Mekah/Madinah : Salam 2017


Assalam 
Lama tidak berblogging.. 

Salam Tahun Masihi 2017
Entri terkini ialah perjalanan umrah dan ziarah ke Mekah dan Madinah pada 22/12/16 - 2/1/2017 yang baru lalu bersama kakak-kakakku Pn Noraini, Pn Norlaila dan sahabat baiknya Pn Norsiah serta suami En Azman dan abang iparku Tn Hj Jamal serta mutawwif kami Tn Hj Harun yang sangat berusaha dan menjaga kebajikan kami serta jemaah2 sekumpulan yang lain.  

Di jemput oleh-Nya ke sana lagi adalah seumpama berjaya  menggapai bintang.  Meleraikan impian rindu serindu-rindunya hatiku untuk ke sana lagi setelah lebih 12 tahun.  Bersyukurlah.   Moga kita akan dijemput lagi dan lagi dan lagi dan lagi.  Moga Allah swt memakbulkan doa-doa kita semua.  Aamiinn. .. aaminn  ya rabbal alamiinn.


Salam dari Masjidil Haram, Mekah al Mukarramah #umrah2016
Alhamdulillah.. kini telah kembali sihat dari ole-ole batuk dan demam yang dibawa balik akibat cuaca yang tidak menentu dan badan yang lelah segala. 


“Tiada seorang mukmin yang ditimpa oleh kepenatan atau penyakit atau risau fikiran atau sedih hati, walaupun jika terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan dijadikan penebus dosanya oleh Allah” (HR Bukhari-Muslim). 

Terimakasih di atas doa dan segala kiriman dan titipan, telah saya bawakan semuanya ke sana. Moga segala ibadah, amalan dan doa kita semua diterima oleh-Nya. Aamiin...


Siapalah yang tidak rindu untuk kembali lagi.. T_T

Touch-down 2016/2017  menuju-Mu ke *Haramain-Mu di blog ini sebagai "penambah semangat" untuk ke sana lagi.  Dulu orang tua-tua berpesan jangan "over" bercerita apa yang kita telah lakukan disana.  Takut akan menjadi riak, takbur segala.. maka sia-sialah segala usaha kita.  

Kini saya pun sudah tua, sudah berusia separuh abad, hidup lebih dari lima dekad dan merasakan  dengan berkongsi sedikit gambar inshaa Allah mungkin dapat menarik minat "to all the young readers" dan menjadi pemangkin untuk mengajak semua sahabat saudara seagamaku untuk lebih teruja berjimat cermat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk datang menyahut panggilan-Mu ke sana Ya Allah dengan izin-Mu jua.  Jangan tunggu ... ingatlah lima perkara sebelum lima perkara.

Baitullah.  Di situlah kiblat kepada semua umat islam ketika mendirikan solat.  #umrah2016

Sisters
"None has the right to be worshiped but Allah alone, Who has no partner. He is the dominion and He is the praise. He brings life and He causes death, and He is able to do all things." (Ten times after the Maghrib and Fajr prayers.) - At Tarmizi



Inilah dia Hajarul Aswad. Foto courtesy w~athaker. Batu hitam dan hidup yang berasal dari syurga yang telah wujud dari zaman nabi Adam a.s dan Hawa lagi, dalam keadaan putih berkilau pada asalnya. Dan akan menjadi saksi keikhlasan kita di akhirat nanti. Ia terletak dipenjuru kaabah di tempat dimana kita akan memulakan dan mengakhiri setiap tujuh pusingan kita semasa mengerjakan tawaf. Juga salah satu tempat mustajab untuk berdoa.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Hajarul Aswad itu diturunkan dari syurga, warna lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.”

Menurut Khalifah Umar Al-Khattab ia hanya sunnah Nabi Muhammad s.a.w untuk mencium Hajarul Aswad. Jika berpeluang kucuplah, tetapi janganlah sampai berebut hingga menyusahkan dan menyakitkan orang lain hingga menjadi dosa pula. 

Kisah riwayat-riwayat di atas disebutkan semula oleh Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad al-Azraki (M.224 H/837 M), seorang ahli sejarah dan penulis pertama sejarah Mekah. Tidak ditemukan informasi yang jelas tentang siapa yang meletakkan Hajar Aswad itu pertama kali di tempatnya di Kaabah; apakah malaikat atau Nabi Adam a.s. Petikan dari blog Jalan Akhirat.

Juga mengikuti lawatan ke Muzium Mekah yang menyimpan pelbagai sejarah dan khazanah agung di antara dua masjid, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang tersohor di dunia ini.

“Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam”. (QS. Al Imran: 97)

Salam dari Masjid Nabawi, Madinah al Munawarah

Di musim dingin ini payung di luar tidak berkembang

Alkisahnya ketika menjelang maghrib pada hari Khamis malam Jumaat di dalam masjid Nabawi. Ramai jemaah dari negara lain bersiap sedia untuk berbuka puasa di masjid.  Kami juga sebenarnya sedang bersiap sedia untuk misi ke Raudhah selepas solat isya'.

"Nampak sedap dan gebu betul rotinya" kata kakak @norlailaayat . Tiba2 ada sahaja yang menghulurkan roti di depan mata kami.. bukan hanya sekeping tetapi tiga keping roti. Tiga mangkuk fresh yogurt diberi pula untuk dicicah dgn roti. Siap tunjuk demo lagi bagaimana cara nak memakannya. Alhamdulillah.  Sebenarnya teringin nak rasa je bila tengok mereka bersiap-siap hendak berbuka bersama.  Alhamdulillah..  semua yang duduk berdekatan semuanya dapat merasa seorang sekeping roti ๐Ÿ˜† 
Mode: cicah kari kambing lg power ekk.. (mak over)

Sedulang Nasi Mendi

Ketika di Makkah pula, mutawwif mengajak kami semua untuk menikmati Nasi Mendi di Mat'am Hydramawt Aziziah. Bertolak ke sana dengan tambang 5 riyal seorang dengan menaiki beberapa buah teksi beramai-ramai. 

Tiada tandingan dari segi rasanya di mana-mana saingannya "makan nasinya sahaja pun sudah sedap" kata mereka. Namun ke restoren biasa nasi Arab di seksyen 7, di Masjid Negeri, Zam Zam restoren atau di Buner Copana pun sangat sedap juga rasanya bagi saya. 
#tiadapinggan,makanatasplastiknipis#photobyAzie

Namun setiap sajian makanan di hotel yang disajikan oleh tukang masak dari Pattani di Mekah/Madinah habis sahaja saya makan dan tidak pernah membazir. Alhamdulillah terimakasih di atas rezeki ini yang memberi tenaga kepada kami untuk terus kuat dan sihat untuk beribadah.  
Jabal Rahmah
"Semoga yang belum bertemu jodoh..cepat-cepat mendapat jodoh dengan pasangan yang baik untuk membina keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah.  Semoga yang sudah berumahtangga juga akan kekal bahagia hingga ke Jannah ๐Ÿ’‹๐Ÿ‘Œ " Aamiinn.
Mount Arafat or Mount Arafah (Arabic: ุฌุจู„ ุนุฑูุงุช‎; transliterated Jabal 'Arafat) is a granite hill east of Makkah. It is also known as the Mount of Mercy (Jabal ar-Rahmah). The hill is the place Muslims believe the Islamic prophet Muhammad stood and delivered the Farewell Sermon to the Muslims who had accompanied him for the Hajj towards the end of his life. It reaches about 70 m in height"


Lawatan pertama kali saya ke Muzium Madinah.  Muzium yang berbaloi untuk dilawati bagi mendapatkan banyak ilmu pengetahuan tentang sejarah Islam terutamanya sejarah sebelum dan selepas penghijrahan  Nabi Muhammad saw ke Madinah.  Ia juga menempatkan barang-barang lama dan antik.  Dahulunya bangunan ini ialah bangunan stesen keretapi lama.  #amustvisitinmadinah ๐Ÿ˜
Madinah Museum.  Manual calendar for tracking days and month.
Mode : cute ehh..such a gem! 
Rindu dah dengan ahli-ahli grup umrah kami. 12 hari bersama-sama melewati panas dingin, sendu hiba dan pelbagai lagi tragedi suka duka ketika mengerjakan umrah dan ziarah seperti sudah menjadi saudara mara gamaknya. Kami yang bertiga memang bersaudara kandung bersama abang ipar namun silaturahmi bersama yg lain ini semoga  terus berkekalan w/pun telah jauh dimata kini, tetapi akan snntiasa dekat dihati dengan adanya wassap grup kita ... ❤❤❤❤

Jabal Magnet.  Fenomena menarik terkini di Arab Saudi iaitu Gunung Magnet (Jabal Magnet). Jabal Magnet terletak sekitar 30 km di utara Madinah dan katanya memiliki gaya tarik bumi (yang salah disebut sebagai magnet, padahal graviti).
Drebar bas kami membuat demo apabila enjin bas dimatikan, bas masih boleh bergerak meluncur ke hadapan dgn hanya perlu mengawal stereng sahaja kerana ditarik oleh kuasa magnet. 
Wallahu a'lam....

Jabal Uhud.  Nabi Muhammad saw memandang ke Uhud sambil bersabda,”Sesungguhnya Uhud adalah gunung yang sangat mencintai kita, dan kita pun mencintainya.” dar Anas r.a (HR. Muslim : 1393).

