New Zealand: Hello Auckland 🌿

Assalam


Kami berada di Auckland, New Zealand pada 23-28hb Ogos 2017 yang lalu.

Musim sejuk tetapi suhunya agak normal di antara 9-10 deg C sahaja di waktu pagi serta mencecah 12-16 deg C di siang hari.  Tidaklah kami kejang kesejukan.  "Just nice!"πŸ˜‰.  

Langit tidak selalunya cerah kerana hujan juga sering turun dan seringkali awan mendung berwarna kelabu menerangi langit kelam.  Namun jika langitnya cerah ia bertukar menjadi biru  dihiasi kelompok awan putih.  Lihat sahaja di luar jendela kereta.  Mashaa Allah.. subhanallah.  Indahnya alam.  Apatah lagi dengan kehadiran bunga-bunga yang mula mekar.  Spring is coming.  Inilah kebesaran Allah swt.  Percayalah!





Kami menaiki Air Asia X menuju ke Gold Coast, Australia dalam perjalanan yang panjang selama 7 jam  dan transit selama 1 jam di Coolangatta Airport dan kemudian barulah meneruskan perjalanan ke Auckland, New Zealand yang mengambil masa hampir 3 jam pula.  #kematu

Transit di Coolangatta Airport, Gold Coast, Australia.  Beratur panjang untuk melalui pemeriksaan imigresen dan kastam.  

New Zealand dan Australia adalah negara yang tersangat mementingkan keselamatan dan bagasi yang dibawa masuk terpaksa melalui saringan yang sangat ketat.  Mereka menggunakan anjing untuk mengesan dadah di lapangan terbang.  Tidak boleh itu dan tidak boleh ini.  Jangan sembarangan.  Senang-senang sahaja kita akan disaman jika tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.  PM belakang jika ingin tahu "the do and don`t" atau pun googlelah sahaja untuk info terkini.   


Terimakasih kepada Puan Zaharah yang bercuti ke Perth terlebih dahulu untuk info berguna tentang makanan berdaging, dairy milk, rempah biji dan apa-apa lagi yang tidak boleh dibawa ke sana secara detail memandangkan kami melancong sendirian berhad tanpa menggunakan travel agent. 





Sebenarnya kami cuma membawa dua paket mee Maggie dan 6 pek sos Brahim pelbagai perasa sahaja bersama senarai barang yang dibawa. Tidak  perlu buka beg untuk declare anything, tidak menyusahkan dan tidak memeningkan kepala.  Tiada "homemade" sambal bilis, sambal hitam waima serunding daging pun seperti apa yang kami bawa ke Egypt dan Turki tempohari.  Berbanding dengan ke Jepun tahun lepas dimana daun pandan dan ayam goreng KFC satu barrel pun boleh dibawa dari KLIA turun ke Haneda Airport tanpa sekatan.  Wallah hu a`lam. Lain padang lain belalang.  Harimau pun tak mempunyai belang yang sama katanya.  Eh..eh.. 


Berbual dengan seorang pelancong untuk ke destinasi yang sama.   Beliau bersama dengan seorang rakan, mengambil cuti yang panjang selama 3 minggu untuk "cover" ke semua tempat yang menarik di New Zealand.  Wow!!  sedangkan kami mengambil masa cuma seminggu sahaja sempena Een cuti sekolah mid year untuk ke beberapa lokasi sahaja.   

Jangan sewa caravan jika kita bercuti 2-3 orang sahaja katanya.  Nanti leceh nak parking kerana caravan atau motorhome ini tidak boleh dibawa masuk ke bandar kerana tiada tempat parking disediakan.    Salah tempat parking akan disaman.  Nanti terpaksa pula nak sewa kereta atau motosikal lain untuk membeli barang keperluan seperti makanan dll.  Sewa kereta sahaja katanya.   

Pemandangan di New Zealand memang semuanya cantik sama ada kita merancang perjalanan ke bahagian selatan, utara, timur mahupun barat , ke gunung, ke lembah, menuju bandar atau pun kampung.  Wallah hu a'lam.

Prasarana yang baik menjadikan New Zealand sangat mesra pelancong.  Tandas awam yang bersih ada sahaja di mana-mana.  Pastikan anda senantiasa membawa botol air kosong untuk urusan pembersihan kerana di tandas cuma ada tisu tanpa paip air untuk mencuci. Isi air dahulu  ke dalam botol di sinki luar.  Wet wipes pun adalah digalakkan untuk dibawa di dalam handbag.   #tips 


Airport Auckland

Airport styles..  haha.. just kidding

Bersama pemandu van "Go Rental".


