Turkey: Merhaba İstanbul Part 1
Assalam Apa khabar semua? Semoga sihat dan gembira menjalani kehidupan seharian dengan baik. Hanya Allah swt sahaja tempat untuk kita mengadu. Kembalilah kepada-Nya. InshaaAllah hidup akan lebih tenteram. Banyakkan bersabar dan lebihkan berusaha. 😘 " Good health and good sense are two of life's greatest blessings." - Publilius Syrus. Lama sudah hendak menaip tentang perjalanan kami ke Istanbul. Moga Allah swt mempermudahkannya . Aminnnn. "Travel brings power and love back into our life"-J.Rumi Bacalah novel tentang "Sultan Muhammad al-Fateh – Penakluk Konstantinopel" yang ditulis oleh Abdul Latip Talib dahulu sebelum anda menjejakkan kaki ke Turki. Setelah kerajaan Uthmaniyyah atau Ottoman menawan Konstantinople, nama bandar ini telah ditukar menjadi Islambul yang kini disebut sebagai Istanbul. Kami ke Turki tanpa menggunakan travel agent. Semua itinerary dilakukan oleh kaklong sendi...