Friday, 25 October 2013

Life must go on


Assalam alaik..

Anggerik desa
Indahnya anggerik kembang mekar di laman emak di KKB
Alhamdulillah.. hari ini rasa lega sedikit.  Semalam masuk sahaja ke bilik mereka berdua rasa kosong sangat. Tiada lagi yang melingkar atas katil.  Tiada lagi baju-baju bergantungan atau belum dibasuh. Tiada lagi buku-buku merata-rata. Tiada lagi kaklong dan  sudah tentu juga tiada kak ngah yang telah terlebih  dahulu berpamitan.   Semuanya kemas dan bersih sahaja... menahan sebak seharian dengan membuat kerja-kerja rutin selalu adalah sesuatu yang amat sukar.

Hari ini sudah ok. Merenung jauh dan bermuhasabah diri. Mereka semuanya bukan hak kita.  Hanya Allah swt sahaja yang berhak ke atas mereka.  Oleh itu redhokan pemergian ini. Serahkan mereka kepada-Nya.   Bak kata kaklong Lina " Life must go on... "

Langit yang cerah pada mulanya
Bertukar mendung akhirnya
Done with her attachment at HTAR for 3 weeks. Alhamdulillah.. tiap-tiap malam usai balik dari kerja, akan bercerita itu dan ini ~  " Mak.. tadi kaklong jahit mat rempit."  " mak.. tadi ada satu makcik tu kesian..."  " mak.. tadi ada patient tu mabuk."   bla..bla.. bla.. Mak dah miss that moment already
As always kaklong akan balik lambat.. paling lewat 10.00 malam. Jarang yang cepat.  Bila banyak kes menjelang malam, dia langsung tak balik dan terus membantu di hospital.   Enjoy sangat kerjakan.  Mengenali ramai orang adalah satu rahmat dan keberkatan dari Allah swt. Bersama salah seorang rakan dari MSU.   InshaAllah pasti berjumpa lagi
Bersama para doktor yang banyak membantu dalam memberi ilmu yang sukar dicari
Time to go back and study! Ahlan misr
Bersama kakak
Dua beg besar 46kgs dan satu hand luggage not exceed 8 kgs.  Alhamdulillah.. ngam  ngam
Ya Allah.. semoga semuanya dipermudahkan dalam urusan perjalanan ini .. amin
Adik-adik yang teruja
Hanya Allah swt sahaja yang tahu apa yang tersirat dihati
Peace
Mommy miss you already
Posing dulu
Posing jangan tak posing
Pasu besar dan miss little
Ayah
Snap.. snap
Abang
sibling.. kak ngah sahaja yang tiada
Senyum


Syukran jazilan.. kak long Lina bersama Aliya dan Iman yang sudi mampir
Peluk ketat
ketat-ketat
Akhirnya..
Selamat jalan sayang..
Ma as sa lamah.. wa ilal liqo'.. semoga berjumpa lagi. InshaAllah..
i'm waiting for you

AHLAN MISR

No comments:

Post a Comment