Di Auckland Int Airport kami dibawa menaiki van untuk mengambil kereta yang disewa dari syarikat "Go Rental" yang tempatnya terletak tidak jauh dari airport.  En suami sebenarnya  telah terlebih dahulu menyewa kereta secara  online dari Klang lagi. Pilihan kereta dengan kadar NZD22.00/sehari  x RM3.20 ex-rate kita.  Lebih kurang RM70.40 sehari.  Murah ekk..

Ini merupakan pilihan yang bijak kerana kami tiba di Auckland menjelang malam.  Minyak penuh semasa menerima kereta dan haruslah dipulang kan kereta dalam keadaan minyak yang penuh juga semasa balik.  Lesen kereta Malaysia diiktiraf dan dinasihatkan supaya mengambil insuran perlindungan kereta sekali untuk menggelakkan sebarang perkara yang tidak diingini semasa di dalam perjalanan.  Jika tidak mengambil insuran, kita dikehendaki membayar bond atau cagaran bernilai RM2000.  Jika tidak berlaku apa-apa, bond ini akan dipulangkan semula.


Hari sudah pun gelap.   Inilah kereta kecil yang kami sewa.  Marilah kita menuju ke rumah penginapan.


Kami singgah dahulu ke pasaraya Countdown untuk membeli barang-barang keperluan makanan seperti beras, roti, susu segar, telur dsb yang halal untuk keperluan selama beberapa hari di sini.   Pasaraya besar seperti ini dibuka sehingga pukul 11 malam.  Hanya mini market dan kedai-kedai kecil sahaja yang ditutup pada pukul 6 petang.

Selesai shopping
Akhirnya kami tiba dengan selamat kerumah penginapan kami di Te Atatu, Auckland yang mengambil masa hanya 1/2 jam sahaja perjalanan dari airport dengan bantuan google maps.   

Penat dan lapar.  Makan maggi lah dahulu.

Dapur ditingkat atas

Periuk nasi ada disediakan.  Marilah masak nasi.  

Perasaan? Teruja.  Sudah semestinya.  Nostalgia seolah kembali ke Britain kerana setiap duit syilingnya mempunyai gambar Queen Elizabeth 11. Suasana persekitaran dan rumah-rumah yang lebih kurang sama malah lebih moden seperti yang pernah kami lalui selama 4 tahun tinggal di Wolverhampton,UK dahulu.  Baginda Queen Elizabeth 11 juga adalah ratu yang memerintah New Zealand, United Kingdom, Canada dan Australia sejak tahun 1952. 


Namun di UK dahulu cuaca di musim sejuknya Allah hu akbar..  negatif kot adakala suhunya.



"UK weather: Temperature plunges to -9.7C on coldest November day in six years for England and Wales" from The Telegraph News. Bukannya kejang lagi tetapi kejung sejuknya.  Tak mandi 3 hari pun masih wangi lagi  kan πŸ˜‰

Ada juga sedikit perbezaan ketika di Wolverhampton dahulu. Penduduknya dipenuhi oleh warga India dan Pakistan tetapi di Auckland ini pula ramainya warga China yang bermastautin di sini dan lebih dikenali sebagai orang Asia.  

Terkejut juga bila sedang menunggu untuk mengambil kereta  sewa tiba-tiba ditegur oleh seorang wanita Cina di dalam bahasa Melayu.  "Orang Malaysia ya?" katanya.   Orang Cina Malaysia di sini bercakap Melayu dengan kita berbanding dengan orang Cina di Malaysia yang kurang bercakap Melayu dan tak menegur pun.   Dah 9 tahun duduk di Auckland dan seronok sangat bila dapat berjumpa orang Malaysia katanya.   Kami pun seronok juga dan nasiblah tak berbicara apa-apa yang kurang elok kerana ada yang faham bahasa kita een..huhu.. kakaka..😰




Memang sudah lama berangan-angan untuk ke New Zealand.  Dreams do come true.  Terimakasih encik suami serta dengan izin dari Allah swt kami tiba dan pulang dengan selamat.  
Alhamdulillah.. 😍😍


Jumpa lagi di entri yang lain.  Di rumah tamu di "The World's Last Pure Land" di Auckland atau nak sambung kisah keretapi ayam di Egypt dulu yang belum habis kisahnya lagi.  

Inshaa Allah.. jika mood menaip ada mari 😊

KIAORA!




Comments

  1. salam kenal sis..
    i tgk yr blog while searching about Cheng Mai.
    thanks for the story and tips.
    now u dah ke NZ. pun cantik2 gambar2 nya..
    nice sharing..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?