Sunday, 31 January 2016

Bali : Best of Ubud



As salam

Dengan kejatuhan ringgit yang begitu mendadak kebelakangan ini menyebabkan kami melupakan niat untuk ke"destinasi nostalgia " pilihan pertama dan beralih arah untuk bercuti ke Bali.
Bali katanya

Sebenarnya en suami telah dua kali ke Bali dalam urusan kerjanya pada tahun 2004 dan 2009. Ini memudahkan kami untuk merancang perjalanan ke sana.  Kami merancang untuk menginap di Ubud dan kemudian barulah ke Kuta.

“10 Top Places To Visit” merupakan carian utama di laman web dalam setiap perancangan kami untuk melancong kemana-mana dan juga berbekalkan sedikit keberanian serta dengan izin-Nya jua. Mudah! Dunia di cari dengan sentuhan jejari sahaja. Kenalah rajin mencari dan hasilnya kita dapat melancong tanpa mengeluarkan rupiah yang banyak. Negara serumpun kok.  Kita faham dia dan dia faham kita.  

Penerbangan kami memang dipenuhi dengan *“Bule” dari Eropah dan Australia sahaja.  And almost all of them visited Bali just to dive and surf.  Ombak mengunung bergulung tinggi gagah menanti di pantai Kuta dan pantai persekitarannya menjadi tarikan mimpi berani mati anak muda berjiwa kental katanya. Konklusinya. Seperti terasa kita melancong ke benua Eropah jugaklah gamaknya kerana Bali kini dipenuhi oleh si Bule.   Dengan ketibaan hari Natal yang semakin hampir ketika itu, Bali menjadi destinasi percutian "hot spot" untuk lari dari kedinginan. 

Sila ke entri Salam dari Bali http://touch-down-norehanayat.blogspot.my/2016/01/salam-dari-bali-indonesia.html untuk istilah *'Bule".

Dari airport Denpasar kami langsung ke Ubud untuk persinggahan pertama kami seperti yang telah dirancang.   Pemandu taksi cum pemandu pelancong kami bernama Kade merupakan seorang pemuda yang bersopan santun dan sangat cekap menyetir mobil . " Berperawakan agak ganteng jugak non..hmmm... jangan salah faham ya. Bisa di buat anak oleh saya kok pak.  hehehe.. ya ampun! "

Dengan kadar RM100 untuk kereta sewa dan pemandu sehari bergantung kepada jarak tempat yang ingin dituju, Kade akan datang ke penginapan kami pada pukul sembilan pagi seperti yang dijanjikan dan akan membawa kami seharian ke beberapa tempat menarik  yang kami sendiri telah aturkan.   Kita yang merancang perjalanan. Perjalanan selalunya berakhir apabila hari menjelang maghrib.   Pay per day for the services of a driver.. mudahkan.    

Kenapa ke Bali? Mungkinkah di sebabkan kerasukan si frangipani (bunga kemboja)?

Pilih saja mahu kemana 
“The town of Ubud, in the uplands of Bali, Indonesia, is known as a center for traditional crafts and dance. The surrounding Ubud District’s rainforest and terraced rice paddies, dotted with Hindu temples and shrines, are among Bali’s most iconic landscapes. 

Ubud is culture, yes. It's also home to good restaurants, cafes and streets of shops, many selling goods from the region's artisans.” dari petikan wiki.   Tak payah translate ya.

Ubud sebenarnya mendapat namanya dari perkataan Bali kuno "Ubad" yang bermaksud ubat atau "medicine". Ini kerana Ubud memang dikenali sebagai tempat mistik, kaya dengan cerita penyembuhan secara ajaib dan tempat di mana mudahnya mencari tanaman serta herba-herba untuk tujuan perubatan katanya.  Keluarga bangsawan akan menghantar keluarga mereka yang sakit ke Ubud untuk disembuhkan. Penyembuhan secara terapi dan spritual, ubat-ubat alternatif dan program kesihatan memang terkenal di sini.   Petikan dari ExploreUBUD yang saya terjemahkan. Haish..kita orang Melayu pun memanggil "medicine" sebagai ubat jugak kok.

Ubud adalah destinasi wajar kepada pelancong seperti kami yang berjiwa seni kononnya. Ini kerana terdapat banyaknya galeri dan muzium serta pasar budaya yang menyajikan  hasil kerja artis yang begitu artistik dan kreatif. Thanks to a community of "expatriate painters, writers, scholars and composers" who made their homes here. Malah setiap pintu gerbang di setiap pintu kediaman mereka sahaja sudah cukup mengalu-alukan kedatangan kita.    Daerah yang damai dan tenang.  Amat sesuai untuk kami yang sudah sendu 50-an ini untuk mengutip kenangan.  

