Saturday, 12 October 2013

O Allah.. Waiting for your call.. again


Sila klik dulu ~ SubhanaAllah.. in TV Alhijrah.. i really love this song!

Panggilan Haji kembali lagi.  Untunglah! Memang beruntung yang amat besar kepada semua umat Islam yang mendapat panggilan dari Allah swt untuk menunaikan ibadah haji.
Keluarga besar.. 4hb Oktober ~ meraikan pemergian kakak ipar kak Hadiyaton & suaminya abang Lazi ke tanah suci Makkah.  Semoga berada didalam keadaan sihat sejahtera, segala urusan dipermudahkan dan semoga mendapat haji yang mabrur ~ ada 3 foto oleh Muhammad Nizammudin. Mak anjang copy paste ya! terimakasih..(ambil dulu baru bagitahu.. )
Bersama keluarga yang ditinggalkan buat sementara ~ Along Wiwi, Kak Deq, Taufiq dan Nana ~ maaf foto kurang memuaskan
Sedikit luahan hati dari seorang cucu yang merindui arwah wan pada statusnya di fb.  Sedih mak anjang bacanya ..

Taufiq Lazi
dah 26 hari wan meninggal kn abg ! rindu wan .. ' wan abg nk bg tau wan nie , mak ngn ayah dapat pegi haji ' (ABANG RINDU WAN)


Taufiq Lazi ialah satu-satunya anak lelaki kepada kak Hadiyaton dan abang Lazi. Tiga lagi ialah Nurul Hidayah, Nurul Hiqmah dan Nurul Hasanah. Keluarga kakak ipar saya ini telah berpindah dan tinggal bersama arwah emak mertua saya semenjak pemergian arwah bapa mertua ke rahmatullah terlebih dahulu.  Sejak itu memang arwah emak mertua senantiasa bersama keluarga ini dan sekali-sekala bersama anak-anak yang lain selama bertahun-tahun. Panggilan Haji  ini merupakan satu kejutan dan "anugerah" dari Allah swt yang amat dinantikan. Terbayang dimata jika arwah emak masih ada tentu arwah akan tersenyum mengucap syukur alhamdulillah.
Mr hubby bersama kakak tercinta.. tangisan gembira.. take care Andak!
Bersama abang Lazi .. take care Pak Andak too!
Berkampung di Kompleks Tabung Haji KJ

Malam sebelumnya pada 30hb September yang lalu, kami telah turun dulu ke KJ untuk meraikan pemergian adik dan sahabat kami Puan Azlina dan suaminya YB Zairul dari Arau, Perlis
Selamat jalan sahabat.. semoga sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan dan semoga mendapat haji yang mabrur
Jaga diri Lin
Buat kenangan

Buat muslimin dan muslimat di sana yang sangat-sangat sukakan percutian ~ inilah makna sebenarnya "percutian" iaitu percutian ibadah menuju Allah swt. Dapat mendekatkan diri kepada Allah swt dengan beribadah di Masjidil Haram di Makkah dan di Masjid an-Nabawi, Madinah. Dan percutian ini berlaku di bulan Zulhijjah yang merupakan bulan mulia yang amat dinantikan oleh seluruh umat Islam.  Sila search ~ http://www.fimadani.com/

Keutamaan Bulan Dzulhijjah dan Amalan-amalan Utamanya


Memori satu ketika dahulu ~ saya pernah memenangi sebotol minyak kasturi putih berbau sangat harum di tanah suci Makkah kerana berjaya menjawab soalan ~ "Tahukah kita semua tentang kelebihan solat di Masjidil Haram?" Masa tu dah tak ingatkan orang lain da... cepat2 angkat tangan nak jawab. 

Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud SOLAT dimasjidku ini lebih utama dari 1,000 kali solat ditempat lain kecuali di Masjidil Haram.  
Solat di Masjidil Haram lebih utama daripada 100,000 solat ditempat lain.  Bayangkan pahala berganda-ganda yang dapat dimiliki jika kita bersembahyang di kedua-dua masjid ini.

Ini merupakan satu kemenangan kepada semua hamba Allah apabila dapat  memohon keampunan dengan mengabdikan diri dengan bersungguh-sungguh kepada Allah swt ketika masih berada di dunia ini lagi.. sedikit petikan kata-kata dari Ustaz Roslan Mohammad - pendakwah


Perbanyakkanlah beristighfar, ucapkan tahmid, berzikir, memohon taubat dan semoga impian kita semua umat Islam untuk ke sana akan menjadi kenyataan. InsyaAllah.. dengan izin-Nya untuk mendapat panggilan ini lagi.


"Keep beautiful Dhikr constantly in our hearts with SubhanAllah Walhamdulillah Wala ilaha IllAllah wallahu Akbar"


Firman Allah swt:

"Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah iaitu bagi orang-orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari kewajipan haji maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dari alam semesta." (Ali Imran 97)



S  E  L  A  M  A  T     B  E  R  W  U  K  U  F     DAN  S  A  L  A  M   AIDIL ADHA

No comments:

Post a Comment