Salam Kemerdekaan.. Listen to Nagham :(

As salam

Sujud syukur pada-Mu Ya Allah.  Akhirnya GAZA kembali reda.  Redho aku dengan ketentuan-Mu Ya Allah.  Sesungguhnya Engkau makbulkan doa-doa kami, hamba-hamba-Mu yang tidak punya apa-apa hanya asyik meminta-minta dengan linangan airmata saban masa dalam solatnya. 

Terimakasih Ya Allah..

Pilu. Walaupun "perang" kembali reda namun kemanakah anak ini akan pulang.  Ibubapa dan keluarga sudah tiada,  malah nak pulang ke rumah pun,  usahkan atap...  dinding pun sudah tidak ada. Ke manakah?

Sila baca.. jangan langkau.  Sila terus boikot produk keluaran mereka jika ingin  berjaya melumpuhkan mereka.. Insha Allah


Jika "smartphone" anda boleh download app "BUYCOTT".  Sila upload! Dengan menggunakan app ini, ia membantu kita untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk yang kita beli. Di mana dan kemanakah keuntungan dana mereka disalurkan. Apakah dan bagaimanakah?


Jangan lokek masa untuk meneliti segala "barcode" barang2 yang telah dibeli di dalam "storage kitchen" kabinet di rumah dan juga bila membeli barang2 di pasaraya dengan menggunakan app BUYCOTT ini.  Namun jika masih ada janganlah dibuang.  Habiskan dulu segala stok yang ada, barulah tidak membelinya lagi jika dapat dielakkan.  Man.. man.. 

Elakkan membeli barang2 yang meragukan.  Alah bisa tegal biasa.  Sekarang mee yang lain pun sudah ada tanda halal JAKIM.  Mee SEDAP pun sedap juga...  Dan kami pun memang sudah lama (dah 2 tahun alhamdulillah) tidak ke restoran makanan segera itu. Sudah lama juga memboikot minum minuman sihat dan kuat itu sebagai sarapan pagi.  Semoga kita semua akan terusan beristiqomah memboikot .. aminnnn



Jangan langkau.. sila baca


Sila baca petikan di bawah oleh Liza Suriani. (Saya mohon share ya Liza) Jangan keliru!  She's not Lisa Surihani ombak rindu ya.. Konklusinya sama seperti apa yang saya ingin sampaikan tetapi tidak sempat dizahirkan kerana kesuntukan masa akhir2 ini. Thanks ya.. ini amat menjimatkan masa untuk berblogging.  Just copy and paste.  Sila jangan saman ya!
Alhamdulillah dan Allahuakbar

https://www.facebook.com/video.php?v=856531874391835&set=vb.387185844659776&type=3&video_source=pages_video_set

Wajib klik link di atas ini untuk menonton video seorang pemuisi kecil dari Palestin di mukabuku. Listen to Nagham, she's way way better than most of the politician here.  Maaf .. tidak dapat upload videonya.  Sila klik link ini dan videonya akan keluar di fb.  JOM tonton!  

Ms little dan empunya blog menangis teresak2 mengenangkan betapa mewahnya kita dengan kehidupan dan kejayaan tetapi insan kecil ini kehilangan segalanya.  Kami akan terus berdoa dan berdoa untuk Palestin dan rakyatnya ..aminnn .. <3

31 Ogos 1957. 57 tahun yang penuh warna-warni. Salam kemerdekaan dari kami semua di sini. Apakah erti kemerdekaan bagi kita rakyat Malaysia?  

Nostalgia hiba ceritera emak saya.  Kata emak dulu masa kecil kehidupannya terlalu susah.  Emak dan adik beradiknya menjadi yatim apabila kematian ayahnya.  Ketika  itu zaman Jepun (Jepun menjajah negara kita) dan negara kita belum lagi merdeka.   Nenek saya yang tidak bekerja hanya mampu memberi makan ubi kayu yang di sagat dan dicampurkan dengan beras dan dimasak untuk anak2nya.  Namun hanya ubi kayu sahaja sebagai makanan ruji untuk hari2 seterusnya.  Hendak bekerja di mana dan hidup pun sentiasa di dalam ketakutan. Akibatnya nenek saya  dan kedua anak2nya iaitu adik2 emak saya yang kecil lama menderita penyakit bengkak di seluruh kaki dan tangan gejala "ubi kayu" katanya (only God knows and we know not) sehinggalah mereka meninggal dunia . 

Hiba dan pilu mengenangkan kesusahan itu .. kesusahan apabila negara dijajah. Abang2nya ditangkap untuk dijadikan buruh paksa dan askar. Memelihara adik2 yang lain setelah kematian bonda sedangkan diri masih muda remaja. Bayangkan... Apakah erti kemerdekaan bagi mereka ketika itu? Tentulah untuk keluar dari kepompong kesusahan.. 
Rasulullah s.a.w bersabda :
" Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapati-Nya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang ( ditakdirkan ) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas daripada kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan . " [ at Tabrani ]

Akhir kata semoga impian Tun M ini menjadi kenyataan untuk generasi kehadapan... aminnn
Semoga Allah swt merahmati dan memberkati Tun M .. Terimakasih Tun! 



MERDEKA!!

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?