Selamat tinggal Unser.. Selamat datang Innova..
Begitu cepat masa berlalu.. sudah hampir sebulan. Setiap kali kelibat Unser berwarna hitam (Winestone Red) di jalanraya.. tiap kali itulah perasaan rindu kembali menyala. Dulu hari-hari ke pejabat dari Sg Buloh ke Shah Alam, saban pagi dan pulang saban senja. Kemudian berulang-alik ke sekolah dan ke pusat tuisyen. Ke seluruh Semenanjung habis kami jelajahi bersamanya. Percutian keluarga dari Perlis hingga ke Terengganu. Dari Kelantan hingga ke Johor. Wah... penatnya dia. Toyota Unser BGV .... Pernah juga pada satu petang Jumaat di bulan April tahun 2005, saya mengalami kemalangan bersamanya sewaktu pulang dari kerja akibat terlalu letih hingga terlelap seketika semasa memandu. Inilah akibatnya "nawaitu" di pejabat sebelum waktu pulang ~ " Alahai.. tak sabarnya nak balik rumah cepat-cepat.. dah penat.. nak tidur... " Betul-betul saya tertidur semasa memandu. Tragedi ngeri "hari ini dalam sejarah" hidup saya akibat terlalu penat beke...