Menjejak Robin Hood di Nottingham
Assalaam Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah swt kita bertemu lagi. Sebelum penulisan kali ini bermula teringat anak gadis kecil seorang ini bertanya satu soalan yang membuat hati dan perasaan ini tercuit. Agak sensasi soalannya, masih tergiang-giang di cuping-cuping ini. "kenapa mak tulis banyak perkataan AKU dalam blog mak?"... aku??..aku sana, aku sini, aku sinun, aku situ.. aku siti.. cuma siti nurhaliza sahaja yang tiada..heh.. bukan bukan! persoalannya ... adakah ini satu soalan? iyalah.. mak kata jangan cakap 'aku'..tak baikkan.. MashaaAllah.. terkedu. . ibarat ayam mengajar itik berenang ke atau ketam yang mengajar anaknya berjalan.. alahai.. tapi di sebabkan teguran ini, hamba mohon untuk menggunakan perkataan saya dan kami sebagai gantinama. Ha.. amacam? bolehlah ya.. anak punya pasal.. APTB.. (Apa Pun Tak Boleh) huhuhu Kali ini kami menerima tetamu yang sangat dikasihi. Abang saya, Dato' Ali da...