OSAKA : Do not leave Japan without wearing a Kimono.


As salam
Ohaiyo Gozaimas!

Masih di Osaka.  Pagi yang mendung dengan  angin yang kencang.   Dan awan kelabu akhirnya menggugurkan hujan buat kami merasai dinginnya mutiara jernih yang membasahi bumi Nihon ini.  Mujurlah  ada payung di rumah tamu dapat diguna pakai,  buat  kami menumpang teduh dari gerimis kala dalam perjalanan berjalan kaki mencari stesen bas untuk ke stesen utama.  

Menyaksikan wajah suami dan anak-anak, teman kembara jalanan yang pucat kesejukan,  menimbulkan perasaan sayu bila teringatkan anak-anak kecil yang kehilangan segalanya di Syria yang kesejukan tanpa baju tebal  apatah lagi rumah buat membalut diri yang kedinginan.  Astaghfirullah hal azim.  Tidak semua hidup terlakar indah bagi semua insan.  Tidak semua langit sentiasa cerah.  Hanya doa untuk insan sejagat.  Bersyukurlah di atas kurniaan-Nya dan  semoga hujan gerimis yang turun ini dapat memberi rahmat dan manfaat kepada seluruh insan dan hidupan lain ciptaan-Nya di dunia ini.  Aamiin... aaminn ya robbal alaminn 

Berwe-fie di atas bas yang kedua.  Aik????  Bila pulak naik bas yang pertama?  Janganlah hairan sangat.  Pelancong "sendirian berhad" tanpa tourist guide bertauliah, pasti akan tersesat barat kala menaiki bas di Osaka.. hihihi.  Rupanya kami tersilap menunggu bas di stesen yang salah dan tentulah menaiki bas yang salah juga.  Namun kami amat bernasib baik kerana berada di Jepun.  Pemandu bas yang sangat baik hati dan prihatin menurunkan kami di tempat yang sepatutnya untuk naik bas lain ke destinasi kami tanpa perlu membayar tambang tiket.  Waahhh... kiranya seperti free joyride di pagi hari jalan-jalan senaman mata di atas bas.  Macam tu pun ada ke? Aduhai...Hujan kot.  Tak perasan nombor bas itu sama ada i-chi ke? ha-chi ha-chi ke? hya-ku ke? Rezeki berpagi-pagi menaiki bas di Osaka katanya..

Tiket bas. 
A day pass


Tempat pertama yang kami lawati ialah ke "Osaka Museum of Housing and Living". Muzium mengenai kawasan penempatan perumahan dan bagaimanakah kehidupan rakyat Jepun sebelum dan selepas perang , "Old and New Osaka" di akhir era pertengahan abad ke 19.    

Menambahkan ilmu pengetahuan sambil berjalan-jalan  mempelajari sejarah Osaka, sejak dari zaman Edo (paling lama) sehinggalah melepasi ke zaman Showa hinggalah ke hari ini.  Pelawat dapat melihat bagaimana muzium ini direka untuk mendapatkan suasana penciptaan semula di zaman Edo  di ruang pameran di tingkat sembilan.  Model replika rumah-rumah persendirian, rumah perniagaan untuk para peniaga spt haberdasher (a dealer in goods for dressmaking and sewing), cabinet maker, kedai kimono, barber dll serta replika penduduk yang tinggal hanya di dalam caravan, lorong-lorong, dewan dan rumah mandi awam dsb seiring dengan penceritaan dan sound effect pada zaman itu.  Bunyi kanak2 bermain dan bergurau senda.  Jiran tetangga dan para peniaga beramah mesra dsb.  

Juga panoramic view, imej serta video dan model berskala yang sangat artistik dan nampak begitu rumit untuk dicipta menunjukkan kawasan penempatan dan perumahan rakyat Osaka dan bagaimana mereka menjalani kehidupan mereka semasa dari zaman Meiji hinggalah selepas Perang Dunia ke II di bilik pameran di tingkat lapan pula. Melihat suasana di dalam rumah dan merasai hiruk pikuk kehidupan sebenar mereka.  Pelbagai projek khas dan barang-barang lama juga di pamerkan di bilik pameran yang tertentu.  Untuk yang akan ke Jepun jangan lupa untuk berkunjung ke sini untuk merasai pengalaman masa lalu di Osaka! 







Masih memiliki dan menggunakannya?  Ini dikira sudah antik di Jepun.

