Friday, 14 March 2014

She's back

As salaam

Semalam hati agak terubat dengan kepulangan kak ngah dari Akita untuk bercuti selama dua minggu bagi menghilangkan lelah lewat peperiksaan. 

Walau ada sedikit getaran perasaan namun saya panjatkan kesyukuran kerana anakanda telah selamat tiba dengan pesawat yang gah itu. Penantian yang berpenghujung.  Alhamdulillah.. 

Teringat pertama kali membawa kak ngah menaiki kapal terbang ialah ketika bercuti ke Langkawi dan ketika itu kak ngah belum pun berjalan lagi.  Dan perjalanan paling jauh ketika kak ngah berusia satu setengah tahun dengan menaiki pesawat MAS pada tahun 1994.  Kami di sediakan "bassinet" iaitu seperti baby cot  untuk memudahkan dia tidur di sepanjang 13 jam perjalanan dari Subang ke Heathrow Airport.  Namun tidak disangka kak ngah  menangis ala-ala histeria akibat tekanan udara yang tinggi dan suasana yang asing baginya di dalam penerbangan itu.

Merasalah kak ngah di dokong bergilir ganti oleh para stewardess yang cantik kemas bergaya dan sangat prihatin dan berhemah tinggi itu untuk mententeramkannya.  Kami di bawa ke bahagian penyediaan makanan di belakang untuk memujuk kak ngah yang hampir kejat itu.  Kak ngah oh kak ngah.. happening kot masa tu!  Dan perjalanan yang panjang itu terasa pendek sahaja dan emak langsung tidak dapat menikmati indahnya naik kapal terbang. Masa itulah...  

She's back...  kak ngah di tepi sekali di sebelah kanan bersama-sama sahabat-sahabat baik di sana

Namun penantian yang satu ini, penantian yang tak jemu.  MH370  kami masih berharap dan mengharap akan kepulanganmu.  


Terkesan dengan lirik lagu ini.. Tetap Setia oleh Calvin Jeremy ini.  Sila klik ya... 


Tuhan bolehkah ku meminta
Satu kali lagi bersamanya
Izinkan aku ‘tuk memeluknya
Meski hanya sesaat saja

Apa semua itu masih mungkin
Saat dia bersama yang lain
Namun tetap ku simpan
Cintaku untuknya

[*]
Tetap setia ku menghitung hari
Tetap setia ku ‘kan menanti
Hingga saatnya ‘kan tiba
Dia ‘kan kembali bersama

Verdict :  Terus berusaha dengan berdoa kepada Allah swt agar semuanya dipermudahkan.   Begini jugalah apa yang kita rasakan walau pun kita tidak pernah saling kenal. Walau apa pun bangsa kamu, walau apa pun agama kamu.  Kami akan sama-sama mendoakan kepulangan mereka. Amiinnn... 

Let's pray and keep praying..

Miracle does exist.  Allah swt knows and we know not
Frangipani mekar di laman nurani


Bak kata Hj Saiful Nang :-

Saya masih berdoa dan masih mahu optimis yang MH370 telah mendarat dengan selamat di dataran berumput hijau dan sedang menunggu penyelamat dengan semua penumpang dan anak kapal selamat. 
Pray can do miracle.. lets #prayformh370

And I feel the same...

“Hasbunallah wani’mal-wakîl, ni’mal-mawlâ, wani’man-nashîr"

Bermaksud: "Cukuplah Allah tempat berserah diri bagi kami, sebaik-baik pelindung kami, dan sebaik-baik penolong kami".


2 comments:

  1. Ringkas dan kemas je entri ni..selamat pulang pada kak ngah, juga pada MH370...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks mid.. entri nampak gigi berlmbk tp dlm keadaan cenggini, rasa sebak nak post happy entri. InshaAllah semoga MH370 selamat kembali.. amiinnn

      Delete