"Mudah-mudahan salam sejahtera atasmu wahai para syuhada Uhud. Ya Allah, berilah mereka semua ganjaran karena Islam dan para pemeluknya dengan ganjaran yang paling utama dan tinggikanlah darjat mereka dan muliakanlah kedudukan mereka dengan keagungan-Mu dan kemurahan-Mu, wahai Tuhan Yang Paling Pemurah.” Aamiinn.

Jabal Tsur atau Gunung Tsur memiliki tiga puncak yang bersambungan dan berdekatan. Di salah satu puncak Jabal Tsur itulah terdapatnya Gua Tsur. Gua Tsur merupakan tempat perlindungan Rasulullah saw dan sahabatnya, Abu Bakar ra. Rasulullah saw dan Abu Bakar ra bersembunyi dari dikejar oleh kaum kafir Quraiys. 

Ladang unta di Shumaisy, Makkah
Q : apakah nama unta nabi Muhammad saw?
A: Nama unta (betina)-nya adalah al-Qashwa atau disebut pula al-Adhba’.
Mode: persediaan kalau ustaz tanya..nnt dpt hadiah .. hihi.. ๐Ÿ˜… 

Dialog antara the sisters.. 
norlailaayat : Tuulaa hari tu, tunggu ustaz tanya...dah ready nama tu.... Pastu mesti dia lupa... Ingt bole dpt hadiah...๐Ÿ˜€
rehanayat :  Pun dah ready jugak..hahaha. ..ingat nk bolot hadiah sorang2 @norlailaayat  ..huhu


Ada juga yang melakukan lawatan mendaki gunung ke Jabal Nur dimana terletaknya gua hira` yang menjadi sejarah penting kepada umat Islam dimana Nabi Muhammad saw menerima wahyu pertama dari Jibrail, menjadi nabi dan rasul serta ayat Quran surah Al Alaq 1:5 yang pertama diturunkan,   melewati Mina, Muzdalifah, Muaissem, juga menunaikan solat di masjid Hudaibiyah yang tidak pernah berubah sama seperti dahulu, masjid Jaaranah untuk bermiqad sebelum menunaikan umrah, solat di masjid Quba` masjid pertama didirikan di atas dasar takwa, lawatan ke kebun kurma, pasar kurma dan lawatan ke kedai-kedai yang berderet sepanjang balik ke hotel adalah satu kemestian bagi para jemaah.  Tidak lupa juga untuk singgah ke Makkah Tower di hadapan al haram yang menjadi syurga membeli-belah bagi yang berkemampuan.   Restoren D`Saji dan KFC juga ada berdekatan.  

Masjid Quba' terletak 5km di sebelah tenggara Madinah.  Menurut Hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu bin Sahl bin Hunaif ra, ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba, lalu ia solat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah”.( HR. Tirmizi no. 298. Ibnu Majah no. 1401)


*Haramain (dari bahasa Arab: ุงู„ุญุฑู…ูŠู†, "The Two Sanctuaries"), digunakan sebagai sebutan tradisi kepada kedua-dua kota suci Islam iaitu Mekah dan Madinah.  Jemputlah kami lagi untuk datang lagi ke Haramain-Mu.  Aamiin...

“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan ‘umrah karena Allah.” (QS. Al Baqarah: 196).

Yang ditinggalkan dahulu.  Jaga ayah baik-baik ya!

Terimakasih sayang .. 
Tidak lupa juga ucapan terimakasih kepada en suami dan anak-anak kaklong, kakngah, abang, kakak dan een. Love you all forever. Tanpa izin dan doa-doamu tidaklah saya sampai ke sini lagi. Syukur alhamdulillah.

Tidak lupa juga.  Again...sanah helwah sygku Dr Amirah! @miranabilazlan ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜™๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜ we'll be there soon ❤
6 tahun tidak dapat meraikan birthday bersama-sama kerana berada jauh di perantauan.  Terimakasih kerana bersungguh-sungguh belajar dan mendapat kejayaan yang cemerlang kerana Allah swt.  Semoga senntiasa dilimpahi rahmat dan kasih syg dari Allah swt. Dan semoga cepat jodohnya.  Aamiin.. #countingdays#mutunggu#roadtograduation
#egyptturkeybosnia#firstborn#firstlove

Dari hadis ‘Aisyah ra, ia berkata, “Wahai Rasulullah, apakah wanita juga wajib berjihad?” Beliau Rasulullah saw menjawab, “Iya. Dia wajib berjihad tanpa ada peperangan di dalamnya, yaitu dengan haji dan ‘umrah” [4]. HR. Ibnu Majah no. 2901, sahih


SEMOGA BERMANFAAAT

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?