Satu waktu dulu

Berhenti rehat

Untuk merancang perjalanan yang seterusnya

White sock


Semasa di muzium ini kami juga berkesempatan untuk memakai kimono yang di sewa dengan harga ¥300 selama 1/2 jam sambil berjalan-jalan di perkampungan Jepun dikelilingi dengan pelawat lain yang berkimono juga.  Ingat tak pada drama bersiri "Oshin"?  Ketika memakai pakaian kimono ini sambil berjalan diperkampungan ini terasa bagaikan emaklah Oshin dan tidak semena-mena terasa nak mengilap lantai menggunakan kain basah pulak.  Hahaha... bawak bertenang ya!  Jangan muntah di lantai itu pulak...hehehe 

Oshin (おしん?) ialah sebuah drama bersiri Jepun  popular yang pernah ditayangkan di rangkaian television kita di zaman remaja emak dulu, di mana ia asalnya ke udara di NHK dari April 4, 1983 hingga Mac 31, 1984 di Jepun. 297 episod selama 15-minit setiap hari mengenai kehidupan Shin Tanokura (田倉しん Tanokura Shin) semasa zaman Meiji hinggalah ke awal 1980an. Shin dipanggil Oshin sebagai singkatan namanya ketika bekerja.

Kita terpaksa beratur mengikut nombor giliran yang diberikan kerana ramai pelancong yang ingin memakai kimono.  Sarung kaki berwarna putih diberi percuma dan terompah kayu boleh di pakai tetapi haruslah dipulangkan bersama kimono apabila selesai nanti.
Kita boleh memilih corak dan warna kimono mengikut pilihan kita sendiri.  Sebenarnya kimono berwarna cerah ialah untuk dipakai oleh anak gadis sementara yang berwarna gelap adalah utuk para makcik-makcik.  Tapi sukahati makcik inilah nak pilih warna apa pun ya!

Seorang pekerja bagi setiap pelawat akan memakaikan kita baju kimono ini dengan begitu  pantas dan kemas sekali.  Begitu juga para lelaki, koleksi kimono mereka juga adalah sangat  menarik.  Lihatlah model saya yang sporting itu.  Looks a like a real Japanese!
Di perkampungan Jepun 

Oshin atau Shin Tanokura sibuk memasak nasi lembut untuk di buat onogiri sementara Shizuka Minamoto membuat air.  Menanti kepulangan Ryuzo dan Nobita Nobi untuk makan malam.  
Makanan dah siap!
Suasana di perkampungan ini adalah sangat menarik.  Langit akan berubah mengikut musim dengan sound effectnya seperti kita betul-betul berada di perkampungan Jepun.  Ketika ini hari bertukar mendung kerana hari akan hujan.  Tiba-tiba kedengaran bunyi guruh dan kilat sabung-menyabung.  Impressive!
Pelbagai permainan tradisi zaman silam ada disediakan untuk kita mencubanya.

Permainan melambung bola ke dalam gagang ini sangat menarik dan agak sukar.  Awesome!
Catur jepun between dad and his girl
Menunggu hidangan
atau menunggu rombongan..ops!
Kalau ada sumur di ladang.  Boleh kita menumpang mandi.  Jemputlah datang lagi ya!  No sake here.. 
Terdapat gerai menjual cenderamata 

Emak membeli replika miniature kedai makan ini tetapi yang belum siap, masih berkeping lagi dengan harga ¥500.  Malangnya segala arahan untuk membuatnya adalah di dalam bahasa Jepun.  Alamat terpaksa menunggu kakngah free barulah dapat kita menyiapkannya.  Sedihh.... tak tourist friendly betul. Huhu..

 Waktu operasi
 10:00am - 5:00pm


Per person: ¥600  
High school and college students: ¥300


Osaka Museum of Housing and Living (Housing Information Center Building 8F)


6-4-20, Tenjimbashi, Kita-ku Osaka-shi, Osaka 530-0041


Bukan nak display kuih bingka ubi yang sedap hingga menjilat jari itu ya.. tetapi nak display piring sakura dari Daiso mari.  Nak kabo je. Cantikkan warna bunganya?

Berjumpa lagi di entri  berjalan kaki (jauh kemain sangat penat) merentas desa untuk ke Osaka Castle,  bermandi pink cherry blossoms (sakura) di Osaka Business Park dan mengharungi dingin malam di Dontonbori untuk  makan takoyaki serta  menjejak Glico Man di jambatan Ebisu sebagai syarat kita telah sampai ke Osaka katanya.  Haih! macam-macam..

Aaminn.. doa untuk semua

Comments

  1. Baik nya lah pemandu bas tu kan Kak..sanggup hantar then tak minta pun tambang... org2 Jepun memang baik2..
    Cantik nya kak pakai Kimono... teringinnnnn.... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak mengembang je akak pakai kimono tu ATie..hahaha. Org2 Jepun ni memang nampak baik tetapi ignorance level dia orang sgt tinggi. Kalau kita jatuh tergolek tengah jalan pun dia org tak akan tolong angkat. Nak tahu kenapa? Haa.. kena tunggu entri yg lain dulu. Ni teaser je..huhu

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?