Monday, 24 February 2014

Mencoret memori untuk Abanah

Assalam

Barokallah untuk abangah a.k.a Abanah Khairul Afandi dan Adila!

Kenduri kahwin di Kulim pun sudah.. majlis menyambut menantu di Shah Alam  pun sudah.

Tunggu apa lagi.  Tunggu entri baru nak keluar la ni.. hahaha.. lamanya mak anjang mengasah tinta sedangkan pasangan pengantin telah terbang ber"honeymoon" ke Istanbul pula katanya.  Umi abah pengantin pun juga sudah mengulang terbang ke Sabah juga.  Cuma mak anjang di sini sahaja yang masih bernyanyi-nyanyi "fly me to the moon' by Frank Sinatra.. heee

Sila klik photo-video amatur majlis pernikahan Abanah dan Adila di Kulim ini ya... kenangan manis majlis pernikahan.    Amat payah memilih foto untuk mendapatkan "feel" memblog apabila foto-foto yang dimuat turun di dalam photo-video bukan dipotret oleh pemilik blog sendiri.  Mak kasi "chance"lah keluarkan foto-foto hasil titik peluh merekakan.. Namun inilah hasilnya.  Kredit to Akmal Amin & all the cousins yang bersilih ganti membuat practical menjadi jurufoto extra.  

Note : Jangan marah ya.. all hired profesional photographer in charge. 

Lots of love from us

Hidup berkasih sayang hingga ke JANNAH ya!

Mengenali abangah dan abang long semasa kecil ketika mula berkahwin.  Sangat comel kata kau kedua-dua beradik ini.  Sekejap sahaja masa berlalu. Melangkah bendul kata orang abangah ini. Dah jodoh datangkan.. apa lagi yang nak ditunggu. Rombongan kami ke Kulim pada musim perayaan tahun baru Cina yang lalu untuk majlis akad nikah dan persandingan memeterikan perjalanan cinta kedua mempelai muda ini.  Tahniah..


MashaAllah.. comel

Cer teka mana satu abanah.. kalau betul dapat handbag PRADA uii! hahahha.. ini sekadar promo pre-sale iklan ya untuk entri "the sales is back" aka "Jualan gempak kembali" lagi!


Memori manis semasa kecil kedua-dua beradik ini semasa mak anjang tinggal di Shah Alam.  Kalau berkunjung ke rumah kami,  mereka akan berlari-lari masuk ke dalam rumah kecil kami dan straight terus ke dapur.  Cer teka untuk apa?  hahaha.. terus ke peti ais "antik" kami yang hampir nak tercabut pintu tu walau pun tak ada apa pun kat dalam fridge tu wehh.. ahahaha.  Mereka berdua tentu tak ingat langsung sebab masih kecil versi upin dan ipin semasa kecil cuma lebih comel.. hahaha..suwit sangat masa tu!

Usai majlis pernikahan di Kulim

Acara merantai -menyarung

Akhirnya.. kan sayang! hahaha.. over sarikata mak anjang nih

Ibu bapa jangan dilupa

Umi dan abah.. kaulah segalanya

1 down.. 4 to go! Alhamdulillah..

Duit maskahwin Adila

Semua hasil gubahan dan bunga-bungaan disediakan oleh umi pengantin yang sangat berkebolehan 

Selamat datang ke Pancaran Kasih!

JOM ke Shah Alam.. abanah ni peminat fanatik tegar UltraSel dan kini mengambil hati isteri dengan menyokong Kedah pula..  hmm.. iya kot!


Jemput makan mak pak mentua..

Udang from Sabah with love

Ayam panggang

Sambal Sotong kembang

Daging Palembang

Bismillah.  Aaaa...

Ummm.. Alhamdulillah

Cousins..

Soon.. the NEXT two!.... after this there will be two weddings on this coming March.   Be prepare!

Hullo!

Special untuk kaklong and kakngah.. 

Kakak and Aliya

Umi dan abah ~ Hajah Kamsiah dan Hj Harun.  Tahniah kerana menerima kehadiran menantu pertama!
JOM.. sedikit gambar-gambar "behind the scene".. enjoy scrollinggg!

Semua hidangan disediakan oleh grup Pancaran Kasih sendiri.. 

Silence of the lamb

My favourite cendol.. kalau dah jumpa cendol nih.. tak makan nasi pun tak apa.  Mak makan dua mangkuk kot!

Goodies for kids

Don't forget the "evergreen" lollipop

Handmade chocolates + fruit puddings in the gift box.  

Special made creme puff for makan beradat from Nomi

Yummeh!  the rich chocolate wedding cake..

Di belakang tabir ~ preparation for makan beradat.  Thanking alls! Such a good job .. kak lang, kak Dah, kak Bedah,  Ibu, kak Sam, Mila, kak Ton , the sedara-mara, jiran and all.  We made it on time..

Special dish ordered by the groom ~ Lamb stew black pepper My Style.  Tq mr hubby a lot ~ "memasak dengan penuh kasih sayang ".. hamboih!

Mommy "on duty"..

Katanya.. akak "iklan"kan kami sekali ya!  Sesiapa yang berhajat nak order ayam panggang yang sedap ini dipersilakan.. 
Enam suara.. awesome!

Akhirnya selesailah sudah... coretan memori untuk abanah dan Adila.  

"Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh pada Mu dan jadikanlah diantara zuriat kami, umat yang tunduk patuh pada Mu dan tunjukkanlah pada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." ~ (Al Baqarah : 128)


Salam berkasih sayang dari Anjang sekeluarga..


P/S ~ Dear reader.. done reading, pls click all the ads by nuffnang (on top of the above) because it will make me "extremely" extra more happy... thanks again!

No comments:

Post a Comment