Posts

Showing posts from February, 2016

Best Of Bali: Tanah Lot,Nusa Dua, Uluwatu dan Jimbaran

Image
As salam Hari terakhir di Ubud. Ubud terletak lebih kurang 38km dari Ngurah Rai Int Airport dan mengambil masa hampir 1 1/2 jam perjalanan dengan menaiki kereta.  Semua jalanraya ke Bali akan menuju ke Ubud.  Terpulanglah kepada anda bagaimana untuk mendapatkan pengangkutan kesana. Melalui ejen pelancongan anda  atau berurusan di hotel yang pastinya lebih mahal dari berurusan sendiri di jalanan. Ataupun pilihan lain seperti kami yang menyewa sendiri kereta dan membayar pemandu dengan kadar untuk sehari perkhidmatan.  Pay per day for the services.  Kita tidak terikat dan bila penat boleh lepak berehat di hotel.  It's up to you... Sedikit tentang sejarah UBUD yang telah di update dan bagaimanakah Ubud mendapat namanya,   boleh dibaca di entri ini   Best Of Ubud   Jangan malu untuk mampir  menuai padi di sawah bendang kala langit sangat indah di Kabupaten Bangli.  MashaAllah... lihatlah kebesaran Allah SWT.   Note:  bukan senang pak drebar kita nak bua

Best of Bali : BatuBulan, Tegallalang, Kintamani dan Sukawati.

Image
As salam Masih lagi di Ubud.   Tidaklah ke Bali katanya jika tidak menyaksikan persembahan Sahadewa Barong Dance yang terletak di Batubulan, Gianyar.  Ia dibuka pada setiap hari bermula dari pukul 8.30 pagi hingga ke 8.00 malam.  Setiap pertunjukan memakan masa lebih kurang 2 jam.   Bayaran masuk dikenakan.  Persembahan pentas ala teater oleh pelakon-pelakon bersama kumpulan pemuzik yang mengiringi penceritaan drama  ini sehingga habis. Ia mengenai hikayat Barong dan Rangda makhluk mithologi.  Ada watak antogonis, protagonis dan tritagonis.  Keknis je yang tader..hahaha.. (tak faham? jangan segan bertanya) Pertarungan kebajikan vs kebatilan. Melopong jugaklah menyaksikan persembahan mereka. Melopong bukan kerana terlalu teruja tetapi "blurr" kerana tidak memahami dialog  yang dipertuturkan di dalam bahasa Bali.   Namun begitu setiap penonton dibekalkan dengan sinopsis terjemahan untuk mengetahui jalan cerita. Kami dari Klang, non dari Semerang, mas dari Jakar