Saturday, 3 October 2015

Dah sampai tahun...

As salam 


"Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallah hu akbar"

Lama juga tidak bersiaran. 

Post Mortem  :  Ogos sedihnya hanya sempat "up" satu entri.  September sepi tanpa cerita. Oktober pula tiba-tiba deras menyapa.  Ms Little's UPSR pun sudah selesai .. tinggal PSRA satu paper lagi akibat tergendala dek jerebu hari itu.  Kata aktif berkebun pun tidak juga.. takut tak sihat pula angkara jerebu di luar sana. Sibuk berkemas rumah ke katanya lagi. Rumah mana pun kalau dah berpenghuni yang sama, kemas-kemas pun.. pi mai.. mai sini .. tang tu juga.. huhu..

Bukan takde idea. Tapi takde internet kot... hahaha... sedih :(    

Rumah baru di kawasan kampung yang lama. Ingat nak "pindah" line TM semudah ABC rupanya tidaklah semuanya mudah seperti apa yang kita mahukan. Katanya line di rumah lama kelajuannya terlalu besar dan tidak boleh pindah ke tempat baru yang berkelajuan rendah.  Kena buat permohonan baru lah pulak.  Mode: Bersabarlah dan bertahanlah dengan mobile data yang seciput ituh!

Anyway.. terimakasih kepada semua "readers" sekalian di atas ucapan "Happy Birthday to me". Terharu ..   kerana hangpa semua masih mengingati diri ini.  Atlast.. saya dah sampai ke tahun yang ditunggu2.   Tahun yang ke 50.  Dah tahap BMW 5 series " just the right balance between comfort, refinement and dynamic excellence" katanya. Chewahh... paham ke idak? 

Senang cerita ia adalah tahun menjadi OKB katanya.. ehem.. hahaha... bersyukurlah aku masih punya Myvi!  :p

Tiada yang lebih membahagiakan apabila menyambut hari lahir bersama bunda tercinta disisi. Tanpamu tiadalah daku.  Terimakasih mak kerana melahirkan. Moga mak terus sihat di dalam rahmat dan keberkatan dari Allah swt. Aamiin.   Cinta selamanya. Alhamdulillah.

Lamb Mendy dan Chicken Kabsah untuk meraikan hari kejadian tajaan en hubby.. 

Buah hati pengarang jantung den.. Terimakasih sayang. ..
"
 Aku tersesat menuju hatimu, beri aku jalan yang indah, izinkanku lepas penatku, tuk sejenak lelap dibahumu"..mmuahhh haha... over ekk?
Song -  Tentang Rasa by Astrid.
Mode : feeling meh.. ;)

Koleksi terbaru.. 

Walaupun umur manusia dalam kehidupan dunia ini panjang, namun pada hakikatnya ia singkat selagi mana kematian adalah kesudahan untuk setiap yang hidup.  Semoga Allah swt merahmati penyair yang mengungkapkan:

"Apabila kesudahan umur manusia adalah kematian, Sama sahaja, biarpun singkat ataupun panjang".

Petikan dari buku : Masa Dalam Kehidupan. Siri Pemikiran Dr. Yusuf Al Qaradhawi.  Al fatihah untuk semua yang telah pergi tak kembali.. T-T


۞ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفًا وَشَيْبَةً ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ


Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. (Surah Ar-Rum, ayat 54)

JUMPA LAGI

1 comment:

  1. Lama kaka tak muncul...hihi..oh ada masalah internet juga erk.. bersabar lah..nti dah ada line baru boleh lah up entry sllu....
    seronok sambut birhday dgn mak tersyg..moga kak sekeluarga sentiasa dalm lindungan Allah... amin.....

    ReplyDelete