Posts

Showing posts from July, 2017

Egypt : Tanta - Ahlan Wa Sahlan Ya Ummi Ya Abbi

Image
Assalam Masih di bulan Syawal 1438H yang mulia.  Maaf jika tangan tidak sempat bersalam, setidaknya ada kata-kata yang masih boleh diucapkan. "Taqabballahu Minna Wa Minkum.. shiyaamana wa shiyamakum. Kullu’aamin wa antum bi khoir, Minal Aidil Wal Faizin, Mohon Maaf Lahir & Batin dari Hj Azlan dan saya sekeluarga". Wahh.. lama sungguh tak bersiaran.  Bukan berhabuk bersawang lagi.  Nyaris tak mereput sahaja blog saya yang berlama tanpa entri ini.  Rindu untuk menyapa memberi khabar berita. Senyap sepi seolah menjauhkan diri kata mereka.  Apa nak dikata.  Mujur keinginan untuk bercerita masih ada. .. alhamdulillah. Berkesempatan menjejakkan kaki ke Tanta di bumi para anbiya` di Mesir sempena graduasi kaklong pada pertengahan bulan Februari yang lalu merupakan memori indah penuh rasa bersalah namun bukan pula menjadi penyesalan di dada. Sedikit gambar-gambar sempena hari graduasi sebagai intro dahulu.  Tahniah kepada kaklong dan sahabatnya semua yang