Posts

Showing posts from 2015

Dah sampai tahun...

Image
As salam  "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallah hu akbar" Lama juga tidak bersiaran.  Post Mortem  :  Ogos sedihnya hanya sempat "up" satu entri.  September sepi tanpa cerita. Oktober pula tiba-tiba deras menyapa.  Ms Little's UPSR pun sudah selesai .. tinggal PSRA satu paper lagi akibat tergendala dek jerebu hari itu.  Kata aktif berkebun pun tidak juga.. takut tak sihat pula angkara jerebu di luar sana. Sibuk berkemas rumah ke katanya lagi. Rumah mana pun kalau dah berpenghuni yang sama, kemas-kemas pun.. pi mai.. mai sini .. tang tu juga.. huhu.. Bukan takde idea. Tapi takde internet kot... hahaha... sedih :(     Rumah baru di kawasan kampung yang lama. Ingat nak "pindah" line TM semudah ABC rupanya tidaklah semuanya mudah seperti apa yang kita mahukan. Katanya line di rumah lama kelajuannya terlalu besar dan tidak boleh pindah ke tempat baru yang berkelajuan rendah.  Kena buat permohonan baru lah pulak.  Mode

Home Sweet Home.. :)

Image
As salam Moga belum terlambat hamba nak ucapkan "Ramadhan Kareem" di hari-hari terakhir di bulan yang sangat mulia ini kepada semua follower dan silent readers yang disayangi.  Dan jawablah "Allah hu Akram" ehh..  Moga amalan kita yang tak seberapa disepanjang hayat yang masih bersisa ini  diterima oleh Allah swt..aamiin.   JOM kayuh laju-laju lagi menuju-Nya..   Dan sementara dah berkesempatan upload entri ini, maka terimalah ucapan SHRMZB dari saya sekeluarga.  Halalkan segala makan dan minum dan hutang piutang jiko ado dan rasanya dah takdo sapo2 yang den utang lagi kot.  Hutang kuih raya pun dah bayaw tadi.  Kelas kau Itaaa... bayar duit kuih raya pun pakai "bank in ".  :D Minta maap juga kepada jiran tetangga kerana lama tak bersua muka hanya sekadar "hai hai bai bai" di jendela kereta sahaja.  Minta maap juga kepada peniaga2 di bazar Ramadhan kerana tidak turun mencemar duli di tapak bazar.  Panas kemain kot sekarang ni... den ta

Thai : Forbidden love in Golden Triangle

Image
As salam.. SubhanAllah Walhamdulillah Walaa ilahaillah hu Allah hu Akbar Memulai entri kali ini dengan memohon doa, mohon menghulurkan bantuan dan juga mengingati mangsa tragedi gempa bumi di Nepal yang berlaku pada tanggal 25 April yang baru lalu. Tanpa mengira apa agama atau bangsanya.  Ingatan dan kenangan  yang indah untuk  yang pernah ke Kathmandu dan Pokhara di Nepal, kini mungkin merupakan mimpi paling ngeri bagi mereka yang menghadapi situasi di sana kini. Semoga kehilangan sekelip mata dan pencarian mangsa-mangsa ini akan segera dapat di atasi. Semoga tragedi ini memberikan keinsafan kepada kita semua.   Hanya doa dan pengharapan ke hadrat Allah swt semoga semuanya akan baik-baik semula dengan bantuan kemanusiaan dari insan sejagat di serata dunia. Ameen.. Entri kali ini masih lagi di Thai.  Kita menjejaki Golden Triangle atau Segi Tiga Emas.   Saya masih menganyam kenangan di sepanjang jalan lagi di Land of Roses ini... let me be please! Dihadapan pintu

We met when we were 13..

Image
As salam Ini adalah entri terlambat update namanya .. Dah terlambat, terlewat pula melawat entri blogger semua dengan pelbagai ragam dan coretan ikhlas jauh dari hati anda semua.  Persahabatan di alam maya mengikat kita dalam ukhuwah Islamiyah dan ukhuwah fillah* bersilaturrohim. Saling selalu kenal tapi tak pernah mengenali. Kita tak pernah bersua muka malah ada yang tak pernah kenal langsung kerana "they never follow me but only me follow them ".. acaner tuh? hahaha... kesian kan... namun walau apa pun, anda blogger semua senantiasa dekat di hati.  Moga kita senantiasa dirahmati dan diberkati.  Ameen...  In shaa Allah Dedikasi buat aTie Yusuf adik blogger dari Tawau ~ Bersabarlah dik.. PJJ akan membuatkan ikatan kasih sayang aTie sekeluarga bertambah erat lagi. Semua di dunia ini hanyalah pinjaman semata. Hanya Allah swt milik yang abadi.   Jemputlah ke laman Mae Fah Luang ahkak berkali2 kalau ia bisa menghilangkan rawan di hati.  Salam sayang untuk Pa'e..