Thursday, 30 April 2015

We met when we were 13..

As salam

Ini adalah entri terlambat update namanya ..

Dah terlambat, terlewat pula melawat entri blogger semua dengan pelbagai ragam dan coretan ikhlas jauh dari hati anda semua.  Persahabatan di alam maya mengikat kita dalam ukhuwah Islamiyah dan ukhuwah fillah* bersilaturrohim. Saling selalu kenal tapi tak pernah mengenali. Kita tak pernah bersua muka malah ada yang tak pernah kenal langsung kerana "they never follow me but only me follow them ".. acaner tuh? hahaha... kesian kan... namun walau apa pun, anda blogger semua senantiasa dekat di hati.  Moga kita senantiasa dirahmati dan diberkati.  Ameen...  In shaa Allah

Dedikasi buat aTie Yusuf adik blogger dari Tawau ~ Bersabarlah dik.. PJJ akan membuatkan ikatan kasih sayang aTie sekeluarga bertambah erat lagi. Semua di dunia ini hanyalah pinjaman semata. Hanya Allah swt milik yang abadi.   Jemputlah ke laman Mae Fah Luang ahkak berkali2 kalau ia bisa menghilangkan rawan di hati.  Salam sayang untuk Pa'e.. :) 

JOM kita raikan entri kali ini.  Entri meraikan kenalan lama.  Ajakan "bidan terjun" oleh rakan blogger saya Che Ta untuk gather2 bersama sahabat SPM 82 meraikan hari jadi Kak su  dan Su yang jatuh pada awal April akhirnya menjadi kenyataan.

Grup wasep SPM 82 menjadi perantara merapatkan persahabatan kami.  Ada yang datang bersama suami, bersama isteri, bersama anak-anak dan ada yang datang "Bengawan Solo" ..

Antara yang sempat hadir. Penulis tiada dalam gambar.
I told my daughter who accompanied me that day that i first met most of them when i was  13.
My 12th years old  daughter.  Nearly at the same age as us 37 years ago..
"Oh mom... really?" she said.   "Oh yes.. we did met when we were 13..."   We were in the same class. Kak Su, Su, Ita and me.  Mula belajar memasak dan menjahit beretika bersama-sama di dalam bilik Sains Rumah Tangga.  Indahnya kenangan. Kenangan manis yang tiada galang gantinya masih segar dalam ingatan saya.

Alhamdulillah.. walau usia kami kini, akan dan sudah menjangkau 50 tahun, pe el dan perangai tetap sama seperti dulu cuma hanya saiz agak berbeza sikitlah.   Tak banyak mana pun, kiranya dulu berpinggang kerengga tapi kini upgrade ke semut ipoh kot ..hahaha... sendiri mahu ingatlah. Mind you.. Bukan pinggang panda ya!

Su dan hubby en Azman, Dollah, Icam, Amran dan Sam
Yummeh!  VSC kek birthday sponsored by chef Che Ta

Selamat panjang umur dalam keberkatan Kak Su dan Su.  Happy 15th!!

L-R ~ Kak Su, penulis, Ita, Su, Amran, Sam dan Icam

Tasek Shah Alam menjadi saksi pertemuan kami walau pun kami sudah pernah bertemu berkali-kali sepanjang lebih 37 tahun ini kecuali Sam yang baru sahaja dijejaki.

Nasi minyak special  dimasak oleh Chef Icam.  

KFC oleh Su.. nom nom nom

Spaghetti goreng oleh Kak Su..perghhh

Terima kasih daun keladi, balik siap tapaw lagi.. :D
Pelbagai cerita berkongsi rasa

Rindu saat ini lagi

In shaa Allah akan berkumpul lagi di kesempatan yang lain.  Moga persahabatan ini akan kekal sehingga hayat dikandung badan.   Moga ingatan kita akan tetap segar seiring usia yang semakin senja untuk mengingati sahabat semua.  Atau perlukah kita menempah nama di baju masing2 (kot takut lupa nama sendiri .. hehehe..) 10, 15 tahun lagi.  Moga ada kudrat kita dalam kebaikan. Ameen..

Firman Allah swt:

“Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara.”
[Qs.49 (al-Hujuraat):10] 


*Ukhuwah Islamiyah (persaudaraan Islam) / ukhuwah fillah (persaudaraan kerana Allah) ialah segugusan perasaan saling hormat menghormati, percaya mempercayai, mahabbah dan kasih sayang antara sesama individu atas asas aqidah Islamiyah, atau iman dan taqwa. 




TILL WE MEET AGAIN

Tuesday, 7 April 2015

Thai : Munge-Munge di Mae Fah Luang Garden/Arboretum

As salam

An English  said "A picture worth a thousand words"
A Chinese pula kata "1001 words is worth more than a picture".  

Habih camna? Nak percaya kata omputeh ke nak percaya kata orang Cina je.. 

Walau apa pun sebutlah " Subhanallah.. Masha Allah.. Tabarakallah." kalau dapat tengok munge-munge yang sangat cantik WOW saya sangat suka munge ini    :D ..hahaha
Siblings
Entri kali ini hanya nak  photo-display bunga-bunga yang cantik  ketika lawatan kami ke Mae Fah Luang Garden dan Arboretum di Chiang Rai sahaja.  Arboretum bermaksud "a botanical garden devoted to trees."

Makcik dan munge ..
Mae Fah Luang bermaksud  "Bonda  Diraja yang turun dari kayangan" merujuk kepada Her Royal Highness The Princess Mother yang merupakan penggerak utama terciptanya taman bunga yang indah ini dengan tujuan untuk memperbaiki kehidupan rakyatnya.  Ia meliputi hampir 25 hektar keluasan tanah yang terletak di lereng bukit dan dibuka pada tahun 1992 sebagai tarikan kepada pelancong.

Pasific Asia Tourist Association (PATA) memberi Thailand Anugerah Emas PATA pada tahun 1993 untuk Mae Fah Luang Garden, sebagai mengiktiraf peranannya dalam pembangunan destinasi pelancongan. Mae Fah Luang Garden merangkumi taman batu, taman air, taman tumbuhan, dan tumbuh-tumbuhan taman hiasan.

Welcome to Mae Fah Luang 




Lembah bunga ini terletak di atas gunung tertinggi di kawasan Projek Pembangunan Doi Tung yang kedudukannya berada pada 1,509 meter di atas paras laut dan terletak di sempadan Thai/Myanmar. 

Dahulu seluruh lembah ini telah ditanam dengan candu. The Princess Mother telah mengarahkan tanaman candu ini dimusnahkan dan digantikan dengan taman bunga dan  juga arboretum. Lima belas pokok tua yang besar  telah dipindahkan dari bandar berhampiran Mae Chan di sepanjang lebuh raya Chiang Rai Mae Sai ke arboretum ini . Pokok-pokok ini bakal ditebang untuk pembinaan lebuh raya yang telah diperluaskan daripada dua kepada empat lorong, tetapi di atas cadangan The Princess Mother maka  akar dan batang pokok telah dapat dipindahkan ke arboretum dalam usaha untuk menyelamatkan  pokok-pokok besar kategori purba ini.  Sila google untuk cerita lanjut... 




Berhenti rehat























Firman Allah swt :-
Maksudnya:"(Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalan seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanam-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang bercampur-baur dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu: hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya); datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari, lalu Kami jadikan dia hencur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kamu yang mahu berfikir dan mengambil iktibar daripadanya)".
(Yunus (10): 24)

Verdict:  Nak masuk ke taman-taman ini kena bayar ya... bukan free.  Harap maklum. Sekian.

IN SHA ALLAH
May Allah swt bless us