Kalam Jamaie!

Assalam

Entri mengakhiri Oktober dengan kejayaan Ms little dan  rakan2nya menjuarai pertandingan Kalam Jamaie peringkat Kebangsaan 2014 adalah satu memori yang teramat manis bagi mereka. Alhamdulillah... satu kejayaan!




Kontinjen Selangor yang diwakili oleh murid-murid SK Klang Utama, Klang telah berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Johan Kalam Jamaie Peringkat Kebangsaan 2014.


Sila layari you tube oleh Wan Zayu Wan Yusof di atas untuk menghayati kejayaan manis mereka. Untunglah yang memahami Bahasa Arab.  Dan untuk yang kurang mahir.. cukuplah setakat kita tahu ada terkandung banyak doa di dalam bicara ini.  Ia mengisahkan tentang cita-cita di masa hadapan katanya.




Kalam Jamaie ialah bicara berirama di dalam Bahasa Arab atau lebih dikenali sebagai "choral speaking".  Jazakallah khayran kepada para ustazah yang berhempas pulas melatih pelajar2 seramai 25 orang ini yang terdiri dari pelajar2 Tahun 4 dan 5.
Para ustazah yang bertungkus lumus memastikan kejayaan milik mereka.. Tahniah!





Penat lelah menghadiri latihan demi latihan tidak kira semasa waktu persekolahan dan di waktu cuti akhirnya membuahkan hasil.  Meninggalkan banyak waktu pembelajaran di sekolah kebangsaan dan tidak menghadiri pembelajaran di sekolah agama membuatkan emak sedikit gusar. 

Namun  setelah 2 tahun berturut-turut SK Taman Klang Utama memegang gelaran Juara Bertahan Negeri Selangor, kali ini gelaran Juara Kebangsaan 2014 berjaya diraih oleh Negeri Selangor.   Tahniah kepada para ustazah dan anak-anak sekalian.  You all deserve it very much!
Mohon doa..
Bersiap sedia untuk memulakan perjalanan ke Lumut.  Seluruh kontinjen yang mewakili semua negeri-negeri di tempatkan di Best Western Marina Resort, Lumut selama 3 hari 2 malam.
Juga tak sia2 emak dan ayah berulang alik ke Lumut untuk memberi sokongan. 3 1/2 jam perjalanan pergi dan 3 1/2 jam perjalanan balik hanya untuk menyaksikan Ms Little dan rakan2nya beraksi di peringkat kebangsaan akhirnya berbaloi.  Lenguh segala urat sendi akibat penangan pecutan kereta ayah mengalahkan Michael Schumacher satu ketika dulu.  Allahu.. ya ampunnnn! 



Bergembiralah anak-anak ini juga kerana dapat membuat lawatan ke bandar Lumut dan ke Pulau Pangkor.
Majlis khatam Al Quran beramai-ramai




Alang-alang.. emak dan ayah juga mengambil kesempatan ini untuk membeli stok ikan bilis dan kudap2an di bandar Lumut.   Mujurlah ada kakak yang menemankan wan di rumah yang tidak tahu pun pemergian emak ke Lumut.  Alhamdulillah.. sesungguhnya Allah swt senantiasa bersama kita.

Penyertaan terakhir katanya.  Tahun depan nak periksa..
3 piala dalam tempoh 3 bulan.  "Ada nilai tak kalau jual mak?" tanya kakak.  Kah kah kah.. "Ada kot..."  "Berani2lah nak jual" kata een.  hahahha...

Bersyukurlah

SELAMAT TAHUN BARU 1436H 

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?