubah yang telah sedia di tata hias indah.   Masha Allah.. Betapa terpesonanya kami dengan keindahan ukiran dan senibinanya.  Untuk sampai ke ruang ini, kita haruslah mendaki tangga yang curam dan tinggi.  Kami yang datang dari kamar wuduk di bawah mendaki pula untuk ke atas untuk menunaikan solat.  Terketar-ketar jugalah kaki emak kita  ini untuk melangkah...  huhu... 

Masjid ini juga boleh di lawati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira sama ada mereka adalah orang Islam ataupun penganut agama lain. Ini adalah untuk menarik pengunjung supaya dapat mendalami dan memahami agama Islam dengan lebih terperinci. Bukankah Islam itu ialah "a way of life" dan ia adalah agama yang indah yang harus di hayati oleh seluruh insan sejagat. Dan menariknya pengunjung di sini bebas untuk melihat kita yang beriktikaf di sini mengerjakan amal ibadat.  
Selain dari air, konkrit dan besi, kesemua  bahan-bahan binaan dan kelengkapan untuk masjid ini di bawa dari Turki.   Lebih kurang seratus artisan dari Turki bekerja selama lebih setahun untuk menyiapkan tingkat dua masjid ini dan juga pusat kebudayaan yang terletak di bawahnya.  Bangunan masjid ini sendiri  merupakan  "a work of art "- petikan dari wiki.
Kami juga melawat ke pusat kebudayaan Turki yang berada di bangunan bawah.  Pengunjung di sediakan tempat untuk duduk beristirehat dan juga minuman.  Ceramah agama senantiasa di adakan di sini dan sesi dialog adalah satu kemestian.
Pelbagai barangan cenderamata dari Turki ada di jual di sini.  En suami dan anak-anak berpeluang mendengar penerangan daripada pengurus pusat kebudayaan   ini yang juga merupakan seorang lelaki Turki mengenai masjid ini.  Kami dihadiahkan CD yang menarik mengenai kebudayaan Turki.  Nampak gayanya ke Istanbul lah kita selepas ini.  Ke Masjid Biru yang dikatakan menjadi inspirasi kepada pembinaan Tokyo Chamii ini.
Alamat masjid : 1-19 Oyamacho, Shibuya, Tokyo 151-0065, Japan
Kami melalui kawasan perumahan ini dalam perjalanan pulang ke stesen dari Tokyo Camii.
Hari yang semakin gelap dan cuaca yang bertambah sejuk menjelang malam menjadikan perjalanan kami ke destinasi seterusnya adalah sangat menerujakan.


Destinasi kami yang seterusnya ialah ke Odaiba!


Odaiba (お台場) amat terkenal dengan tiga buah pusat membeli belahnya iaitu Aqua City, Venus Front dan juga Diver City yang mempunyai taman hiburan popular yang paling unik iaitu Gundam Front Tokyo di mana terdapatnya robot-robot yang terkenal dari siri anime Jepun. Ferris Wheel di sini juga dikatakan yang tertinggi di dunia.  Odaiba sebenarnya adalah sebuah kubu yang di bina di atas pulau buatan manusia di Tokyo  untuk melindungi kota itu dari serangan musuh ketika itu.


Kami menaiki Yurikamome tren di mana tren ini akan melintasi "Rainbow Bridge"yang terkenal di Odaiba itu.  Kebanyakan pelancong akan menaiki Yurikamome tren berbanding dengan Rinkai Line.  Walaupun ia agak perlahan dan mahal tetapi memang amat berbaloi. 


Walaupun tidak dapat tempat untuk duduk di dalam tren yang padat itu, kami amat bernasib baik kerana  berdiri betul-betul di dalam petak di hadapan sekali ketika tren sedang berjalan. Dan apabila tren yang kami naiki  melintas di atas "Rainbow Bridge", kami dapat menyaksikan panorama yang begitu cantik dengan lampu-lampu yang berkilauan bergemerlapan terbentang di hadapan mata seperti menonton skrin TV tanpa ada gangguan. Apabila tren berhenti seketika untuk membuat pusingan, wow.... subhanallah! Teruja!   Ultraman Taro je yang tak singgah selamatkan kami dari extra teruja... huiuhui..