Berseninya pintu gerbangnya.  Pengukir terkenal tahap Michelangelo dan pengukir "Terracotta Army" di China mungkin merupakan saingan pengukir di sini agaknya. Janganlah taksub dan takut pulak dengan ukiran kepala2 patung yang berleluasa di pura di sana. "Land of Thousand of Gods" katanya. SubhanaAllah. Pernah terfikir kenapa pendakwah-pendakwah dan pedagang Islam atau Arab dari Aceh tidak mampir dulu ke Bali instead of kerajaan Hindu lama Majapahit yang terlebih dahulu bertapak di sana.   Allah SWT Yang Maha Mengetahui.  Allah SWT Yang Maha Mengatur. Astaghfirullah hal azim.
Ralit atau terpesona dengan setiap pintu gerbangnya. Status seseorang itu akan mudah diketahui hanya dengan melihat gah pintu gerbangnya sahaja.  Siapa yang berkedudukan. Siapa yang kurang berkemampuan.  No wonder hubby kept suggesting that we should stay in Ubud before we explored Bali.  I missed admiring all the pintu gerbang from my morning walk in Ubud.  The feeling of welcomeness over there is still lingering... 


Morning walk with en suami menghirup udara pagi yang nyaman before we started our journey while we waited for our taksi chap. Our taxi driver cum tour guide name is Kade.  He is a nice young man,bubbly and very polite. Quite good looking too as i told you before.  Amboi..berapa kali mahu ulang nih.  Dah kena mandrem ke mokcik nih.. hahaha.. Actually nak cerita sikit kenapa di Bali ini kebanyakan nama orangnya sama saja kok.  Di mana2 ada Wayan, ada Kade, ada Nyoman.

I knew now, what are the meaning of Wayan, Kade and Nyoman from their names ... The name Wayan is derived from “wayahan” which means “the most mature.” The title for the second child, Made, is derived from the word “madia” which means “the middle one.” Nyoman, the third child, is taken from the word “uman” which means “remains” or “last.” According to Balinese belief, a family should only have three children. After the third one, parents should be wiser. However, many years ago, traditional medicine used to prevent pregnancy became less effective and abortion is considered a sin, therefore, many families started to have more than three children. As such, the fourth child, Ketut, means “little banana” or “the outer edge of a bunch of bananas.” This child is considered the “bonus” child. If a family has more than four children, the name cycle repeats itself.  Sedikit petikan dari Wiki.  Begitulah kiranya..  wallah hu aklam.

Note: erkkk...the man in the photo is my man not Kade.

Down memory lane

We stayed in Jangkrik homestay for 3 days and 2 nights while in Ubud.  Please take notes: This Jangkrik homestay are not recommended for young people who download "one direction song " as a ringtones in their mobiles ..hihihi...@nramiranjiha @zreenamira_

No television, no hanger in the cupboard, no shampoo..even bath soap we have to ask.  Pintu pakai selak jerr. Kesian emak apak engkau ni dek.  Tahap homestay budget kot.

But.....................  if you want to live and feel Bali in Bali. You must stay here. Do not worry. Internet wi-fi nya kencang kok!! Who needs TV or Astro Ria.  And staff hospitalitynya sangat "ida bagus".  Our neighbour next room is an NGO handsome Switzerland man who already stayed in Ubud for almost 6 months on a mission and our neighbours next corridor are the Aussie who got a lots of tales from down under to entertain us...huhu.. we can talk all night long i bet you.  Jangan tunjuk muka kita ke dia sahaja..haha..ada sahaja ceritanya.   
Bali katanya.  Tidak hairanlah ada rumah di kejiranan kami yang mengimport pintu dari Bali juga. Eksotik!
Inilah bilik kami
Katil kayu dan tilam yang empuk, almari baju yang unik, sinki yang diperbuat dari batu lesung dan private bathroom sudah memadai untuk tidur sekadar melepaskan lelah setelah seharian berjalan. 

Seharian berjalan memang capek dong! Anyway.. syukur we can sleep well tanpa dikejar mimpi ngeri. Alhamdulillah..

