Posts

Showing posts from March, 2016

Bali : Menganyam cinta bersepeda motor di Kuta

Image
As salam Setelah 3H 2M bersantai-santaian di Ubud dan persekitarannya dalam misi menghabiskan lawatan ke "Top 10 Places to Visit in Bali" akhirnya kami tiba di Kuta. Melepak penat.. Kami menginap di sini. Share holder katanya.   Kuta terletak di Selatan Bali, Indonesia.  Dulunya ia merupakan sebuah  perkampungan nelayan sebelum bertukar menjadi destinasi pelancongan di antara yang paling terkenal di Indonesia.  Ia dikenali di seluruh dunia kerana pantainya serta pelbagai kemudahan moden yang disediakan seperti banyaknya restoren dan bar dan juga menjadi tarikan pelancong yang  datang terutamanya dari Australia untuk aktiviti meluncur papan melawan ombak.  "Surfers Paradise" katanya... to surf the BIG waves.  Menjinak ombak kataku. Surfing board untuk di sewa Ia juga terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Ngurai Rai.  Namun apa yang menjadikan Kuta semakin dikenali di seluruh dunia adalah peristiwa pengeboman yang tragik di sana &qu