Lamb Stew Black Pepper My Style

Assalam

Saya menaip resepi ini istimewa untuk semua sahabat-sahabat a.k.a pencinta "kambing stew black pepper lovers" out there... πŸπŸ’˜ 

Ramai yang meminta resepi stew kambing yang kami sering hidangkan di majlis keramaian di rumah dan juga menjadi salah satu menu wajib di pagi raya.  

Sebenarnya resepi ni adalah resepi dari seorang sahabat kepada encik suami, malangnya resepi asalnya yang di salin sudah lama hilang bersama rosaknya handphone lama saya.  Dan resepi asalnya pun tidaklah secara terperinci. Ia  merupakan "just campak-campak" resepi sahaja yang telah kami ubahsuai mengikut citarasa sendiri.  

Disebabkan  masih ada lagi permintaan untuk resepi ni dulu dari Puan Nazirah dan kini dari Puan Yati Badrul pula (update 😜)... so here it is :-

Lamb Stew Black Pepper My Style*

Definisi Lamb atau Mutton ~  mari baca dulu apa yang saya copypaste kan ini sebelum hendak membeli lamb atau mutton. Translatekan sendiri da..

In New Zealand, they are defined as follows:
Lamb — a young sheep under 12 months of age which does not have any permanent incisor teeth in wear.
Hogget — a sheep of either sex having no more than two permanent incisors in wear.
Mutton — a female (ewe) or castrated male (wether) sheep having more than two permanent incisors in wear.


Kiranya lamb ialah daging kambing biri-biri yang muda dan di masak sekejap sahaja. Mutton pula ialah daging kambing biri-biri yang sudah tua maka liatlah sedikit. 

(This recipe is not recommended to use Goat.. kambing berjanggut tu sebab rasanya kurang dan lebih sesuai masak kari.. dan baunya agak hamis dan perlu buat treatment dulu..huhuhu) tapi suka hati anda semualah.. nak daging lembu pun boleh!

As always kalau nak sedap belilah "lamb shoulder" tapi kalau nak beli mutton boleh sahaja. Bezanya ialah lamb lebih mahal dari mutton.  Daging mudalah katakan.   Daging dipotong dalam kepingan agak-agak tebalnya dalam 1 inci.  Masa beli tu suruhlah butcher tu potongkan ikut kehendak kita.   Agak-agaklah berapa banyak untuk makan sekeluarga.  Kami selalu membeli lamb ini di pasar borong Klang dan ada juga kawan yang rekomen boleh dibeli di Padang Jawa depan Puspakom tu.  Lupalah nama gudang sejuk beku (Cold Storage) tu..  katanya harganya jaaaauh lebih murah dari Pasar Borong Klang sebab yang kat Pasar Borong pun beli direct dari situ.  Wallah hu a`lam..

Caranya:-
Rebus dahulu sekejap daging yang sudah dibersihkan itu dengan secekak serai atau lebih bergantung kepada banyaknya daging.  Ini ialah untuk menghilangkan bau hamis dan lemak-lemak pada daging itu.  Kemudian angkat dan toskan atau tinggalkan sedikit air itu jika hendakkan rasa kambing yang lebih ummph! πŸ˜‹.  So lemak-lemak sudah dinyahkan bersama larutan air rebusan.  Buang serai yang sudah layu tu. 

Saya cuma menyediakan dan mengadun rempah stew sehingga masak sahaja.  Rempah stew ini boleh disediakan lebih awal sama ada seminggu atau sehari awal untuk memudahkan.  Boleh disejukbekukan.

Bahan rempah Stew- Hirisan bawang merah, bawang putih ditumis bersama bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan kulit kayu manis.  Bila dah naik bau.. masukkan semangkuk cili giling dan tumis sampai pecah minyak, kemudian masukkan semangkuk rempah kari dan semangkuk rempah kurma  yang telah dijadikan paste dan tumis lagi sehingga masak.  

