Best of Bali : BatuBulan, Tegallalang, Kintamani dan Sukawati.

As salam

Masih lagi di Ubud.  

Tidaklah ke Bali katanya jika tidak menyaksikan persembahan Sahadewa Barong Dance yang terletak di Batubulan, Gianyar.  Ia dibuka pada setiap hari bermula dari pukul 8.30 pagi hingga ke 8.00 malam.  Setiap pertunjukan memakan masa lebih kurang 2 jam.   Bayaran masuk dikenakan. 

Persembahan pentas ala teater oleh pelakon-pelakon bersama kumpulan pemuzik yang mengiringi penceritaan drama  ini sehingga habis. Ia mengenai hikayat Barong dan Rangda makhluk mithologi.  Ada watak antogonis, protagonis dan tritagonis.  Keknis je yang tader..hahaha.. (tak faham? jangan segan bertanya) Pertarungan kebajikan vs kebatilan. Melopong jugaklah menyaksikan persembahan mereka. Melopong bukan kerana terlalu teruja tetapi "blurr" kerana tidak memahami dialog  yang dipertuturkan di dalam bahasa Bali.  

Namun begitu setiap penonton dibekalkan dengan sinopsis terjemahan untuk mengetahui jalan cerita. Kami dari Klang, non dari Semerang, mas dari Jakarta dll di beri terjemahan berbahasa Indonesia sementara pelancong dari Peranchis di sebelah saya diberikan terjemahan berbahasa Inggeris. Main agak-agaklah dari satu scene hingga ke satu scene sehingga habis persembahan.

Penari yang jelita mengalu-alukan kedatangan para pelancong.

Watak asal Barong sebelum ia berubah rupa

Hanoman yang menyerikan persembahan dengan adegan lawak jenakanya

The orchestra dengan persembahan gamelan dan gendangnya.  





Tepukan gemuruh untuk persembahan yang menakjubkan.  Kesimpulannya kesemua pelakon-pelakon ini memang tersangat berpengalaman berdasarkan dari paras rupa yang tersangat veteran ..huhu.. Mungkin mereka menganggotai kumpulan ini sejak mula ia ditubuhkan.  Mungkin belum ada pelapis atau belum ada pelakon muda lain yang dapat menandingi tahap lakonan mereka.  Wallah hu aklam.

Ada gaya tak?  Melentik 360 deg katanya...hahaha...
Kade, si pemandu pelancong mencadangkan kami untuk melawat  pura atau kuil-kuil hindu yang menjadi tarikan pelancong ke Bali.   Sebenarnya kami tidak bercadang pun untuk melawat ke mana-mana pura pun di dalam trip kali ini. Cukuplah jika sekadar melihat candi Borobudur dalam perjalanannya dulu kata en suami. Namun akhirnya kami singgah juga ke sebuah Pura sekadar untuk melihat seni binanya.    
Pelancong dikehendaki untuk memakai kain sarong tidak kira lelaki atau perempuan sebagai menghormati tempat suci mereka.  Masuk adalah percuma.  Namun tabung  ada disediakan untuk yang ingin menderma.  

Di hadapan pintu gerbang ke Pura Puseh

Persembahan muzik gamelan menyambut ketibaan pelancong di wakaf yang disediakan untuk tontonan umum.

Terpesona dengan keindahan lanskap di sini yang dipenuhi dengan pokok-pokok kemboja pelbagai warna.  

Namun kami tidaklah berlama di sana kerana masih banyak lagi tempat yang perlu kami lawati dengan misi menghabiskan "Top Places to Visit in Bali" dalam masa dua hari sahaja.  Maka masa itu sangat berharga bagi kami.  


Sedikit selingan alkisah "morning walk" kami di Jalan Hanoman sebelum memulakan aktiviti penjelajahan.

Melihat longgokan tanah hitam di sepanjang jalan raya di depan Jangkrik.  Beberapa orang wanita berkudrat luarbiasa menjunjung tanah hitam itu di atas kepala.  Serentak berfikiran yang sama dengan en suami " Bestnya tanah ni... mesti tanah hitam dari  sumber gunung berapi.  Amat subur untuk tanaman"  Melihatkan tahap kesuburan kebanyakan tanaman yang tumbuh di sini. 

Namun nyata tekaan kami meleset segala.  " Ini bukan tanah hitam buk.. ini pasir hitam untuk bikin konkrit bangunan."
Mode: Oooooh...
Verdict : Patutlah bangunan disini semuanya nampak "dark, antic and a bit scary"... tak ku tahu ada pasir hitam untuk dibancuh dengan simen selain dari pasir hitam angkara Beras Terbakar di Langkawi.  