Alamat : Aqua City Odaiba 1-7-1 Daiba, Minato 135-8707, Tokyo Prefecture 
Pemandangan "Rainbow Bridge" dari deck kayu di hadapan Aquacity.
Berlatar belakangkan Hilton Tokyo Odaiba, hotel lima bintang.

Di sebelah kanan itu ialah bangunan ibu pejabat Fuji Television, stesen tv penyiaran swasta yang terbesar di  Jepun.  Bangunan itu memancarkan  cahaya mengikut irama lagu yang sedang di mainkan.  Leka melihat ia bercahaya mengikut rentak muzik!  Futuristik sangat.  Nasib baik lah mokcik ni udah tuo, sadar diri dan beristighfar je kerojenya.. taklah terasa nak berjoget pula.
"Rainbow Bridge" menghubungkan Odaiba kepada seluruh Tokyo. Jambatan dua tingkat ini menghubungkan expressway, laluan jalanraya biasa, Yurikamome train line dan laluan pejalan kaki di kedua-dua belah arah. 
"Statue of Liberty" bukan sahaja ada di New York,USA tapi di Odaiba, Japan juga.

Mode :  Kita memerlukan 3/4 hari jika bercadang untuk melihat segalanya di Odaiba katanya.  Pergilah selepas makan tengahari  dan kemudian barulah pergi "window shopping" dan selepas makan malam barulah kita dapat menghayati keindahan pulau buatan manusia itu.

Verdict : Minta maaf kepada anakanda berdua kerana kita tidak singgah melihat "real life" Gundam kerana ayah sudah terlalu lelah dan omma terlalu capek (dah pancit) nak melangkahkan kaki ke Divercity Plaza setelah membuang masa berwindow shopping di Aquacity yang besar itu. Maybe next time.. another time you all should go there without us.


Shibuya Crossing

Dalam perjalanan pulang kami sempat berhenti untuk melihat "intersection" Shibuya Crossing , pertembungan lintasan pejalan kaki (scramble) yang terbesar di dunia dan sangat terkenal itu.  Trip ke Shibuya Crossing adalah perkara check list (top ten places must visit) jika ke Tokyo.
Pertembungan pejalan kaki ini merupakan lokasi yang paling popular untuk penggambaran filem dan berita media di Tokyo malah di luar negara.  "Lost in Translation" dan "The Fast and the Furious: Tokyo Drift," ialah di antara filem-filem yang membuat penggambaran di sini begitu juga  dengan rakaman musik video, berita semasa dan program animasi. Photographers dan videographers sentiasa dengan pelbagai cara dan gaya berada di sini untuk mendapatkan sudut rakaman yang menarik.- Petikan dari wiki.
Malangnya kami sudah tidak bertenaga untuk sama-sama melintas jalan ke Shibuya Crossing ini dan cuma mengambil gambar dari atas stesen sebelum pulang ke Fuda. Ia terletak di hadapan Stesen Shibuya Hachiko. Pernah menonton movie "Hachi : A Dog's Tale yang dilakonkan oleh seekor anjing yang setia bernama Hachiko dan Richard Gere? Statue Hachiko yang setia itu juga ada di antara stesen ini dan menjadi salah satu lokasi untuk tempat pertemuan.
Tren pun sudah kosong "seperti ana yang punya" 
JOM balik!  Dah penat berjalan dari pagi sampai ke malam.

Bertemu lagi kita di entri ke Yokohama yang terletak di selatan Tokyo pula selepas ini.   Bukan untuk membeli tayar tetapi untuk ke Red Brick Warehouse atau lebih dikenali sebagai Aka Renga Soko yang terkenal itu.


Mufti Ismail Menk tweeted: 
Whatever the dilemma, there's a cure. Whatever the difficulty, there's a solution. That's the Almighty's Promise. He never fails. Stay firm.



