Salam dari Bali

As salam

Lama dah tak bersiaran.

Sibuk sangat ke? katanya.

Saya rindu sebenarnya.. sebab lama dah tak menyapa  semua. Lama dah tak menekan papan kekunci PC saya ini.   Harap semua followers dan silent readers sekalian berada di dalam keadaan sihat wal afiat hendaknya.  Aamiin...

Klisenya "up-entry" hari ini just nak bertanya khabar sahaja,  Jadilah.. dari sepi tanpa beritakan. Touch-down katanya.

Sempena tahun baru Masihi 2016 ni .. marilah kita buat spring cleaning dulu.  Kita tukar gambar "header" blog dulu.  Bosan juga asyik melihat header yang sama.  Ada aku kisah katanya.  Ya.. memang saya kisah!  :D

Mengakhiri 2015 dengan percutian "extreme" ke Bali pada akhir Disember lalu, meninggalkan jejak kenangan yang berbeza dari siri jejak-jejak perjalanan yang kami lalui dahulu.   Mr hubby dan saya hanya pergi berdua sahaja dan tidak membawa anak-anak.

Salam dari Bali
Jangan berkecil hati  kerana tidak mempelawa semua bercuti sama ke sana.   "Ate nak gi berhoneymoon. Takkan nak bawa kome semua."

Kami menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 25 pada 4hb November yang lepas. Melupakan kesibukan bekerja sambil melepaskan lelah.   Mencipta memori hanya bersepeda motor menganyam cinta mengelilingi Kuta.  Berdua sahaja adalah lebih baik.

En suami yang telah dua kali  ke Bali dalam urusan kerja sebelum ini terkesima dengan Ngurah Rai International Airport (Indonesian: Bandar Udara Internasional Ngurah Rai) yang telah di naik tarafkan.  Lebih gah katanya.
Emak apatah lagi... "MashaAllah... kok cantik dan tenang bangat airportnya..WoW...." bermonolog. 


Also known as Denpasar International Airport, it is the main airport in Bali, located 13 km south of Denpasar. Ngurah Rai is the 3rd busiest airport in Indonesia afterSoekarno–Hatta International Airport and Juanda International Airport. The airport has category IX and is capable of serving aircraft up to the size of Boeing 747-400.[1]  dari petikan wiki. Memang besar dan hebat!  Terasa berada di UK pula kerana rata-rata pelancong adalah bule* dari benua Eropah dan Australia. 


*Bule (pronounced [ˈbule]) is a commonly used word in Indonesia to describe a foreigner, especially people of European descent. Many dictionaries point out that the strict definition of the word is albino.
Salam dari Lombok
Dari Bali kami juga telah merancang perjalanan untuk ke Lombok dan melawat Gili Trawangan. MashaAllah..subhanAllah.. betapa cantiknya alam ciptaan Allah swt.  Laut dan pantai yang belum lagi tercemar oleh kerakusan manusia.
Salam 2016
Sedikit calitan dulu dari saya buat mengubat rindu. InshaAllah... akan berceloteh lagi dengan izin-Nya di entri yang lain di sepanjang jalan kenangan di Bali.  

Jaga diri!  Semoga kita semua senantiasa di dalam peliharaan Allah swt. aaminn...


"Allah SWT tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar dan mentari selalu bersinar, tapi ketahuilah bahawa Allah SWT selalu memberi pelangi di setiap badai, senyuman di setiap tetesan air mata serta berkah di setiap cobaan dan jawaban di setiap do'a." -  Cahaya Ilahi 12 July 2012 

Jumpa lagi

Comments

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?