Melepas lelah


Kemudian kami mengharungi perjalanan yang jauh.. pejam celik pejam celik tapi masih tak sampai-sampai hanya untuk menikmati makan tengahari di Rumah Makan Tepi Danau berlatarbelakangkan pemandangan Danau dan Gunung Batur di Kintamani.  Ruang solat ada disediakan di tingkat bawah untuk kemudahan menunaikan solat.

Gunung Batur Kintamani Bali merupakan salah satu gunung berapi di Bali yang masih aktif yang di fungsikan sebagai tempat pelancongan.   Dengan ketinggiannya 1,717m   dari paras laut dan menjadi tempat dambaan bagi para pendaki. Kali terakhir ia meletus ialah pada tahun 2000.


Pemandangan yang sungguh indah ditambah lagi dengan suhu yang sejuk dan nyaman.  Di atas gunung dan di bawahnya danau.  MashaAllah... dengan melihat keindahan ini kita akan dapat melihat kebesaran Allah SWT.

Pelancong boleh menikmati hidangan secara buffet di dalam restoren atau duduk di meja panjang di luar restoran sambil melihat keindahan alam.
Buffet lunch halal di Rumah Makan Tepi Danau. 315k rupiah untuk dua orang.  Pelbagai jenis masakan Bali ada disediakan.  Ada yang sedap dan ada sebaliknya.   Bersyukurlah kerana ia halal.  Tidak lupa "our" Kade juga mendapat lunch gratis(free) disediakan oleh pihak restoren kerana membawa pelancong singgah makan di situ.  Kiranya "win win situation".. Gitulah ceritanya.


Bersaksikan gunung, kawah dan danau di luar jendela.  Makan biar sampai kenyang.  


Bali hanya mempunyai empat buah danau sahaja. Danau Batur ini merupakan danau paling luas yang ada di Bali.  Berada pada ketinggian 1.050m di atas permukaan air laut. Air danau ini sangat alami karena berasal dari air hujan dan rembesan air dari hutan yang ada di pergunungan. Luas permukaan danau ini sekitar 16km persegi dengan kedalaman bervariasi purata kedalaman 50.8 meter. Perkhidmatan berperahu sambil memancing ada disediakan. Petikan dari wiki.


Honeymoon katanya

Tegallalang Rice Terraces in Ubud is famous for its beautiful scenes of rice paddies involving the subak(traditional Balinese cooperative irrigation system), which according to history, was passed down by a revered holy man named Rsi Markandeya in the eighth century. Tegallalang forms the three most splendid terraced landscapes in Ubud's shared region, with the others being in the villages of Pejeng and Campuhan. Petikan wiki.


Masha Allah..
Monopod jangan lupa ya... we-fie!


Tegallang alone has an outlook that spreads down before you and away to the rice terraces on the slopes across the valley. The high roadside location is cool and breezy and it is a well-known spot for tourists to stop and take photos. Petikan wiki.

Gayat dan kecut perut dalam usia sendu ini untuk turun menyaksikan panorama indah di kaki bukit yang jalannya penuh berliku  ini.  Namun ku gagahkan kaki walau hati berbelah bahagi... chewahh!  Pergh... natnya....hahaha


Painters and nature lovers also enjoy visiting this spot, and there are numerous art kiosks and cafes near the ledge offering their ware.  Yuk! mampir...

Deretan gerai jualan untuk berbelanja


Sedikit tips untuk yang tidak sempat ke Tegallalang Paddy Terrace.  Ngurah Rai Airport ada sahaja menyediakan poster yang besar dan gah ini untuk kita berposing bersama yang tersayang.  Kalau berdua tidaklah malu sangat untuk berposing.  Krik..krik.. hahhaa..

#no hashtag
Kami mengakhiri perjalanan pada hari ini dengan menuju ke Pasar Sukawati yang terkenal itu dengan misi mencari hasil karya yang menarik untuk di bawa pulang. Foto menarik di Sukawati akan menyusul di entri yang lain.  InshaAllah semoga berjumpa lagi.

"Walau dengan siapapun Allah SWT jodohkan kita, bersyukurlah dengan kelebihannya dan bersabarlah dengan kekurangannya "- salin tampal dari @jom dakwah.

Tata titi tutu

Comments

  1. Assalamualaikum sister... gambar yag last2 kat gunung tu, nampak sangat letihnya he he.. tapi tentu syiokkk bercuti berduaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam syg che mid.. 2L tu. Letih dan Legam..huhu..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?