Egypt : Pyramid of Giza- Wonder of the Ancient World



Assalam..

Entri pertama di bulan yang pertama pada tahun baru ini. Salam 2018H. 

Alhamdulillah. Saya baik-baik dan sihat sahaja. 
Thank you Allah swt for blessing me much more than i deserve. 

Still functioning. Still merindui arwah mak yang sudah tiada. 
When we lose someone close, we tend to lose a large part of our social life too. 

I am still grieving but I do not show. Keep submitting to Allah swt. Keep reading al Quran and zikrullah. Keep going. Time doesn't heal. Allah does. Subhanallah. Alhamdulillah. Allah hu Akbar. May Allah swt heal me. Heal us. Aminnnnnnn.

Well. Life goes on. Al Fatihah. Another day another year. And I am still the same old me.


Tahun baru kita tukarlah sedikit dekorasi blog kita. Tukar template sikit. Tukar gambar background. Kemaskini dan sebagainya...


Entri kali ini kami masih lagi berada di bumi Mesir. Bukan di tahun baru ini tapi pada tahun lepas dengan entri yang tidak berkesudahan lagi.  Harap masih sudi menjenguk memori ini yang kadang-kadang rasanya seperti bermimpi telah sampai ke Mesir.  Sebuah negara lama yang penuh sejarah.  Penuh kontroversi.  Sesungguhnya Allah swt Maha Pemurah dan Maha Pengasih akan rezeki ini.  


Sekali dalam seumur hidup pergilah melancong ke Mesir.   Pastikan ada impian diminda untuk ke negara besar ini.    Asyik-asyik ke Indon sahaja katanya.  Di Mesir pun ramai juga orang Indon.. ehhh.. 😉.  Janganlah lepaskan peluang untuk merasai indahnya menikmati bintang di gelap malam di kampung Badwi dan ke Blue Hole di Dahab, ke Cleopatra Beach di Marsa Matrouh, Siwa Oasis, Jabal Mauta Mountain of the Death, Luxor, Sharm El-Sheikh, mendaki Mount Sinai, Hurghada mahupun bergaya dengan aksi sedikit pelik di Pyramid Giza  dan tidak lupa makan Hunafeh or Hunafah, middle eastern specialty desert yang manessss menekak itu.  Sekadar menyebut tempat yang menarik dimana kaklong pernah lawati semasa menuntut disana.  Namun suami dan saya hanya sempat ke Kaherah dan Iskandariyah sahaja.   Begitu juga dengan kakngah yang pernah ke sini via Qatar dari Jepun menghabiskan cuti musim panasnya.


Setibanya di Kaherah, kami di sambut oleh ustaz A, pemandu pelancong berbangsa Indonesia yang menunggu kami di stesen keretapi Ramses.  Kami dibawa menaiki van yang telah disewa oleh ustaz untuk jalan-jalan di Kaherah.  Tempat pertama dari itinerary lawatan ini ialah  melawat ke satu-satunya tujuh keajaiban dunia kuno yang masih wujud sehingga hari ini iaitu Pyramid of Giza dan The Great Sphinx.

Kebanyakan piramid-piramid yang dibina di Giza ini mempunyai struktur piramid yang besar.   Tahukah anda semua sebenarnya terdapat beratus-ratus piramid di Mesir ini.  Maknanya terdapat banyak firaun  di sini yang diletakkan di dalam piramid ini.  Piramid  Khufu di Giza  yang terletak di pinggiran Kaherah merupakan  piramid yang paling terbesar di Mesir. 



Untuk masuk ke kawasan ini kami terlebih dahulu disaring ketat dengan laluan "security check"  dan pemeriksaan passport seperti berada di lapangan terbang pula rasanya.  Beg-beg pakaian kami dikeluarkan dari van dan terpaksa melalui mesin pengimbas sebelum di masukkan semula ke dalam van.  Subhanallah.   


Harga tiket masuk adalah berbeza diantara tiket untuk melawat kawasan luar piramid dan tiket untuk masuk ke dalam piramid.  Untuk yang ingin merasai pengalaman seperti filem "The Mummy Return" itu, tontonlah filem ini dahulu untuk lebih feel katanya dan kemudian bolehlah cuba masuk ke dalam piramid itu.  Melihat struktur piramid itu sendiri dari luar sahaja sudah dapat membayangkan "adventure" betul kalau nak masuk ke dalamnya.   Dengan bongkah batu -bata yang besar disusun sebegitu rupa pastilah "up and down" jugalah nak mencari di manakah terletaknya mayat firaun itu. "Your Mommy Return" ini tidaklah segagah dan seberani itu.     Membayangkan nama Imhotep dan kumbang pemakan daging itu sahaja sudah mengerikan... 👻  huhu..












Tidaklah cliche katanya jika tidak bergambar dengan aksi "menunjal tertunjal mencuit dan tercuit " pada bucu piramid itu.  Kak long yang telah pernah sampai ke sini bersama rakan-rakannya dahulu kini kembali beraksi.  Dan daddy and mommy pun terjebak sama.    Ini semua adalah gara-gara ustaz yang meminta kami berposing sedemikian rupa.  Eh.. secara tiba-tiba ustaz menjadi jurugambar tak rasmi kami pula.  Huk aloh!



