Friday, 13 December 2013

Penang ~ Rumah Tamu

Assalaam..


Beberapa tahun dahulu kami pernah menginap di Evergreen Laurel Hotel dan Gurney Hotel apabila bercuti di Penang.   Malam-malam kita boleh berjalan sambil menikmati keindahan pantai di sepanjang Gurney Drive itu.   Kali ini apabila kami menginap di RUMAH TAMU yang terletak di Permatang Pauh, memang setiap harilah kami terpaksa menaiki feri untuk menyeberang ke Pulau. 

Orang Pulau kata " Aci ligan ngan feri aihh! " translate ~ main kejar-kejar dengan feri kot.. betul tak?  hantam ajalah! Kalau cheq salah habaq mai ya nana/mami!  hehehe.. (ketawa tanpa suara)

Exit Permatang Pauh.. welcome!

Berpeluang menginap di RUMAH TAMU yang disediakan apabila misi mengikuti mr hubby bekerja sambil menyelam minum air sangatlah berbaloi.  Rumah tamunya besar kot!  Mempunyai 3 bilik tidur, attached toilet dengan master bedroom dan satu toilet sharing with two rooms.  Dining room dan living roomnya sangat luas.  Malah kitchen nya pun sangat besar singkinya.  Boleh mandikan baby umur setahun kot dalam tu.. ahahaha..  Ada air cond lagi dalam master bedroom. 

Memanglah amat berbaloi dengan kadar sewa yang murah untuk sebuah rumah berbanding dengan harga yang sama untuk sebuah bilik sahaja jika kita menginap di hotel.  Cuma tiada service "special" lah seperti kalau tinggal di hotel.  Service special? hmm.. jangan salah paham.. service "tidy your room" daaa...

Master Bedroom ~ Besaq gabaq... ada seterika baju lagi.  Attached bathroomnya tiada bath tub atau heater (pemanas air) atau what so ever tetapi sangat besar dengan kadar keluasan three girls can bathed together sambil main kejaq-kejaq.  Besaq no..

The girls on their bed

Malam-malam the girls became our roomate.. pasai apa?  Pasai bilik mak ada aircond.. haih! Setiap bilik ada disediakan dengan three extra pillows dan hangers.  

Single bed untuk si bujang
Kitchen sangat besar.  Ada jug kettle dan a set of glass pitcher and tumbler only.. malangnya tetamu yang datang tak bawa apa ke bendanya.. tak rajinlah nak masak while i'm on holiday. Bukan malas ya..  masalahnya kalau siap nak masak bagai, tak berjalanlah hangpa suma yang ikut rombongan mummy nih aihhh!

Besaq kan sinki.. 


toilet in between the two rooms

Dining table

Atas dining table ada jeruk madu Pa' Ali yang sangat sedap itu dan dijamin tanpa bahan pengawet.. nyams!

Mujur ada pisau dalam kereta.. bolehlah makan buah pisang kaki nih.. mmm.. crunchy!

Living room.. but no TV provided

Sofa pun besar tapi "tak dan" nak melepak

Sebenarnya saya sudah tidak sabar nak cerita pasai benda nih!  Sila renung gambar ini.

Inilah sliding net untuk menggelakkan kucing atau nyamuk masuk ke dalam rumah.  Pertama kali masuk ke rumah tamu ini saya rasa saya telah "in love" dengan sliding net ini. Kena cari.. kena cari.. sangat "value added".  Sistemnya sama seperti frame untuk sliding glass atau sliding plastic door untuk toilet seperti our home di SU.  Bolehlah kita membuka tingkap rumah 24 jam dan mendapatkan udara segar setiap hari. 
Verdict : Amacam? Beginilah suasana di dalam rumah tamu ini.  Walau pun tiada TV.. tidak mengapa kerana tiada sesiapa yang akan menonton. Almaklumlah ke luar awal pagi dan balik bila menjelang malam.  Mode : I feel blessed.. Alhamdulillah

"Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami) sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui "
(Al Baqarah : 127)

2 comments:

  1. Rumah tamu tu open tu public ke An... boleh le rekemen bila nek tengok Farah di UITM tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaflah midah.. rumah tamu tu utk staff shj katanya. Lan hr tu ada kerja kat sana. Org kat sana dah arrangekan. Kami cuma dtg ambil kunci dlm sampul kat Guard Hse & bila balik pun pulangkan balik kunci tu kat guard hse. Kalau pergi bercuti.. selalunya kami tidur hotel aja. Alhamdulillah.. rejeki!

      Delete