JUMPA LAGI

Thursday, 18 August 2016

Best of Tokyo : Asakusa

As salam


Saya masih di sini.   Masih menyusun foto untuk entri terbaru kali ini yang sepatutnya telah berada pada carta 3 bulan yang lepas.  "Sabar ya wak!  Wak sabar... " Hmm...  Macamlah ada yang tak sabar-sabar hendak membaca entri terbaru engkau ini.  Sebenarnya diri sendiri yang tidak sabar untuk mengimbau kembali.  Throw back katanya.  Hehehe...  :D

Pagi pertama setelah selesai sarapan di rumah tamu di Fuda, kami memulakan perjalanan untuk "Jelajah ke Tokyo" dengan mengejar tren dan bertukar-tukar stesen untuk ke beberapa destinasi pilihan. 
Top up tambang dulu di belakang tu dengan menggunakan vending machine.
Di dalam tren yang laju.  Omma teruja!
Singgah sebentar menghirup udara segar, semasa bertukar stesen di Ginza Line.  MashaAllah.. bersihnya persekitaran.  Tiada sampah sarap hatta puntong rokok pun kelihatan di jalanan.  Cuaca sejuk yang  tidak panas membuatkan mood untuk bercuti seperti berhoneymoon gamaknya.  Papan-papan tanda iklan di sini 98% fully Japanese language.  Barulah terasa di oversea tatkala kita tak faham apa yang dibaca.  Macamlah dah pakai winter coat tu tak rasa oversea lagi ekk... huhuhu..lulz

Should i wait first and wait for my turn to hug him.  #Just kidding

All Japanese language.. betulkan?  So haramlah tak tau apa katanya.  Kedai makan je kot! Tak tahu baca pun pasti semua sudah tahu..

JOM welfi berlatar belakangkan bunga sakura. 

Destinasi pertama yang kami lawati di Tokyo ialah Asakusa.  Tidaklah ke Tokyo katanya jika tidak ke Asakusa.  Asakusa (浅草) ialah di antara salah satu daerah di Tokyo yang masih mengekalkan suasana lampau ratusan tahun lalu di Jepun.  Tarikan utama Asakusa ialah Sensoji, kuil Buddha yang sangat terkenal yang di bina pada abad ketujuh. Dengan berjalan kaki sahaja kita sudah boleh menakluki Asakusa secara keseluruhannya. (tanpa perlu singgah ke kuil) 

Kaminarimon gate pula ialah gate yang pertama di antara dua gate yang besar yang menyediakan laluan ke  Sensoji Temple. Dibina lebih 1000 tahun dahulu dan ia menjadi simbol pengenalan Asakuka. 
The wooden carving of a dragon on the bottom of the great red lantern on the Kaminarimon
The Kaminarimon (雷門 "Thunder Gate") is the outer of two large entrance gates that ultimately leads to the Sensō-ji (the inner being the Hōzōmon) in Asakusa, Tokyo, Japan. The gate, with its lantern and statues, is popular with tourists. It stands 11.7 m tall, 11.4 m wide and covers an area of 69.3 m2.[1] - petikan wiki
Haruslah berselfie di bawah lantern atau tanglung ini.  Haaa.. barulah een percaya!

Amat teruja berkesempatan bergambar dengan "amoi" berkimono ini.  Di sini kimono boleh di sewa untuk kadar sehari pemakaian.  Tidak hairanlah jika emak asyik teruja sahaja melihat "geisha" ke hulu hilir di sepanjang Nakamise Street ini.  
Nakamise Street ialah lorong berjualan seakan Petaling Street sepanjang  250 meter yang berakhir di Sensoji Temple. Terdapat lebih kurang 90 buah kedai-kedai yang menjual snek dan cenderamata di sini.   Memang sukar untuk mencari cenderamata di kedai-kedai biasa di Tokyo.  Oleh itu jika sampai di Nakamise Street ini, janganlah teragak-agak untuk membeli kerana ia adalah tempat terbaik untuk membeli cenderamata di Tokyo.  
Verdict: Collectors fridge magnet dan key chain mesti "naik hantu" di sini.  Barangan jualan yang sangat berkualiti .  Best buy i told you!