Salt Bae katanya..hihihi
Semasa di sekolah rendah di zaman kuno saya yang dulu 😳...  memang kami pernah belajar tentang tujuh benda ajaib di dunia ini.  Daripada tujuh keajaiban yang asal, hanya Piramid Giza yang dibina oleh Firaun yang masih kekal utuh sehingga kini.  Colossus Rhodes, Rumah Api Alexandria, Makam di Halicarnassus, Kuil Artemis dan Patung Zeus semuanya telah musnah sama sekali. Dan yang paling saya ingati selain dari Piramid Giza ialah Taman Tergantung Babylon.  Namun sehingga kini lokasi dan apa yang telah terjadi pada taman tergantung ini  tidaklah diketahui.  Dan ada spekulasi mengatakan bahawa taman ini mungkin tidak pernah wujud sama sekali.  Wallah hu a`lam.


Di sini juga ada menyediakan perkhidmatan unta untuk ditunggang.  Janganlah mudah terpedaya kerana harga yang di tawarkan adalah tidak masuk akal.  Berhati-hatilah dengan setiap apa yang ditawarkan di sini terutama jika mereka berkata "hadiah" untuk kita.   Nothing is free.    Ada yang naik unta dengan harga RM100.   Namun begitu adalah dinasihatkan untuk tidak menaiki unta ini kerana terdapat sejenis virus pernafasan yang boleh menjangkiti manusia dari penyakit selsema  bawaan dari unta.   MERS-CoV namanya.  Lebih baik mencegah dari mengubati.  Bukanlah kita cuba untuk menutup periuk nasi mereka.  Berkata tidaklah dengan sopan dan senyuman.

Unta dibelakang. 

Piramid Giza dan piramid-piramid yang lain sebenarnya telah dibina untuk menempatkan mayat Firaun yang mati yang pernah menjadi pemerintah Mesir Kuno satu waktu dahulu. Sebahagian daripada roh Firaun yang dipanggil "ka" dipercayai kekal dan tinggal dengan mayat yang sudah tidak bernyawa itu. Penjagaan yang betul adalah perlu bagi bekas Firaun untuk melaksanakan tugas-tugas barunya sebagai raja yang telah mati. Piramid juga bukan hanya berfungsi sebagai makam bagi Firaun, tetapi juga sebagai tempat simpanan untuk pelbagai barang yang diperlukan di alam yang lain kelak. Orang-orang Mesir kuno percaya bahawa kematian di bumi adalah permulaan perjalanan ke dunia yang akan datang. Tubuh Raja yang diasingkan itu diletakkan di bawah atau di dalam piramid untuk melindunginya dan membolehkan transformasi dan kenaikannya ke dunia selepas mati nanti.  Wallah hu a`lam.  - petikan wiki







Anda pasti akan dibawa ke kawasan Panorama ini untuk mengabadikan aksi-aksi stuntwomen dalam foto-foto yang tidak masuk di akal ini. Bila lagi kan yanggg... ahahaha 😜  



Fantastic Two katanya.. hihihi...













Saksikan The Great Sphinx untuk aksi PG13 ini pula.  PG tu apa? Parental Guidance lerr.. Ooo..hahaha




The Great Sphinx ini mempunyai tubuh seperti seekor singa, menyerupai kepala seorang wanita dan mempunyai sayap seperti burung.  Hidungnya yang selebar 1 meter telah rosak dan sompek.  Kali pertama menatap The Great Sphinx secara jelas dan nyata ini saya terus memikirkan kuatnya kudrat mereka dan teknologi apakah  yang digunakan untuk membina binaan yang sebesar-besar ini.   Dan berapakah kos dan ganjaran kepada orang yang telah membinanya.  Sehingga kini masih samar-samar Firaun yang mana telah mengarahkan pembinaannya.  Misteri.  Mempunyai ketinggian 20.22 mtrs (66.34 kaki), lebar 19.3 mtrs (63 kaki) dan panjang 73.5 mtrs (241 kaki). Ia merupakan struktur tugu monolith yang terbesar di planet ini. .  Mashaa Allah .. Allah swt knows best.










Terdapat kedai-kedai menjual segala cenderahati di sepanjang perjalanan untuk keluar dari piramid ini.  Anda perlu pandai tawar menawar untuk mendapatkan harga yang berpatutan.  Seharusnya mula menawar kepada separuh dari harga asal.  Tempat yang menjadi tumpuan ramai tentulah akan mengenakan harga yang mahal kepada pelancong yang datang.    Sebenarnya kita boleh sahaja membeli segala cenderahati ini apabila pulang ke Tanta nanti dimana harganya pastilah lebih murah.  Namun kita akan terleka dan kagum  bila dapat melihat betapa artistiknya mereka mengatur meniru pemandangan  di luar, dengan mengadun menggunakan butiran pasir halus yang berwarna di dalam botol-botol kaca yang jernih.   Allah hu akbar.  Benar-benar kagum.  

Pengalaman menjejakkan kaki di sini pasti akan menjadi memori indah untuk kami semua.   Mujurlah kami di sana ketika musim baru bertukar dari musim sejuk ke musim bunga maka cuaca amat nyaman walaupun sejuk tanpa hembusan angin kencang yang menolak debu-debu halus dipersekitaran keliling.  

Piramid Giza dan the Great Sphinx akan terus bertahan sebagai simbol kepada negara Mesir.  Inshaa Allah


Pemandangan dari atas bongkah piramid.  Mashaa Allah.


Sometimes we think the other side is greener, although here, the hue is bluer.  The colour ain't going to make any differences as long as we just appreciate every single moment coming into our life.  

#forever-grateful👋🏽

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?