New Zealand : Walk to the top of Mount Eden


As salam

Masih di Auckland.



Kedinginan pagi ini mengimbau kembali kenangan kami mendaki Mount Eden yang terletak di Auckland, New Zealand. Tetapi tidaklah sesejuk mana jika dibandingkan dengan kedinginan di atas Mt Eden itu. Di tambah pula bila di langgar tiupan angin yang sangat menggila pula bila sampai di atas puncaknya. Mengigit sejuknya!  Sila lihat video di atas.








Jika ada peluang melancong ke Auckland pergilah mendaki ke puncak Mt. Eden. Tidak payah mendapatkan permit untuk mendaki.  Mt. Eden juga dikenali sebagai "Maungawhau" oleh penduduk tempatan. Ia adalah satu di antara 48 buah gunung berapi yang ada dan puncak yang tertinggi di Auckland. Hari itu merupakan hari terakhir kami di Auckland. Sebelum mengambil penerbangan ke Gold Coast di Australia pula dan kami cuba untuk mengutip kenangan sebanyak mungkin di sini. Jangan tinggalkan apapun di sana kecuali jejak katanya.  Tinggalkan jejak sementara masih ada kudrat yang kuat.  Jangan ambil apapun kecuali gambar. Jangan membunuh apapun kecuali waktu.  Amboi..amboi..  Daki makcik jangan tak daki. Chaiyokkk!! 😎

Walau pun cuaca hari itu kurang baik. Tiada awan putih yang hidup bahagia bersama langit biru nampaknya. Cuaca mendung dan adakalanya gerimis turun. Ini tidak mematahkan semangat saya untuk naik mendaki. Mendapat semangat untuk berlumba-lumba mendaki dengan encik suami setelah miss little mendaki laju meninggalkan kami sayup di belakang. Sebenarnya mudah sahaja untuk mendaki kerana terdapat banyak laluan yang telah di buat oleh orang ramai yang melakukan aktiviti hiking dan jogging di situ. Ada juga laluan pintas untuk sampai cepat ke atas puncak yang diterokai oleh pendaki yang terdahulu. Agak merbahaya kerana laluan yang agak curam berbanding dengan laluan biasa  dan dengan jalan licin lagi tetapi dengan izin Allah swt kami berdua berjaya juga tembus "to the summit". Hehehe... tidak sia-sia merentas desa "short cut short cut" di zaman lampauku dulu.  Terima kasih juga encik suami kerana sentiasa menjadi tempat untuk berpaut.  Dan bravo een!..mommy is so proud of you.. 😘


Pendakian ini memanglah amat berbaloi akhirnya kerana pemandangan yang sangat cantik terbentang luas di hadapan kami bila tiba ke puncak itu.  Perjalanan sejauh 2km yang sepatutnya mengambil masa selama 10 minit untuk yang cergas mendaki, berbanding dengan emak kamu yang mengambil masa lebih kurang 1 jam termengah-mengah tanpa latihan praktikal mahupun amali terlebih dahulu.  Puncak Mt Eden ini memberikan pandangan 360 degree keseluruhan bandar Auckland sebenarnya.  Alhamdulillah.. mujurlah hari tidak hujan walaupun angin bertiup kencang.  Mashaa Allah. Subhanallah.  Allah hu Akbar.
Kenderaan juga sebenarnya boleh naik ke puncak ini apabila terdapat laluan jalanraya yang telah dibina.  Namun untuk mengelakkan pencemaran asap hanya kenderaan tertentu sahaja dibenarkan naik contohnya untuk urusan penyelenggaran sahaja.




Mt Eden ini merupakan gunung berapi yang tidak aktif tetapi hanya Allah  swt sahaja yang Maha Mengetahui apa yang akan terjadi di kemudian hari nanti.  Mungkin ia sedang tidur sekarang. Kali terakhir ia meletus ialah kira-kira 15,000 tahun dahulu. Letusan itu pula kemudiannya menjadi kawah gunung berapi sedalam 50 meter.    Kawah gunung berapi ini dinamakan "Te Ipu-a-Mataaho" dalam bahasa Maori yang bermaksud "The bowl of Mataaho".  Mataaho ialah dewa yang dipercayai tinggal di dalam kawah itu yang memelihara dan menjaga segala rahsia bumi ini.  Wallah hu a`lam.  Pendaki tidak dibenarkan untuk turun ke dalam kawah ini atas sebab keselamatan tetapi hanya dibenarkan menjelajah keseluruhan kawasan gunung sahaja.  Sumber dari wiki.  Sila lihat video rupa kawah gunung berani seperti di atas.


Kami kemudiannya menghabiskan masa yang agak lama juga dengan mengambil lebih banyak gambar-gambar di atas puncak itu sebelum turun ke bawah. Dan tidak ketinggalan juga membuat aksi bebas terjun ala-ala dari para gliding bukan dari atas langit tetapi melompat dari bawah gamaknya dengan sopan.  Sabar sahajalah wahai encik suamiku dengan aksi "fantastic two" ibu dan anak ini..😆







Walk to the top of Mount Eden - Checklist ✔️ Done.





Alhamdulillah.  Jom pulang!  Dengan melihat kecantikan alam kita sebenarnya akan lebih mengingati Allah swt dan mengkagumi indahnya ciptaan dan kebesaran-Nya. 


Firman Allah swt yang bermaksud: "Ingatlah (bahawa) dengan mengingati Allah swt itu, tenteramlah segala hati. (Surah al-Ra'd ayat 28).

Sedikit perkongsian ilmu dari hadis baginda Rasulullah saw:"Setiap persendian manusia wajib bersedekah pada setiap hari di mana matahari terbit di dalamnya.   Engkau berlaku adil kepada dua orang (yang bertikai/berselisih) adalah sedekah, engkau membantu seseorang menaikannya ke atasnya haiwan tunggangannya atau engkau menaikkan barang bawaannya ke atas haiwan tunggangannya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau jalankan menuju (ke masjid) untuk solat adalah sedekah, dan engkau menyingkirkan gangguan dari jalan adalah sedekah." (HR. Bukhari dan Muslim)



JUMPA LAGI

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?