Di belakang itu ialah pagoda yang terdapat di Sensoji Temple. Ia merupakan kuil yang tertua di Jepun. Lebih kurang 30 juta pelawat dari Jepun dan luar negara telah datang melawat kuil ini setiap tahun. Tradisi dan kebudayaan di zaman Edo masih ada dikekalkan di sini.
Cuaca yang sejuk menghilangkan lelah kami.

Bangunan yang cantik di belakang itu.  Patut kita tiru design itu untuk rumah kitakan.  Ewahh! lol..

Tak terkejar kami dengan rentak lajunya langkah anakanda berdua.  Mode: Sindrom emak bapak 5 series yang dah lama tak berjogging.
Tinggal kenangan
Siapa dah sampai Asakusa? Sila angkat kaki.. hahaha..

Get There and Around
Asakusa is served by the Ginza Subway Line, Asakusa Subway Line, Tsukuba Express and Tobu Railways. It can also be accessed by the Tokyo Water Bus.
From Tokyo Station

Take the JR Yamanote Line to Kanda Station (2 minutes, 140 yen) and transfer to the Ginza Subway Line for Asakusa (10 minutes, 170 yen).
From Shinjuku Station

Take the orange JR Chuo Line to Kanda Station (10 minutes, 170 yen) and transfer to the Ginza Subway Line for Asakusa (10 minutes, 170 yen) - Petikan wiki.  Moga dapat membantu.


Omma ordered yang ini
Oppa pula ordered yang itu.  Nama menu tak hengat kak!
Dan kami juga berkesempatan untuk menikmati ramen halal di sebuah restoren halal di Asakusa yang menjadi carian kepada pelancong yang beragama Islam di Tokyo. Ramen merupakan salah satu menu masakan berasaskan mee dan dikategorikan sebagai budaya Jepun. Haruslah mencubanya jika sudah sampai. Bukan senang untuk mencari yang halal di sini. Apatah lagi jika berjalan kaki. Lagipun perut sudah berbunyi-bunyi minta di isi. Yok mampir!


Naritaya Asakusa
Address 2-7-13, Asakusa, Taito-ku, Tokyo
Tel +81-(0)3-4285-9806
Open 10:00 a.m. to 10:00 p.m.(Mon~Fri)
11:00 a.m. to 11:00 p.m.(Sat, Sun, Holiday)


Some of the friendly staff at one of the best restaurants in Tokyo - Naritaya Asakusa 浅草 麺亭 成田屋, serving halal ramen! It's owned by a Japanese Muslim revert and even has a small prayer space upstairs. Don't miss this spot if you're in the area. ‪#‎naritaya‬ ‪#‎cravingramen‬ http://ift.tt/2aDQKAn
Gambar dan caption adalah petikan dari Muslim Travellers di Asakusa Naritaya fanpage di Facebook.  Mohon share.


Alhamdulillah... setelah mengalas perut menikmati makanan tengahari, kami pun keluar dari perkampungan Asakusa dan berjalan menyusuri kawasan persekitaran berdekatan sebelum melanjutkan perjalanan ke stesen lain.

Kami sempat singgah di sini. Di sebelah kiri ialah "The Tokyo Skytree (東京スカイツリー) iaitu menara stesen television dan mercu tanda bandaraya Tokyo. Merupakan bangunan yang tertinggi di Jepun dan binaan yang kedua tertinggi di dunia ketika ia siap  sepenuhnya dahulu. 
Di sebelah kanan pula ialah "The Asahi Beer Tower and Asahi Super Dry Hall. Yang macam t*** emas tu saya pun tidaklah tahu apakah dia. Seulas durian musang king ke gamaknya! Wallahua'lam... 
Sejuk-sejuk pun boleh test power menjilat matcha ice cream @hiqmahlazi.  Mode :  Respect kakdek! #everythingmatcha.   Kami berjalan-jalan di persekitaran Sumida River sambil melewati kedai-kedai yang menjual  pelbagai barangan cenderamata di sepanjang jalan.   Harga jualan ternyata lebih mahal dari yang dijual di Nakamise Street.  Dan anda  boleh juga menaiki bot cruise di sepanjang sungai ini sambil melewati dua belas jambatan dengan pemandangan yang menarik.   
Kakngah di hari graduasinya dahulu di Akita.  Kini telah pun mula bekerja di Cyberjaya.  Doakan yang baik-baik untuknya bagi menempuh cabaran baru "real world" di masa hadapan.   Terimakasih. How time flies atau pejam celik pejam celik cepatnya masa berlalu.   Moga istiqomah Ngah!