Kemudian masukkan serai yang telah diketuk beberapa batang.  Masukkan sos black pepper brand Swiss Bear (dijual dalam botol plastik  putih besar), sebotol kicap lemak manis dan sebotol air mineral bilaskan dalam botol sos black pepper atau botol kicap (agak-agak air mineral ni banyak mananya... kalau nak pekat bubuh sikit, nak berkuah bubuh banyak.. it's up to you!).   Jangan lupa masukkan kiub pati lembu untuk menaikkan rasa kambing.  

Dan last but not least masukkan the main ingredient  " the lamb atau the mutton"... biarkan merenih sekejap sehingga lembut dan kacau balik perlahan-lahan untuk menggelakkan hangit.  Agak-agak dah mengelegak, tutupkan api dan masukkan garnishing. Jangan lama-lama kalau masak lamb sebab takut dagingnya hancur.. dan sebaliknya pula untuk mutton.  Masukkan bahan garnishing. Kemudian tutup periuk dengan penutup untuk memerangkap haba supaya garnishing masak ranggup.

Cadangan garnishing: Kami suka masukkan batang celery yang dipotong kecil menyerong, capsicum merah, kuning dan hijau  dipotong melintang bulat dan akhir sekali baby tomato agak-agak semangkuk untuk menambah warna pada lamb stew black pepper tu..  Biarkan ia masak perlahan melalui wap stew yang terperangkap tanpa api seketika.  Hasilnya garnishing akan ranggup dan sangat ummpph!






finito..


Cadangan tambahan :  Hidangkan bersama roti Arab dan jika suka bersama brokoli, kobis bunga dan lobak merah yang di celur sekejap bersama garam dan sesudu minyak zaitun untuk menyeimbangkan rasanya.  Di ratah sepinggan pun masih menjilat jari.  Kalau dibiarkan semalaman, keenakannya akan lebih menyerlah!  cubalah... 

* Pandai-pandailah budget sukatan bahan-bahan kering dan basah ini ya. Nama pun "just campak-campak" resepikan. Kami biasanya selalu memasak paling banyak di dalam 15/16 kilogram  bersamaan dengan seekor kambing.  Namun yang paling penting bahan utama cili giling, rempah kari dan rempah kurma di dalam nisbah 1:1:1. Mangkuk kecil ke, mangkuk besar ke.. make sure it is 1:1:1.  Dan akhir sekali recitelah zikir ketika sedang memasak.  Semoga usaha murni untuk menyediakan hidangan ini diberkati.. aamiin... 

"Credit and tribute" untuk masakan ini sebenarnya adalah kepada master chef di rumah ini iaitu encik suami. Dari adegan ke pasar, basuh-membasuh, rebus-merebus, tos-mengetos dan  memasak ini semuanya "work smart and hard" encik suami sehinggalah siap menjadi hidangan.   Daebak.. Love you darling!! πŸ˜˜πŸ˜πŸ’‹

Apa tunggu lagi.. jomlah keluarkan periuk Pressure Cooker Noxxa, Mugen, Phillip dsb  tu πŸ˜‰  Set pada stirfry dan tumis bahan rempah sehingga naik minyak.  Kemudian masukkan kambing, serai yang diketuk, kicap, sos black pepper dsbnya sebelum di tutup set on HP untuk 30 minit bergantung pada jenis daging. Air mineral tak payah masukkan kerana air daging akan keluar sendiri. Practice makes perfect katanya.  Semoga bermanfaat.

Jangan lupa bak mai sepinggan buat pengeras naa.. 😊 

Cadangan hiasan

HAPPY COOKING

Comments

  1. Yannn!!!...aku baru teringat nak buat stew tulang tiba2 kau keluarkan Lamb stew pulak! harus ku coba ini. kalau kita buat gather2 nanti kau bawa pot luck lamb stew ni ye. Mesti si Merek terkejut 'Dayang Senandung' terror masak noo!

    ReplyDelete
  2. aikk.. dah bagi resepi pun suh aku masak lagi.. hahhaha.. takat potluck tu no hal.. meehoon goreng pun ok kot... hihihi... si Merek tak terkejut kot.. aku nikan many talent!.. (masuk bakul)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?