Mode: Perasaan gundah gulana pada mulanya pabila hendak tidur angkara daun pintu yang begitu artistik coraknya di luar bilik tetapi bila pintu ditutup di dalam bilik hanya menggunakan selak sahaja.  Namun engsel masih ada dilekatkan di atas daun pintu dan bawah. Legaa..
Verdict: aduhai.. Bali lah katanya
Breakfast were included and they served the meals at the balcony or veranda.

We met, talked and did our get to know session with our neighbours  during  breakfast before we went out.  And one of them actually got an ex in law who worked with Royal Air Force base in Butterworth  long time ago .  So she said that she felt close with Kuala Lumpur by heart. Hmmm... jauh kot Butterworth dengan KL tu. Whatever lah.  Janji bahagiakan.   No photos taken due to privacy  and undecent attires.  Sorry... 


The Swiss man balcony
The Aussie corridor

Katanya kediaman traditional di Bali tidak boleh dibina lebih tinggi dari pokok kelapa.  Bangunan paling tinggi pun tidak lebih dari lima lantai atau tingkat pun.  Setiap kediaman perlu mempunyai pura atau kuil tempat ibadat, rumah adat dan setiap bilik bukan terletak diparas yang sama.
Setiap bilik ada ceriteranya yang tersendiri.. 
Notes : This is the garden of Wayan private house in Ubud.

Katanya penganut hindu di Bali dan penganut hindu di India terlalu banyak bedanya.  Penganut hindu di India lebih spritualnya manakala penganut hindu di Bali lebih kepada praktikalnya atau upacaranya.
Mode : Di Bali penganut hindunya amat berusaha dengan sekian banyak upacaranya yang memakan masa hingga berbulan2 untuk penyediaannya...renyah!

Penduduk Bali kurang bercuti keluar dari Bali kerana setiap hari cuti mereka hanya akan dipenuhi dengan upacara/ritual sahaja kata Kade.

Verdict: Memang mereka tidak perlu keluar negara.  Dua malam di Ubud dan empat malam di Kuta kayaknya seperti menetap di Australia, France, Switzerland dan Jepun sahaja. Suasana yang sama juga di Seminyak  yang senantiasa "alive and kicking".

Nota: Hindu Bali susur galurnya dari Kerajaan Majapahit bukannya dari India.
Every morning ritual

Beautiful flowers deco for blessing

Jika di Bali haruslah mampir ke Bebek Bengil Restoren yang terkenal ini katanya.  Ada juga restoren yang halal yang menyediakan sajian itek ini.  Namun terdaya ke nak makan jika restoren di alihbahasakan menjadi "Dirty Duck Diner". Aduhai! 

Jalanannya

Di sepanjang jalan Hanoman sentiasa sahaja ada patung hanoman berukir seperti ini.

Di perkarangan Sacred Monkey Forest

#No hashtag..heeee

Tidak sah jugalah jika ke Ubud jika tidak singgah ke Sacred Monkey Forest yang amat terkenal itu.   Dengan bayaran sebanyak 10,000/30,000 rupiah kita boleh masuk ke dalam hutan yang dipenuhi dangan hanoman (monyet) dan pura (kuil) yang cantik yang dibina di dalamnya.  Namun kami sekadar lalu dipinggiran sahaja tanpa melintas langsung ke dalam hutan ini.  

Verdict :  Setakat nak tengok monyet2 berkeliaran, di kediaman kami di AP dulu dan kini di RP pun sudah terlalu  biasa pemandangannya.  Monyet2 ini yang kelihatan agak ganas yang membuatkan saya sendiri amat takut nak dekat.  Takut di kokaknya kepala kita kata pak hang..huhuhu


Kerasukan Rattan.  Lawatan  ke galeri perabot di sepanjang perjalanan  haruslah juga dipraktikkan. Kakaka...
Salam maghrib di perantauan.  Waktu maghrib di sini lebih awal dari di Klang.  Sehingga bertemu lagi dalam perjalanan di antaranya mencari penari Barong di Batu Bulan,penari Kecak di Uluwatu, teres padi di Tegallalang, Gunung Batur di Kintamani dan sebagainya  di entri yang lain.

"Ketika satu pintu tertutup, maka pintu lain terbuka; namun kita seringkali terlalu lama melihat pintu yang tertutup itu dan menyesalinya sehingga kita tidak bisa melihat pintu lain yang terbuka untuk kita." salin-tampal satu pepatah yg indah.


Ketemu Lagi

No comments:

Post a Comment