Bali : Best of Ubud

As salam Dengan kejatuhan ringgit yang begitu mendadak kebelakangan ini menyebabkan kami melupakan niat untuk ke"destinasi nostalgia " pilihan pertama dan beralih arah untuk bercuti ke Bali. Bali katanya Sebenarnya en suami telah dua kali ke Bali dalam urusan kerjanya pada tahun 2004 dan 2009. Ini memudahkan kami untuk merancang perjalanan ke sana. Kami merancang untuk menginap di Ubud dan kemudian barulah ke Kuta. “10 Top Places To Visit” merupakan carian utama di laman web dalam setiap perancangan kami untuk melancong kemana-mana dan juga berbekalkan sedikit keberanian serta dengan izin-Nya jua. Mudah! Dunia di cari dengan sentuhan jejari sahaja. Kenalah rajin mencari dan hasilnya kita dapat melancong tanpa mengeluarkan rupiah yang banyak. Negara serumpun kok. Kita faham dia dan dia faham kita. Penerbangan kami memang dipenuhi dengan *“Bule” dari Eropah dan Australia sahaja. And almost all of them visited Bali just to dive and su...