Good friends are hard to find..

Assalaam .. Berkesempatan menziarahi sahabat lama Azman Ali di Bangi dan Ahmad Zurin Noh di Gombak pada musim raya yang baru sahaja berlalu dan akan meraikan pemergian Azlina Mat Isa dan suami menjadi tetamu Allah swt ke tanah suci Makkah al Mukarramah nanti ini akan di abadikan sebagai "sepanjang jalan kenangan". Kiranya edisi 3A lah ni.. Azman, Ahmad Zurin dan Azlina Baru tak baru dah nak masuk raya haji baru entri keluar. Ni bukan kes "double standard" ya.. huhu Kami berkenalan sejak di zaman ITM lagi. Dah masuk 27 tahun .. lama kan? mohon share tuan punya gambar..terimakasih Sama kursus sama bidang sama jurusan. Mereka sahabat mr hubby dan saya juga sahabat mereka. Kami belajar di dalam satu kelas satu ketika dahulu. Walaupun umur tak sama tapi ada yang sebaya .. apa ada hal. Kiranya dah lama kenal hati budi masing-masing. Rahsiamu rahsiaku.. mmm.. namun jangan risau, tidaklah saya nak membocorkan rahsia apanya...