Thai : Forbidden love in Golden Triangle

As salam..

SubhanAllah Walhamdulillah Walaa ilahaillah hu Allah hu Akbar

Memulai entri kali ini dengan memohon doa, mohon menghulurkan bantuan dan juga mengingati mangsa tragedi gempa bumi di Nepal yang berlaku pada tanggal 25 April yang baru lalu. Tanpa mengira apa agama atau bangsanya. 

Ingatan dan kenangan  yang indah untuk  yang pernah ke Kathmandu dan Pokhara di Nepal, kini mungkin merupakan mimpi paling ngeri bagi mereka yang menghadapi situasi di sana kini. Semoga kehilangan sekelip mata dan pencarian mangsa-mangsa ini akan segera dapat di atasi. Semoga tragedi ini memberikan keinsafan kepada kita semua.   Hanya doa dan pengharapan ke hadrat Allah swt semoga semuanya akan baik-baik semula dengan bantuan kemanusiaan dari insan sejagat di serata dunia. Ameen..

Entri kali ini masih lagi di Thai.  Kita menjejaki Golden Triangle atau Segi Tiga Emas.   Saya masih menganyam kenangan di sepanjang jalan lagi di Land of Roses ini... let me be please!

Dihadapan pintu gerbang Asean Economy Community (AEC) di Golden Triangle yang bakal membawa perubahan kepada ekonomi Thailand katanya. Wallah hu aklam




Kali ini kami dibawa oleh pemandu van ke Golden Triangle (GT) atau Segi Tiga Emas yang terletak di Chiang Rai.   Berkeluasan sekitar 367,000 batu persegi yang bertindih di antara pergunungan tiga negara di Asia Tenggara iaitu Myanmar , Laos dan Thailand .  The Golden Triangle adalah salah satu daripada dua kawasan pengeluar utama opium/candu di Asia selain dari Afghanistan ketika itu.  

Opium/Candu ialah  " a reddish-brown heavy-scented addictive drug prepared from the juice of the opium poppy, used as a narcotic and in medicine as an analgesic" <== translation dari google. 

Ia merupakan sejenis dadah yang diperbuat dari jus bunga poppy yang ditanam secara berleluasa ketika itu.   Mengkhayalkan dan akhirnya bisa membunuh, Pembunuh dalam senyap.  Maka itu jauhilah ia wahai anak-anak muda sekalian.  Tidak perlu jatuh cinta padanya. Ia Cinta Terlarang!!!  Forbidden Love!!



Now you all know why i said it is a forbidden love.  Cinta Terlarang di Segi Tiga Emas. Cintakan candu yang haram dan kekayaan yang melimpah ruah dari penanaman dan penyeludupan candu yang giat beroperasi di antara Myanmar, Laos dan Thailand sehingga kawasan ini dikenali sebagai Tiga Segi Emas.  Menanam bunga poppy diumpamakan seperti menanam emas katanya. Sebenarnya asal usul penyeludupan candu ini bermula dari Tanah Besar Cina.   Sila google tentang sejarah Perang Candu bagi yang tidak mempelajari sejarahnya.

Sempadan Myanmar di kiri, Laos di kanan dan kami di Thailand





Pemandangan  replika sami Buddha berwarna emas yang besar dan tinggi itu serta kapal yang gagah penuh ukiran dan deretan kedai2 yang menjual pelbagai cenderahati pada mulanya masih tidak dapat menawan hati saya akan Golden Triangle yang sering diperkatakan ini.   Atau mungkin ketika itu hari hampir senja dan cuaca agak suram dan berjerebu.  Langit kelabu dan sungai yang tidak jerneh menghilangkan sedikit deria pengharapan untuk melihat sesuatu yang indah.. hmmm... mungkin.  Kurang warna kalau bergambar pun kata orang.










Mode: Biniku sporting..