"Percayalah sesungguhnya rezeki itu datang dari Allah.  Hendaklah kita sentiasa berusaha dan berdoa  kepadaNya " 

- Imam Muda Hasan

Semoga Allah swt melimpahkan rezeki kepada kita semua.. aaminn


Sampai di sini sahaja dahulu. Kita bertemu lagi di entri berikutnya dalam misi mengejar tren ke Tokyo Turkish Mosque di Shibuya dan mengakhiri malam dengan menikmati pemandangan indah di atas tren di Street of San Francisco di Odaiba, Aqua City dan juga melihat Shibuya Crossing yang terkenal itu.


Moshi Moshi

Thursday, 12 May 2016

Greetings from Japan

 As salam


Hanami
Mungkin adakah yang menunggu untuk update terkini dari Tokyo ini agaknya.   Macamlah dunia ini akan terhenti jika kau duduk sebentar meng "update" blog.  

Sesi pemanasan enjin mengambil masa sedikit untuk berblogging di tambah pula dengan internet paling sedih tahap "kena pakai pam air elektrik untuk menggeluarkan air yang deras untuk membasuh kain dengan mesin basuh" (hahaa..) begitu sekali jika dibuat perbandingannya 24/7 setiap hari duduk di perkampungan ini.  Idea datang timbul dan terus tenggelam tak timbul lagi di buatnya.  Sekadar menjawab pertanyaan kenapa sepi jarang ada berita di alam maya ini. Sebulan se entri sahaja.  Aduhai.  Rinduuuu jugak untuk membaca entri di blog anda sekalian.  200%!
 
Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illallah, wallahu akbar.  Perjalanan yang selesa selama 6 jam kerana ruang kaki di kerusi yang agak panjang sambil membaca surah-surah pilihan serta qada' tidur untuk menambah tenaga adalah satu kemestian.    Selain dari Malaysia terdapat juga pramugari pramugara berbangsa Jepun yang turut sama dalam penerbangan kali ini.  Sesekali ucapan dari kapten dan anak kapal di dalam bahasa Jepun selain dari bahasa Inggeris yang mengalu-alukan penumpang adalah suasana yang berbeda dan memberi semangat dari kebiasaan.  Waktu di Jepun adalah awal satu jam dari waktu di Malaysia. 

Welcome to Japan!  

Alhamdulillah.  Akhirnya misi untuk ke Tokyo tercapai juga bagi melengkapkan carta lawatan ke LONDON PARIS TOKYO kami di dalam entri touch-down ini apabila kami tiba di sana untuk  meraikan "road to graduation" anakanda di Akita, Jepun.
Anakanda bersama sepupunya yang mengikuti percutian kami kali ini.   Ohaiyo!
Nasi lemak di perantauan atas permintaan untuk pagi pertama di Fuda.   Haruman daun pandan berlegar menembusi  angin sejuk 1' C di rumah tamu kami.  Baki telur sebiji tu khas untuk kamu ya..

Perjalanan kali ini diuruskan 100% oleh anakanda  di sana dan kami hanya pergi bercuti bersama bagasi tanpa mengambil tahu apa itinerarynya.   Di mana dan kemana dan sebagainya ikut sahajalah. Anakanda hendak membawa berjalan sebelum "she's back for good" ke tanahair.  Thank you sayang atas lelah belanja segala.  Pengalaman ke negara matahari terbit ini amat  berbeza dari touch down merata yang telah kami jelajahi sebelum ini.  Perasaan teruja aka "fefeeling lebih gitu".  Hahahaa... amboi!  Ke Jepun katanya.

Kami berkesempatan berjalan-jalan ke destinasi menarik yang terdapat di Tokyo, Yokohama, Osaka dan Kyoto sahaja di dalam percutian yang pendek ini  kerana en suami cuma diberikan cuti "pelepasan istimewa" bagi menghadiri graduasi anakanda kerana universiti tempat bekerja belum lagi bercuti ketika itu.  Bersyukurlah di atas peluang ini...

