Thursday, 26 March 2015

Thai - Doi Tung Royal Villa in Chiang Rai

As salam

Penat seharian bekerja sama ada di luar rumah atau pun di dalam rumah bukanlah jadi persoalannya. Kali ini mari kita bercerita mengenai sebuah villa di atas bukit pula. Villa ya .. bukan sebuah banglo di lereng bukit ...  haish!

Villa ini merupakan sebuah istana musim panas di lereng Doi Tung berhampiran Pa Kluay reservoir dan  kini dibuka kepada orang ramai sebagai sebuah muzium. Pengalaman mengunjungi villa di raja Doi Tung di Chiang Rai ini merupakan satu terapi minda yang sangat indah ... 

Pelawat tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil gambar interior dekorasi  di dalam villa ini.  Gambar ini diambil setelah kami semua keluar dari villa.  Tindakan undang-undang yang ketat akan dikenakan.  No no no.. no spy pen camera please ..  

Gambar kenangan
Amat teruja  untuk memasuki  kawasan villa ini.   Villa Diraja Doi Tung ini merupakan kediaman pertama kepada The Princess Mother Her Royal Princess Srinakarindra, sekembalinya beliau ke Thailand. The Princess mother ialah bonda kepada Raja Thailand sekarang iaitu HRH King Bhumibol Adulyadej King Rama X1.  Sebenarnya beliau menetap di Switzerland bersama anak-anaknya setelah suaminya Prince Mahidol Adulyadej mangkat dalam usia yang masih muda kerana sakit dan tidak sempat untuk naik takhta.  

Pernah menonton filem "The King and I " yang dibintangi oleh Yul Brynner dan Deborah Kerr? Pernah menonton the remake of this film yang dibintangi oleh Jodie Foster dan Chow Yuen Fatt? Tak pernah... hmmm... dah tua sangat rasanya emak kamu ini.  Emak kamu sahaja yang tengok semua cerita ini kot.  Apa kata anda upload filem animasi "The King and I" cerita kartun,  untuk mengetahui serba sedikit tentang kerenah Maharaja Siam, King of Mongkut ini.  Namun kerajaan Thailand telah mengharamkan filem-filem ini dari ditayangkan di sana.  Wallaah hu aklam.

Kalau dulu  Laksamana Hang Tuah ingin melihat wajah Maharaja Cina dengan terpaksa makan kangkung yang panjang.  Bagaimana pula caranya jika ingin melihat wajah Mahajaraja Siam????? Takkanlah meniarap sambil menembak cicak di atas siling kot  ... baru boleh nampak.. :)

Biografi the princess mother of Thailand boleh dibaca di sini :-  http://en.wikipedia.org/wiki/Srinagarindra  

We should be inspired by her effort through all her works. 

The late Princess of  Mother of Thailand. She passed away in 1995 at the age of 94
Kami terpaksa menapak mendaki dari pintu gate lebih kurang 10-15 minit untuk sampai ke muzium di raja ini.  Namun pemandangan alam yang menyejukkan mata memandang disamping bunga-bungaan yang tumbuh subur mekar menghilangkan lelah kami.  Pelancong juga tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata untuk masuk ke muzium ini.  Namun pakaian seperti jaket labuh ada disediakan.

Pelancong dari Malaysia
Subhanallah.. cantiknya munge-munge
Kasut perlu ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam beg kain yang disediakan sebelum masuk ke villa ini.  Pelancong juga diberikan satu set recorder beserta head set untuk digunakan apabila masuk ke dalam villa ini.  Kita perlu menekan nombor yang disediakan untuk mendengar penceritaan di dalam Bahasa Inggeris mengenai setiap ruang di villa ini.  Terdapat 23 nombor untuk ditekan siap dengan penceritaan dan muzik latar.  Setiap ruang villa ini akan di tagkan dengan nombor-nombor.  Jika memasuki ruang yang ada di tag No. 2, maka kita tekan no. 2 pada set player kita untuk mendengar kisahnya.  
Verdict : Ohsem!!  



Sila layari di sini http://www.doitung.org/tourism_attraction_royal_villa.php

Villa ini di bina dari kayu pine yang dikitar semula dan lantainya dari kayu jati emas  yang nampak kemas bersinar bila dipijak.  Indah sungguh  suasana di dalam villa ini.  Dekorasi siling dewan utamanya merupakan "highlight" kepada lawatan ini.  The princess mother ini sangat meminati bidang astronomi maka di atas kepakaran pengukir terkenal dan bantuan dari Bangkok Planetarium , maka siling ini telah di ukir dengan 12 lambang zodiak dengan menggunakan solar system.  You should see it by yourself.  Terkesima di buatnya.  No crystal chandelier or what so ever.. subhanallah


Berangan nak buat villa macam ni..
Princess mother ialah seorang yang suka berkebun dan menanam bunga.  Semasa hayatnya beliau sendiri akan merawat bunga-bunga yang ditanam di persekitaran villa ini.
Cantiknya bunga-bungaan di balkoni belakang
Pintu masuk utama yang hanya  boleh dilalui oleh kerabat diraja Thailand dan kerabat diraja dan pemimpin-pemimpin  dari negara-negara luar.
 
Pelancong hanya dibenarkan masuk melalui pintu sisi. Villa ini masih digunakan lagi oleh waris di raja.  Kuarters pekerja berada ditingkat bawah dan tidak boleh dimasuki.
Ukiran yang berseni
Pasu air 

Mak teringin nak bawa balik ..
Keindahan alam semula jadi dan usaha masyarakat Doi Tung membangunkan persekitaran ini amatlah dihargai.  Projek pembangunan Doi Tung yang diterajui oleh princess mother ini merupakan usaha murni baginda  supaya rakyat dan alam sekitar saling menyatu. Villa ini dibina supaya the princess mother dapat tinggal di sana untuk melakukan kerja-kerja membangunkan alam sekitar. Katanya kepada setiausaha peribadinya, "Jika tidak ada Projek Pembangunan Doi Tung, saya tidak akan mempunyai rumah di sini". Dengan itu, Doi Tung Royal Villa adalah lambang usaha berterusan baginda untuk memperbaiki kehidupan dan kesejahteraan rakyat beliau.

Rasa nak masuk balik ..
Orkid

 



Verdict : Kata mereka Doi Tung diumpamakan sebagai "Switzerland di Thailand" pada waktu musim sejuk. Masha Allah... kena datang lagi untuk menyaksikan keindahan Doi Tung ini nampak gayanya di musim sejuk pulok..  

Moral of the story :  5 hari baru cukup boleh cover semua kawasan kot..tak payahlah terkejar-kejar pulun lawat semua kawasan dalam satu masa. Mencungap mak..  :)

We had a long walk today...

RATREE SAWAD
Selamat Malam

4 comments: