Home Sweet Home.. :)

As salam

Moga belum terlambat hamba nak ucapkan "Ramadhan Kareem" di hari-hari terakhir di bulan yang sangat mulia ini kepada semua follower dan silent readers yang disayangi.  Dan jawablah "Allah hu Akram" ehh..  Moga amalan kita yang tak seberapa disepanjang hayat yang masih bersisa ini  diterima oleh Allah swt..aamiin.   JOM kayuh laju-laju lagi menuju-Nya..  

Dan sementara dah berkesempatan upload entri ini, maka terimalah ucapan SHRMZB dari saya sekeluarga.  Halalkan segala makan dan minum dan hutang piutang jiko ado dan rasanya dah takdo sapo2 yang den utang lagi kot.  Hutang kuih raya pun dah bayaw tadi.  Kelas kau Itaaa... bayar duit kuih raya pun pakai "bank in ".  :D

Minta maap juga kepada jiran tetangga kerana lama tak bersua muka hanya sekadar "hai hai bai bai" di jendela kereta sahaja.  Minta maap juga kepada peniaga2 di bazar Ramadhan kerana tidak turun mencemar duli di tapak bazar.  Panas kemain kot sekarang ni... den tak tahan.  :(

Untuk yang bertanya khabar.. alhamdulillah... saya kini baik-baik sahaja setelah "berhempas pulas" melaksanakan misi "Rumah Manis Rumah" bersama encik hasben yang tercinta.  Mengharungi pelbagai rintangan demi untuk sebuah rumah yang dibina di atas tanah sendiri.  Terimakasih Allah swt di atas anugerah dunia ini.  Jika dirimu diuji dengan ujian dan dugaan itu bermaksud Alllah swt sayangkan kita. Jangan pernah lupakan itu.  Juga terimakasih di atas doa dari anak-anak yang jauh bermusafir di perantauan.  

Untuk semua yang senantiasa mengingati diri ini.. TERIMAKASIH CINTA!. 
Mode:  Ini bukan ucapan anugerah pemenang Pencetus Ummah ekk.. ;)

Shopping baju??  Manada manada..  saya cuma shopping gobok buku ni jer untuk tahun ini.  No baju-baju  raya baru for me lagi. Dan dun worry .. shopping untuk  makcik kecik berdua tu..alhamdulillah.. dah selesai.  

Tahniah dan terimakasih untuk encik hasben <3! Kesabaran dan titik peluh serta wang ringgit segala usaha demi untuk memiliki rumah idaman 'rekaan sendiri'  dengan izin Allah swt akhirnya menjadi nyata.   Moga anak cucu cicit kita nanti akan menghargai usaha -usaha ini ..aamiin
Inilah "Rumah Manis Rumah" kami. Sudah siap sepenuhnya binaannya hanya perlu diperkemaskinikan sama ada  di dalam dan luarannya juga.  Mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk memuaskan hati saya kot.. moga ada umur yang panjang dalam keberkatan.. aamiinn.    JOM pindah!!  amboiiii... 


Atap pergola for the back gate pun dah siap. Raya tahun ni JOM bergaya di depan ni nak?
Projek ternakan "cow grass"  alhamdulillah tumbuh subur.. despite of the cuaca panas melampau kini.  Bukan bulan Ramadhan jika cuaca sejuk kan kakak?   Di Jepun pun panas, apatah lagi di Mesir.  Di Paris punnn... 

InshaAllah... tahun depan moga bunga-bunga di taman saya se cantik taman di atas. Cita-cita BESAR mesti ada yong oi!! aamiinn... Moga ada kudrat!!  
Note :  Encik Hasben.. ai nak taman yang camtu.. ;))

Lauk sahur  dulu kelmarin... bilis cili goreng garing + petai = tak nampak pak mentuo lalu dah... 

Teh bunga.. faveret  untuk iftar

Kalau ada yang tertanya-tanya.. saya ada sahaja di akaun Insta ini untuk update terkini.  Walau agak private..  boleh  follow juga.. :)

Akhirnya... terimalah lagu raya evergreen feveret saya dari Puan Sri Saloma untuk semua.. SEMANGAT!!

Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramadan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

(Korus 1)
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Selamat hari raya
Pada saudari saudara semua
Marilah dengan gembira
Merayakan aidilfitri yang mulia

Di sana kelihatan
Bermacam kuih ketupat dan rendang

Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Dam dam dum bunyi mercun
Kanak-kanak segera datang berduyun
Dam dam dum mercun berdentum
Semaraklah hari raya ini tahun

(Korus 2)
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat mari ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat hari raya!

[ Saloma Lyrics are found on www.songlyrics.com ]

"Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu" (Riwayat Muslim)

Andai ini Ramadhan terakhir... maafkan saya..    

T-T

Comments

  1. Salam Aidil Fitri kak..maaf zahir batin...
    Alhamdulillah rumah dah siap.. cantik nya kak.. dapat raya di rumah baru lah kan... seronoknya! :)
    salam syg dri bumi Sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya MZB juga utk aTie yang jauh disana. Belum pindah lagi but soon going to.. inshaAllah. Moga dipermudahkan oleh Nya. aamiin... Kalau turun semenanjung jemputlah datang.. slm syg dari akak juga :)

      Delete
    2. Salam Aidil Adha kak..moga sihat2 shj hendak nya..:)

      Delete
    3. Atie.... rindu lama dah tak berblogging.. harap atie sihat juga

      Delete
  2. Alhamdulillah...cantik Rumah akak.tercapai gak cita2 akak n husband tu.moga dimurahkan lg rezeki akak sekeluarga.aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih elin... alhamdulillah.. setelah berbagai pancaroba ..(cewahh) siap juga lah teratak hamba ini sebelum uban di kepala penuh semua. :D kikiki,,

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?