Ada tiga perkara yang "HARUS" dilakukan oleh pelancong2 apabila sampai di Golden Triangle ini iaitu :-
  • Pertama... sila selfie di hadapan pintu gerbang Golden Triangle untuk memberitahu kepada dunia/orang kampung bahawa kita sudah pernah sampai kesini...
Kalau tak kuasa nak berdiri dekat pintu gerbang, mak selpie kat tepi papan tanda ni pun "Kita Boleh!".. phewittt.. hahaha
  • Kedua .... Naik bot menyeberang ke sebuah pulau kecil yang bernama Don Sao , yang terletak di Laos.   Kita tidak memerlukan visa untuk masuk ke  Laos dalam perjalanan menaiki bot ini . Ini adalah popular di kalangan pelancong dan banyak bot-bot kecil juga menawarkan perkhidmatan ini . Bolehlah beritahu orang kampung bahawa anda telah jejakkan kaki ke Laos, walaupun anda tidak dibenarkan masuk ke daerah lain di Laos dari sana tanpa visa kecuali di pulau ini sahaja. Pelancong akan dapat melihat pemandangan di persekitaran GT  dari Sop Ruak di sepanjang Sungai Mekong ke Chiang Saen dan Chiang Khong yang mengambil masa lebih kurang 40 minit - 1 1/2 jam bergantung kepada keadaan.












Moral of the story : Kami hanya bergambar di jambatan sahaja kerana tidak perlulah untuk naik bot hanya untuk meninjau pekan kecil yang usang di Laos dan menjenguk ke kasino yang gah diperkatakan yang ada di seberang itu.... hahaha.. :p 

  • Ketiga ... Jangan ketinggalan untuk belajar cara-cara mengukir bunga savon yang harum dan wangi yang diperbuat dari sabun mandi. Kebetulan ketiga-tiga kakak ipar saya ini adalah penggubah bunga, penghias hantaran dan pakar dalam bidang masakan. Maka kesempatan untuk belajar teknik-teknik mengukir dengan lebih dekat adalah satu bonus ketika melancong ke Golden Triangle.  

Mari belajar mengukir bunga sabun


Belajar jangan tak belajar
Ramai yang mengatakan salah satu perkara yang menarik mengenai bandar ini ialah persekitarannya. Kampung-kampung ala ala Chiang Kai- sheks kerana pernah diterokai oleh tentera Kuomintang ,  gunung ganang yang seolah menyimpan seribu satu rahsia gah terbentuk anugerah ciptaan Allah swt , kampung-kampung yang sah2lah akan membuatkan anak-anak muda mengantuk kerana kurangnya aktiviti dan kehidupan moden yang didiami oleh pelbagai suku kaum bukit, sebuah kuil putih gergasi yang kelihatan seperti sebuah istana dongeng salji dan berjiran dengan Burma atau kini Myanmar dengan bandar sempadan kecil yang menawan iaitu Tachilek yang juga dikenali sebagai "Kota Segi Tiga Emas " Gambaran dari sedikit petikan yang diterjemahkan.

Kesimpulannya : Hanyalah tempat bersejarah yang menjadi fenomena raja candu satu ketika dahulu. Tak pergi pun tak mengapalah. Namun kata orang lama "Jauh perjalanan maka luaslah pengalaman" kita untuk bercerita kepada anda semua "readers" sekalian yang tertanya-tanya apakah  sebenarnya disebalik Golden Triangle yang terkenal itu. Dan kerana jalan ini menuju ke Mea Sai ... syurga membeli belah yang terletak di sempadan itu maka wajarlah kita singgah.  

Sehingga bertemu lagi di entri yang lain :)

Happy Reading  

Comments

  1. Salam kak..
    amat bersimpati juga dgn mangsa2 gempa di Nepal..byk kematian & kerugian yg terpaksa di tanggung...
    seronok baca kisah perjalanan akak.. klu nak kesana boleh jadikan entry akak ni sbg panduan.. hehe...
    ** psst: yg penting selfie ye kak... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam wrt aTie.. hahaha.. selfie jgn selfie!

      Delete
    2. melawat ....pekabar kak & family?? :)

      Delete
    3. Salam Ramadhan kak..
      moga semuanya sihat2 shj... :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dari Sekinchan ke Tanjung Karang.. jom cari kerepek!

Awas.. Kata pujian kepada anak-anak kecil

Nak pakai apa dikolam renang?