Posts

Showing posts from July, 2015

Home Sweet Home.. :)

Image
As salam Moga belum terlambat hamba nak ucapkan "Ramadhan Kareem" di hari-hari terakhir di bulan yang sangat mulia ini kepada semua follower dan silent readers yang disayangi.  Dan jawablah "Allah hu Akram" ehh..  Moga amalan kita yang tak seberapa disepanjang hayat yang masih bersisa ini  diterima oleh Allah swt..aamiin.   JOM kayuh laju-laju lagi menuju-Nya..   Dan sementara dah berkesempatan upload entri ini, maka terimalah ucapan SHRMZB dari saya sekeluarga.  Halalkan segala makan dan minum dan hutang piutang jiko ado dan rasanya dah takdo sapo2 yang den utang lagi kot.  Hutang kuih raya pun dah bayaw tadi.  Kelas kau Itaaa... bayar duit kuih raya pun pakai "bank in ".  :D Minta maap juga kepada jiran tetangga kerana lama tak bersua muka hanya sekadar "hai hai bai bai" di jendela kereta sahaja.  Minta maap juga kepada peniaga2 di bazar Ramadhan kerana tidak turun mencemar duli di tapak bazar.  Panas kemain kot sekarang ni... den ta