New Zealand : Walk to the top of Mount Eden

As salam Masih di Auckland. Kedinginan pagi ini mengimbau kembali kenangan kami mendaki Mount Eden yang terletak di Auckland, New Zealand. Tetapi tidaklah sesejuk mana jika dibandingkan dengan kedinginan di atas Mt Eden itu. Di tambah pula bila di langgar tiupan angin yang sangat menggila pula bila sampai di atas puncaknya. Mengigit sejuknya! Sila lihat video di atas. Jika ada peluang melancong ke Auckland pergilah mendaki ke puncak Mt. Eden. Tidak payah mendapatkan permit untuk mendaki. Mt. Eden juga dikenali sebagai "Maungawhau" oleh penduduk tempatan. Ia adalah satu di antara 48 buah gunung berapi yang ada dan puncak yang tertinggi di Auckland. Hari itu merupakan hari terakhir kami di Auckland. Sebelum mengambil penerbangan ke Gold Coast di Australia pula dan kami cuba untuk mengutip kenangan sebanyak mungkin di sini. Jangan tinggalkan apapun di sana kecuali jejak katanya. Tinggalkan jejak sementara masih ada ku...