"Resah di dadaku...
Dan rahasia yang menanti di jantung puisi, dipisah kata-kata.
Begitu pula rindu.  Lihat tanda-tanda itu.  Jurang antara kebodohan dan keinginanku, memilikimu sekali lagi." Rangga
~ #instagram #aadc2 #1 mei 2016

#nakjugak #janganmuntah ijo.. hahaha

Berkesempatan untuk meraikan bunga-bunga  kerana musim bunga belum pun menjelma sepenuhnya di Ueno Park.  Cherry Blossom atau bunga Sakura yang menjadi trademark di Jepun ini mempunyai lebih dari 200 jenis spesis katanya dan yang paling terkenal ialah Somei Yoshina.  Patutlah ada pelbagai warna dan bentuknya bunga sakura ini.  Mode:  Semuanya Sakura bagiku... MashaAllah!  cantik...

Ohaiyo .. 
Berkesempatan juga untuk mencuba Kimono di sana.  Ia boleh disewa dengan harga ¥300 untuk 30 minit.  Stokin putih adalah percuma dan boleh dibawa balik.  Mode: Jalan-jalan di perkampungan Jepun zaman silam di The Osaka Museum of Housing and Living.


Berkesempatan juga untuk menikmati Tempura di  sebuah restoren di Kyoto.  Tempura ialah sejenis hidangan makanan yang perlu disadur dengan tepung satu persatu dan di goreng di dalam minyak yang panas sama caranya seperti menggoreng pisang.  Udang, bayam leaf, labu, brinjal, sotong, asparagus dsb di goreng dan dimakan bersama nasi + sup + tiga jenis pickles/ jeruk.    
Berkesempatan juga untuk menikmati Onogiri.  Onogiri namanya kata orang Jepun.  Kimbap bagi orang Korea.  Orang Melayu kata ini adalah nasi lembut beras jepun yang dibalut dengan seaweed dan di dalamnya di bubuh inti.  Tuna Mayo merupakan inti pilihan selain dari salmon.  Namun tak semua onogiri di Jepun halal kerana inti yang pelbagai seperti ayam dsb.  Kita boleh membelinya di Lawson Mart yang berhampiran.   Sesuai untuk dijadikan bekalan untuk alas perut di dalam perjalanan yang lama.  Ngencess...
Berkesempatan juga untuk naik tren sahaja sepanjang berada di Jepun ini.  Terasa badan bertambah muda 10 tahun berjalan laju menggalahkan Usain Bolt pula mak ini kala mengejar tren dari setiap stesen.  Atau itu hanya sekadar ilusi.
Dahulu.. kala gigih berusaha mempraktikkan Dasar Pandang Ke Timur di era Tun M, aku membayangkan  semua warga Jepun adalah rakyat yang suka membaca buku dan tidak akan membuang masa walau pun di dalam tren tanpa menghiraukan orang-orang di sekelilingnya.   Kini warga kotanya yang terdiri dari kebanyakkannya anak-anak muda, semuanya bertemankan gadgets smart phones.  Main games, ber line, ber wassap, membaca e book dsbnya sudah menjadi trend di atas tren.  "Mommy.. dorang main gameslah, bukannya membaca" kata mereka.  Aiyooo!!

Hampa rasanya melihat terhapusnya "Aku membayangkan" warga Jepun dengan tabiat membaca bukunya.  Namun ada sekali terserempak seorang warga tua sedang membaca buku yang dipegang sebelah tangan dan disebelah tangan lagi menggayut palang, berdiri dalam gegaran perjalanan tren merentas laju di metro line subway.  Mode: Terujanya... Old school me!

Hanya sedikit pembuka cerita dahulu di entri kali ini.  InshaAllah.. jika di izinkan kita akan kembali lagi.   Mata aimashou!! 


"KITA AKAN DIUJI MELALUI APA YANG KITA SAYANGI DAN OLEH APA YANG SELALU KITA KATAKAN" 
@Jom_Dakwah   

#muhasabahdiri